Sunday, April 13, 2014

fikiran remaja apa sepatutnya

assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan..

masyaALLAH...agak rindu aku pada suasana "islamic"
islamic  bukan bermaksud orangnya..yang dipenuhi oleh orang yang berjubah /berkopiah/ berpurdah..
tidak
tapi keadaan dimana semua orang bertungkus lumus mencari ilmu
dari seorang yang pakai jeans ketat, yang sidia yang pakai shawl lilit separuh kepala,si dia yang pakai cardigan hitam merah dan coklat
duduk sama sama mendengar pengisian yang dapat membangunkan hati hati yang mati
kemudian meninggalkan majlis dalam keadaan insaf dan bermuhasabah...pergi dalam keadaan persoalan yang sendiri diajukan dlam diri dan peringatan yang sendiri 
"ow..rupanya aku selalu buat perkara silap.."
"astagfirullah ,selama nie aku tidak tahu pun bahawanya......"
"ya ALLAH...kenapa la aku tak tahu pasal nie,selama nie aku fikir yang ..."

segala ucapan ini akan terkeluar dari kita bila kita sendiri cuba menganalisis diri ,
dan untuk coba menganalisis diri bermula bila kita mencari ilmu
makin banyak kita cari ilmu ,makin banyak kita bertanya
maka makin kita sedar bahawa apa yang kita buat betul atau tidak

secara jujurnya..
aku tidak memerlukan sahabaT yang berkopiah /berpurdah/berjubah/berjanggut
yang aku perlukan hanyalah sahabat yang mampu memberikan aku peringatan yang secara berhikmah
aku tidak memerlukan sahabat yang berkopiah/berpurdah/berjubah atas nama pakaian
pakaian itu boleh ditukar ganti
tapi aku perlukan sahabat yang bila dia sedar kesilapan diri dia ,dia share kisah pengalaman dia itu kepada orang lain sebagai pengajaran kepada yang mendengar agar tidak mengulangi kesilapan yang dia lakukan
tapi amat sayang dan sedikit sekali golongan yang mengaku kEsilapan dulu dan cuba mneceritakan kejahilan dulu...
sekarang yang aku lihat
semua berlagak seperti pandai
bila aku tanya
maka jawabnya..."erm...bla..bla.."
.last2x 15minit kemudian ," aku tak pasti sangat"
aku bukan mahu begini ..
katakan tidak jika tidak tahu.
senang.tak sampai seminit .tak sampai 15 saat..
mengakui diri tak tahu..
tapi jahilnya kita dengan hal ini ,masih cuba berlagak seperti tahu semuanya..
ini yang menjadi masalah..bila semua berkelakuan seperti "Tahu"...

apa yang aku rasa sekarang adalah masalah hati yang aku sendiri "create"kan
atas dasar perasaan "perasan sendiri" 
maka aku mengiyakan dan emrancakan bisikan syaitan
cinta manusia hampir meragut kehidupan rohani aku
alhamdulillah
ALLAH bagi aku petunjuk on the spot
sehingga aku rasa
"astagfirullah..bukan starting cinta manusia seperti ini yang aku patut buat"
mendengar ulasan dari sahabat dan Ustaz..
akhirnya apa yang aku putuskan itu lagi membahagiakan
aku sedar yang aku dulu  adalah jelmaan syaitan semata mata..
aku tak fikir pun niat KERNA ALLAH..
alhamdulillah..bukan aku nak bagitahu pasal bab masalah hati ini aku pro..
tapi bila banyak berfikir dan bertanya kepada yang sudah ebrpengalaman
diri sendiri akan rasa bersalah..
alhamdulillah sekarang ini aku rasa free sangat
ALLAH masih sayangkan jiwa remaja aku..

dalam keadaan begini juga
aku tidak lari dengan perasaan mahu "berhenti"sebentar dalam medan dakwah
aku agak pusing dengan keadaan sekarang
berkata lebih ,tapi tindakan tiada
kata "kita perlu solat jemaah"
tapi bila tiap kali waktu solat
bila waktu azan...kemana kah kita?

itu belum lagi solat dhuha..
itu belum lagi selawat nabi
itu belum lagi amalkan sunnah nabi

lagi aku pusing
bila aku mulai menyuarakan itu ini ..
aku diikatakan sebagai "seorang yang tak faham lagi"
aku tak faham
mengapa perlu dilabelkan begitu
mengapa kalian bertindak sedemikian
kalian buat aku seprti sianak kecil
kalian cuba "calm down"kan aku tanpa resolusi
aku bingung
kalian..aku bukan anak kecil..fahamilah apa yang aku katakan ini adalah apa yang aku lihat
agak sedih..kalian masih berfikir aku sebagai "seorang yang tak faham"
kemudian ...menganggap respon yang aku bagi macam angin yang berlalu..
erm...kentut lagi berharga pada kalian ,ada gak terasa baunya berbanding kata kata ku
tapi itulah namