Friday, June 15, 2012

Subject universitie,subject kehidupan…

Subject universitie,subject kehidupan…

Assalammualaikum wb.t. dan salam kasih sayang antara kita yang masih ingin berpaut serta berpaksikan kepada satu arah tuju yang sama ,tanpa mengubah sedikit pun latitude mahupun longitude arah kompas cinta melainkan kepada ALLAH swt …insyaALLAH.

Hati seakan akan menangis
Jiwa seakan akan tiada kata
Mungkin saat ini
Kerinduan terhadap kampung halaman  nan kehijauan
Menebal
Secebis cinta ku layangkan kepada mereka..
IBUBAPA
KELUARGA ..


Namun  kerinduan terhadap rumah
Kecintaan yang bersembunyi dari dasar hati
Melihat dari jauh
Mengintai dengan perasaan yang kuat
Harus di pangkas hingga haus
Lantaran
Musim berbulan madu exam final
Untuk pelajar universities…..


Hari pertama ,subject English menjadi saksi kecintaan ku
Seterusnya bertandang BIOCHEMISTRY AND MICROBIOLOGY mengajar erti kehidupan
Yang tersembunyi di sebalik kehidupan manusia
Terselit kehidupan microorganisms
Yang bertatih mengenal erti hidup


Kemudian menyapa pula SUBECT HUBUNGAN ETNIK.
Sehingga disini mengenal arti kehidupan manusia yang berbeza ras

Kemudian menyelusuri jambatan masa dengan menemukan subject GENETIC
Hingga kini baru ku sadar siapa aku..
Complete dengan process translation…
Alhamdulillah
Mutation dalam gene tidak berlaku




Kemudian aku mengenal arti kewangan
FUNDAMENTAL OF ENTREPENUER
Kita akan hargai wang syiling berharga 5 sen
Kerna dari 5 sen ini
Jika kau kumpul pasti mendapat seringgit
Dari seringgit ini kau kumpul dapat sejuta
Betapa berharganya nilai yag kecil


Akhir segala perhitungan akan di hentikan bila
Aku akan berjuang di paper paling last
CALCULUS
Mungkin di saddle point kehidupan untuk semester ini aku tempuhi
Di hiasi dengan minimum dan maximum coretan kisah ku..
insyaALLAH mana yang buruk akan diintgregationkna
mana yang silp akan ku differentiatekan…
doakan ya..


sekian….
Honestly ….
Alhamdulillah ya ALLAH….
ENGKAU MERANCANG SEGALANYA
TIADA DAYA IU MELAKUKAN SESUaTU KERJA TNPA IZIN MU

Im al ready and going sit for another paper …..
Doakan azam dalam doa mu.. ya sahabat2x..sayang kalian
Bukan kerna engkau cantik
Bukan kerna kau macho..
Tapi kerna kau insane yang aku cintai kerna ALLH SWT..


>copy paste pelayaran kehidupan azamku alfateh<.

kita hamba berdosa..bertaubat lah...





Sunday, June 10, 2012

Dari lense kamera hati….

Assalammualaikum dan salam kebahagian kepada kasih persaudaraan yang bersulamkan cinta kerna ALLAH. Disaat ini kita bertunjangkan satu jiwa akidah yang semarak nan begitu gagah di hati insan iaitu ISLAM..alhamdulillah..

Dari lense kamera hati memaparkan kasih cinta cinta penyesalan perbuatan yang serig kali menimbulkan kekesalan dan rasa malu akan kesilapan dan kesalahan yang telah sering kali di lakukan satu saat yang lalu hingga berterusan..sayu hati melihat kepada seksanya batin melaksanakan dosa yang zahiriah dan batiniah….:(

Siapa kita di dunia ini??
Berlagak seperti seorang yang tinggi kuasanya..
Pikiran itu silap sama sekali..

Siapakah kita didunia Ini?
Berlagak seperti seorang yang bias melumpuhkan dan membinasakan jiwa yang lain
Pikran itu silap sama sekal..

Siapakah kita didunia ini??
Berlagak seerti serang yang mempunyai segala galanya..
Pikiran itu silap sama sekali..


Dan akhir sekali..
Siapa kita didunia ini??
Kita hamba seorang hamba manusia yang lemah…
Yang tiada daya untuk melaksanakan apa apa melainkan izinNYA…
Yang tiada daya untuk memikirkan apa aoa melainkan izinNYA
Yang tiada daya untuk mendengar apa apa melainkan iziNYA..

Tapi..seringkali masa itu membuatkan mu leka..
Menyangka kau hebat di dunia
Penuh dengan satu senyuman kejahatan yang mewarnai kalbu.
Adui sadisnya==!
Seakan akan diriku…



Berhak nya dan berlagaknya memarahi insan lemah…

Sebelum tangan terus  di gerakkan oleh ALLAH
Sejuta penyesalan
Sejuta kemaafan ingin diluahkan kepada ALLAH
Atas kejahilan
Seribu kemaafan kepada mereka yang bernama manusia
Menjadi mangsa dan menjadi manusia yan bertuah
Menyaksikan
Buruknya muka hamba ini bila memarahi dengan tanpa sebab…
Maafkan ya sahabat- sahabt,
Kawan kawan
Kakak kakak
Adik adik
Abang abang…

Hanya kerna ego yang melampau
Hanya kerna nafsu yang menyemarakkan
Melemparkan kan kemarahan yang  tiada faedah
Seakan akan aku yang berkuasa
Padahal aku la paling hina…

Maafkan ya..

Lumrah kehidupan menyaksikan pelbagai episode episode suka duka yang bersilih ganti
Yang  terus menyergah perjalanan sebagai manusia sepaerti pelbagai yang pasti muncul setelah hujan
Seperti mebun di pagi hari menceriakan si sang rumput hijau
Di temani dengan sang belalang yang manja menyesluri dan bermain di samping nya
Seperti nadi yang terus berdenyut membawa kepada satu arah hembusan detik hidup
Dan seperti mata yang berkelip bila di sapa oleh habuk..

Bila di tinjau sewaktu kita marah..
Apakah yang terlintas sebenarnya??
Adakah kerna kita ini memang betul betul marah??
Adakah kerna kita berlagak marah?
Adakah kerna kita saja saja marah?
Adakah kerna kita memang punya mood pemarah?
Adakah kerna ada sidia si situ untuk membuktikan kita ini MACHO/SWEET time marah?
Adakah kerna memang suka orang tengok kita ini pemarah?
Adakah kerna ?
Adakah kerna?
Adakah kerna??
Kita tidak mampu untuk melawan hawa nafs marah kita?????
Semanya ada di tangan pembaca
Jika marah
Biarlah marah kerna sesuatu yang perlu d tegah
Pekara yang mampu membawa kemudaratan kepada diri ,masyarakat dan negara..
Jika setakat marah yang tanpa bersebab
Sila berhati hati
Kerna itu hanya sia sia
Kerna SILA NANTIKAN
KEMARAHAN SERTA KEBENCIAN YANG MELUAP DARI PADA ORANG RAMAI  KEPADA ANDA !
WHAT WE GIVE ,WE GET BACK!!




Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan JANGANLAH KAMU MELAMPAUI BATAS (PADA APA YANG TELAH DITETAPKAN HALALNYA ITU); KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS.
Surah AlMaa’idah. Ayat 087.







Sekian..dari lense mata hati…

>copy paste dari pelayaran hidup azamku al –fateh<.



Thursday, June 7, 2012

“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”


SAUDAH BINTI ZAM’AH R.HA.
“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”

            Saudah binti Zam’ah, beliaulah insan yang menemani Rasulullah SAW di kamar selepas pemergian kekasih Baginda, Khadijah al-Khuwailid. Meskipun kedudukan dan ketinggian Khadijah di hati Nabi tak mampu ditandingi oleh sesiapapun, namun Saudah ternyata bertuah kerana menjadi salah seorang wanita pilihan Allah SWT untuk meneguk langsung cinta Nabi.

Beliau digambarkan seorang wanita yang tua, uzur dan gemuk ketika menjadi isteri Nabi. Namun, seunggul, sejelita dan seindah manapun wanita pada zaman ini tetap tak akan mampu menandingi walau secebis kemuliaan Saudah sebagai isteri Nabi. Bukankah jelas pernikahan Rasulullah ini kerana kepentingan agama, bukannya nafsu?!

Mari Berkenalan

Saudah binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud berasal daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Puteri kepada wanita bernama Syumush binti Qais bin Zaid bin Amr daripada Bani Najjar.
Pernah bersuamikan Sakran bin Amr, saudara Suhail bin Amr al-Amiri.

Golongan Paling Awal Menyahut Panggilan Fitrah

Ajaran Islam yang cocok dengan kesucian fitrah, kemuliaan akhlak dan kebersihan hati tidak teragak-agak untuk diterima oleh mereka yang memiliki kualiti hati yang istimewa. Golongan yang awal memeluk Islam dimuliakan Allah dengan gelaran as-saabiquunal awwalun. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“orang-orang yang awal (masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda dengan mereka dan merekapun reda kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100).
Salah seorang daripada mereka ialah suami Saudah, Sakran bin Amr. Iman yang meresapi segenap jiwanya terasa indah. Beliau lantas memimpin isteri tercinta, Saudah binti Zam’ah untuk sama-sama hidup di bawah kemuliaan tauhid.

Menyaksikan Suami Disiksa

            Pengaruh Islam semakin tersebar di Makkah. Ajaran Muhamad semakin berkesan di hati.  Mengamuklah orang-orang kafir Quraisy. Golongan miskin dan lemah diseret dan disiksa tanpa belas kasihan.
Mengalir air mata Saudah tatkala melihat suaminya Sakran disentap, dipukul dan dibiarkan kelaparan dan kehausan. Namun begitu, imannya tidak goyah. Dia tetap teguh ingin bersama agama Muhammad SAW.
Seperit mana kesedihan Saudah, perit lagi kesedihan Rasulullah SAW tatkala melihat umat yang dicintai menerima penyiksaan sezalim itu. Ketika itu baginda dilindungi oleh pengaruh bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya yang bangsawan, Khadijah. Islam yang masih dalam fasa kelemahan ketika itu tidak memampukan baginda untuk bangkit membela mereka yang teraniaya.
Rasulullah SAW akhirnya menyuruh sahabat-sahabat yang teraniaya agar berpindah ke Habsyah dan minta perlindungan daripada Raja Najasyi sehinggalah Allah membebaskan mereka semua daripada penderitaan ini. Saudah dan suaminya menyahut Sarranan ini. Mereka berlindung di Habsyah dan meniti hari yang tenang di bawah naungan iman.
Setenang manapun berada di tempat orang, tetap tak seindah berada di tanah air sendiri, tanah kelahiran seorang Nabi. Begitulah yang dirasakan oleh orang-orang Islam di Habsyah. Mereka kembali ke Makkah pada saat dakwah Islam masih hebat ditentang.
Penderitaan Saudah tak tertanggung lagi apabila suaminya dipanggil pulang menemui Ilahi. Sakran meninggal dunia di Makkah. Saudah memujuk diri bahawa kasih sayang Allah lebih besar berbanding kasih sayang suami terhadapnya. Wujudkah pengganti yang lebih baik untuk menempati tempat Sakran di hati? Saudah bingung sendiri.

Dilamar Lelaki Terbaik di Dunia

Saudah masih berendam air mata kerana ditinggalkan suami. Rasulullah SAW ketika itu juga dalam kesedihan kerana ditinggalkan isteri, Khadijah al-Khuwailid. Saudah mengetahui tingginya kedudukan Khadijah buat Nabi di dunia dan di akhirat.
Setelah pemergian Khadijah, tiada sahabat yang berani mencalonkan sesiapa untuk Rasulullah kerana mereka percaya tiada wanita sebaik Khadijah yang layak menemani Nabi. Hadirlah seorang sahabat wanita bernama Khaulah binti Hakim untuk menyenangkan hati Nabi dengan berbicara soal pernikahan.
Berkata Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Uthman bin Mazh’un,
 “Wahai Rasulullah, tak nak kahwin lagi ke?”
Rasulullah bertanya semula,
“Dengan siapa?”
“Terpulanglah. Ada gadis dan ada janda,” jawab Khaulah.
“Jika gadis, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah.
“Puteri orang yang paling engkau cintai, Aisyah binti Abu Bakr,” jawab Khaulah. Rasulullah teringat akan mimpi-mimpinya yang dibawa oleh Jibril tentang gadis di balik selendang sutera iaitu Aisyah. Namun, Aisyah masih lagi seorang anak kecil ketika itu. Apapun, Aisyahlah gadis pertama yang hadir dalam impian Rasulullah selepas kewafatan Khadijah kerana diilhamkan sendiri oleh Allah SWT. Tidak hairanlah cinta baginda kepada Aisyah amat menebal. Yang pertama selalunya istimewa! Apatah lagi jika yang pertama itu beragama.
“Jika janda, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah lagi.
“Saudah binti Zam’ah. Dia telah beriman kepadamu dan mengikut ajaran agamamu,” jawab Khaulah.  Rasulullah dapat menyelami betapa deritanya Saudah dikelilingi tekanan yang menyesakkan iman dan diuji pula dengan kematian suami. Rasulullah sangat simpati kepadanya. Ada keserasian dalam bentuk ujian, masing-masing ditinggalkan pendamping tercinta.
“Kalau begitu, pergilah dan sampaikan pinanganku kepada mereka berdua,” kata Rasulullah SAW. (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaaid, no. 15285, “Hadis ini diriwayatkan oleh At-Thabrani. Para perawinya adalah perawi kitab As-Sahih, kecuali Muhammad bin Amr bin Alqamah. Ia dinyatakan hasanul hadis.”)
Dalam riwayat Ahmad, dinyatakan bahawa Khaulah segera menemui Saudah dan ayahnya, Zam’ah. Ketika itu, Zam’ah sudah lanjut usia dan tidak dapat lagi menunaikan haji. Khaulah berkias,
“Kebaikan dan kebahagian seperti apakah ini yang telah Allah anugerahkan kepada kalian?”
Saudah berkerut kehairanan,
“Apa maksudmu?” Tanya Saudah.
Khaulah lantas menyampaikan berita gembira,
“Rasulullah SAW mengirimku untuk menemuimu dan menyampaikan lamarannya kepadamu.”
Hati Saudah berbunga-bunga lantas tumpahlah air mata keharuan. Tidak pernah terbayang baginya untuk mendapat kemuliaan sedemikian rupa. Ketika usianya sudah agak lanjut dan mempunyai susuk badan yang gemuk dan tidak menarik, masih ada yang sudi menyuntingnya. Apatah lagi lelaki itu ialah lelaki paling agung di muka bumi. Sudah tentu lelaki bernama Muhammad bin Abdullah jauh lebih mulia berbanding Sakran.
Saudah lantas menerima walaupun sedar Rasulullah melamarnya semata-mata atas dasar kasihan. Setelah menerima restu ayah, datanglah Rasulullah kepada Saudah, melangsungkan akad nikah dengan mahar berjumlah 400 dirham. (Rujuk Majma’uz Zawaid, no. 15786).

Cara Saudah Mengikat Hati Suami Terhadapnya

Saudah menjadi wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah kewafatan Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya isteri yang menemani hidup Nabi selama tiga tahun sebelum hadirnya Aisyah. Di saat kita pada hari ini berangan-angan ingin bermimpikan Rasulullah, Saudah dapat tidur di sisi Nabi dan berbincang-bincang dengannya. Bukankah Saudah sangat bertuah?
Meskipun Saudah sedar siapalah dirinya berbanding Khadijah namun beliau sentiasa berusaha keras menjadi isteri yang terbaik buat Nabi. Beliau menceritakan saat-saat getir menghadapi tekanan-tekanan kaum musyrikin sehingga memancing  simpati Nabi terhadapnya.
Beliau juga menceritakan hari-hari yang dilalui oleh puteri baginda Ruqayyah bersama suaminya, Utsman bin Affan selama tinggal di Habsyah. Ketika itu Ruqayyah dan Ustman masih menetap di Habsyah dan Rasulullah amat rindu kepada mereka. Saudah sedar Rasulullah amat senang mendengar berita tentang puterinya yang tersayang membuatkan Saudah rajin bercerita tentangnya.

Hijrah Kedua

Kekejaman musyrikin di Madinah memaksa orang-orang Islam berhijrah ke Madinah dengan izin Allah SWT. Setelah sebahagian besar sahabat berhijrah ke Madinah, Rasulullah menyusul hijrah mereka. Kemudian baginda mengutuskan Zaid bersama pelayannya, Abu Rafi’ untuk menjemput wanita-wanita kesayangan Nabi ikut berhijrah. Bersama dua ekor unta dan wang 500 dirham, mereka menjemput Fatimah, Ummu Kulthum, Saudah binti Zam’ah, Ummu Aiman dan Usamah bin Zaid. (At-Tabaqaat, Ibnu Saad, vol.1, hlm. 237-238).
Saudah menetap di Madinah bersama Nabi SAW. Beliau reda apabila tak lama kemudian Rasulullah membina rumah tangga dengan Aisyah r.ha.  Beliau tahu ianya kehendak Allah untuk kebaikan umat Islam sejagat. Aisyah menyukai Saudah sehingga terdapat banyak kisah menarik antara mereka berdua.

Mengutamakan Aisyah Demi Merebut Simpati Nabi

Saudah sedar, psikologi Aisyah yang masih muda sudah tentu lebih memerlukan cinta dan kasih suami. Saudah juga tahu Aisyah adalah isteri yang paling dicintai Nabi setelah Khadijah. Demi menyenangkan hati Nabi, beliau dengan setulus hati sanggup menghadiahkan hari gilirannya kepada Aisyah. Lagipun beliau sudah semakin tua dan uzur.
Rasulullah SAW pernah berniat menceraikan Saudah kerana berlaku adil amatlah payah. Perlukan kerja keras. Namun Saudah takut tidak terpilih menjadi isteri Nabi di akhirat maka beliaupun merayu,
“Biarkan dinda terus  menjadi isterimu. Demi Allah! Dinda tidak akan menuntut sebagaimana isteri-isterimu yang lain. Namun dinda ingin dibangkitkan Allah menjadi isterimu kelak di hari kiamat.”
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
“Wahai Rasulullah, dinda hendak memberikan hari giliran dinda kepada Aisyah.”
Rasulullah lantas menerimanya.
Aisyah menyanjungi Saudah. Beliau berkata,
“Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa.”
Malah, Aisyah begitu cemburu dengan kesegeraan Saudah dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Malah Saudah sentiasa berusaha menunjukkan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Selain itu, Saudah sangat dermawan dan murah hati.

Kenangan Terindah

Pertanyaan Saudah kepada Rasulullah SAW pada suatu hari pernah mendapat jawapan daripada tujuh petala langit. Ia berkenaan tentang isteri Rasulullah ingin keluar rumah selama ada keperluan. Hal ini meninggalkan kenangan terindah buatnya. Masakan tidak, Allah menurunkan wahyu untuk merungkaikan masalah yang sama hingga hari kiamat.
Aisyah r.a menuturkan, “Saudah binti Zam’ah pernah keluar rumah pada malam hari. Umar melihatnya dan segera mengenalnya, maka ia berkata, “Demi Allah! Kau pasti Saudah. Kami sudah mengenalmu.” Saudah merasa tidak sedap hati sehingga dia segera menemui Rasulullah SAW  yang saat itu sedang makan malam di rumahku dan tangannya sedang memegang tulang yang nyaris habis dagingnya. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan wahyu yang membenarkan tindakan Saudah. Rasulullah SAW berkata, “Allah telah mengizinkan kalian keluar rumah selama ada keperluan.” (Muttafaqun Alaih).
Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Di akhir masa pemerintahan Umar RA, bonda kita Saudah menutup mata untuk selamanya


alhamdulillah..best baca kan?hehe sumberna d ambil dari blog ustazah fatima syarha:)

Sunday, June 3, 2012

cintaNYA datang bersama Tudung ITU

SILAKAN PAKAI TUDUNG LABUH!



Sambil memandang katil yang memujuk untuk aku berteman dengan nya, aku duduk sebentar  di atas kerusi meja tempat ku belajar. Sambil memandang almari kesayangan yang aku cintai dan kenali semenjak aku masuk ke kampus baru ini. Pikiran ku terpaku dengan suasana bilikku. Ya kehidupan sebagai pelajar asrama , akan lali dan berlagu kehidupan dengan bertemankan sang almari , senyuman katil yang kadang kadang mencuit hati di saat aku ingin beljar dan juga meja yang menjadi saksi aku menyelongkar buku.
Tiba tiba pikiran ku melayang , setinggi burung di angkasa , sedalam lautan dalaman yang diciptkanNYA..semanis kuntuman bunga yang dilemparkan …kepada  sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan , sesuatu yang menjadi titik tolak untuk aku tba tiba berubah untuk ingin rangkus mencari cintaNYA.
TUDUNG LABUH!!.




Aku mengenali si tudung labuh  ini sewaktu aku berada di matrikulasi. Ya ,aku akui sebagai remaja yang tengah cuak meningkat usia punyai laman sifat keremajaan  ingin enjoy ,,ingin enjoy..ingin enjoy?? Yang kadang kadang membawa kepada sesuatu yang speechless==!.ok .enjoylah sangat kan..padahal korang rasa enjoy sangat kah dengan dunia ini??erm nothing special dengan enjoy dunia , kalau akhiat kita plak yang menangis..ne aku cakap ngan diri aku..korang terasa??ne tuk korang juga, sebab aku sayang dengan korang semua ne, aku nak kita semua jumpa di syurga, nak tak??insyaALLAH.

Sebelum aku berkenalan dengan si tudung labuh , hidup aku sempoi ,,hidup aku macam best..hidup aku macam budak budak yang hidup di dunia ,,tahu ingin ke sekolah , membaca buku untuk exam , bergelak ketawa dengan bukan  muhrinmya..dan suka dengan dunia. .dan banyak lagi,,yang sewaktu dengannya..

Kerna jiwa ku remaja di saat aku dalam kealpaan , aku pernah menyimpan dendam! Benci! Dan sewaktunya dengan tudung labuh ne. erm..sebab???aku pun tidak tahu. Alhamdulillah , aku mempunyai dua orang kakak yang tetap sabar dengan karenah aku. Suatu hari , aku bertanya kepada kedua dua kakak ku dengan perasaan sombong..
“kenapa pakai tudung labuh ??aku rimas lah tengok kakak pakai tudng labuh. Sudahlah panas, tak de stail langsung.. tiada fesyen..hahaha”..
Ya ALLAH. JAHILNYA AKU.MACAM AKU MAHU NANGIS.KERASNYA HATIKU..
istigfar sebentar aku teringat kata kata ini.
Dengan tenang kakak- kakakku menjawab..
“satu hari nanti , kamu akan dapat juga jawapannya “..
Mendengar jawapan kakak ku yang kurang memuaskan hati , aku pun tertanya Tanya ..satu hari nanti??

YA SATU HARI NANTI! Kata kata ini yang telah aku simpan  selama 6 tahun. Akhirnya dengan izin ALLAH , ia menjelma jua….

Kalau urusan hari kiamat pun ALLAH TAHU.TIADA MUSTAHIL URUSAN DUNIA TIDAK DI KETAHUINYA. MAHA SUCI ALLAH.!!



Aku memandang  kea rah tudung labuh..
Kenapa akhirnya aku memilihmu..
Walaupun pernah satu saat aku merasakan engkau ini sungguh mnejengkelkan..
Walaupu pernah satu saat dulu aku pernah menyimpan hasrat tidak ingin berteman denganmu..


Dulu , aku selalu fikir ,,,
orang pakai tudung labuh ne ,
orang pura pura baik
Orang yang pura pura alim
Orang yang suka hukum kesalaham orang
Dan sewaktu dengannya..
Orang yang malu sangat UNTUK  kehadapan,.
0Rang yang tiada kebolehan
Sentiasa lemah
Sentiasa lemah
Dan sentiasa lemah..,…


SEMPITNYA PEMIKIRAN KU DI SAAT ITU==!

Ternyata peNdapat ku berbeza…
Semua andaianku salah!!
Semua sangkaan ku salah!!
Segala pikiran ku salah!!
Maaf ya!!!          


Aku mencari erti di sebalik tudng labuh ini..

Bila kita mencari ALLAH , ALLAH LAGI PANTAS MENCARI KITA..

Di saat aku inginkan sesuatu yang baru.sesuatu yang dapat menggembirakan jiwa…sesuatu yang penting hidupku….jelmaan hasrat tudung labuh datang menyerpa. Dengan izinnya!
Aku seakan akan ingin menaNgis…
 ALLAH masih sayAng dengan aku.walau satU  saat akulah hambaNYA yang sentiasa lupakanNYA..
Allah masih cinta ku walau satu saat akulah hambaNYA yang sentiasa lupakanNYA..

Allah hadiahkan aku cinta NYA..
Allah berikan kan keizinan MASA DAN TEMPAT untuk aku mulakan  hIDup baru …
Allah berikan aku jalan untuk aku mengenaliNYA..
Allah tidak tinggalkan aku.
Allah beri aku cara untuk aku mendekatiNYA..
Paling indah,,,
Allah berikan aku rasa cinta dengan tudung labuh..

Benarlah! Segala perasaan yang bermain dengan jiwa kita . ALLAH mengetahui…



Aku bukan mahu promote dENgan KALIAN  yang tenGAh mambAca ini untuk pakai tudung labuh,tapi aku nak seru dengan  KALIAN koraNg rugi sebEnArnya  rugi kalau KALIAN  tak pakai tudung labuh! Serius aku cakap. Aku dah pernah rasainya.erm lagi lagi rugi unuk KALIAN  yang pernah pakai tudung labuh .tapi tiba tiba plak tukar dengan tudung saji.
Setiap inci tubuh wanita itu punyai rahsia sendiri , maka harus di tutupi..

Ada apa  dengan tudung labuh???
Soalan ini aku pernah Tanya kepada diri aku.
1.benarlah tudung labuh ini bukan setakat mahu tutup aurat…tapi tutup juga sifat keburukan kita.
Tudung labuh ini menjadi penghalang untuk kita melakukan sesuatu yang tidak baik. Tudung labuh ini dalam diam menasihatkan kita untuk menjaga tingkah laku,,menjaga adab kita dan sifat kita.

2. benarlah tudung labuh ini..membuka jalan untuk tempis segala nasir anasir buruk baik dari gangguan yang mahram mahupun hawa nasu sendiri. Tudung labuh dapat melabuhkan rasa malu kepada mata mata laki laki yang suka memandang liar dengan wanita wanita dengan mengannggap wanita  dengan pelbagai andaian, terima aksih tudung labuh , MENYELMATKAN AKU DARI MATA MATA SYAITAN TUE!!!

3. benarlah. Tudung labuh dapat menginsafkan diri dengan kesalahan . andaian sekiranya kita suka melakukan dosa dan maksiat , kita akan berusaha untuk memperbaiki diri dan  cuba untuk menutupnya dengan rasa ingin taubat kita dengan ALLAH..

4, tudung labuh ini bukan setakat tudung labuh, tudung labuh tidak pernah menyatakan bahawa hanya pelajar dari sekolah agama saja yang layak untuk memakainya..

Tidak!!tudung labuh tidak memilih siapa pemakainya..Tudung labuh mendidik kita untuk sedar kita ne hamba yang lemah.



Dan banyak lagi. Nak tahu rahsianya.. alamilah seniDIRIi ,,SAHABAT  kan lagi rasa best!!!

Bila aku pkai tudung labuh ne ,,baru aku tahu paham sedikit demi sedikit..pasal diri aku..pasal hidup di dunia kalau nak lagi best..pasal betapa hausnya dan dahaganya aku terhadap pahala dan kenyang nya aku dengan dosa….pasal niatkan hidup kerana ALLAH…pasal keadaan sekeliling..kenapa begitu..kenapa begini,,kenapa tak boleh buat..dan sebagainya..tapi yang paling aku suka…

Bila aku mula belajar untuk mengenal erti cintaNYA..
Bila aku mula bersama sama dengan orang orang yang aku cintai berada dia atas jalanNYA..
Dan paling aku terasa terharu……
Bila aku berada di rumah,,,,,,,
Duduk sama sama baca Quran…
Bermulanya dengan IQRA….
Ya ALLAH manisnya hidup…..terima kasih..




Last word dari aku…untuk KALIAN  yang anggap negative DENGAN dengan orang pakai tudung labug,..
Janganlah seksa diri ,,seksa jiwa,,seksa hati..kita sama –sama hendak mencari CINTANYA….KALAU KALIAN SIMPAN SANGAT PERASAAN YANG TAK BAIK DALAM DIRI,CAMNA KITA HENDAK JUMPA DENGAN ALLAH.
Kita patut rasa ingin mencari cintanYA.

OK.SILAP DAN SALAH DALAM FIRST TRIAL CERITA HIDUP  terkasar bahasa…KU MAAF YA.



>copy paste pelayaran hidup azamku al fateh<.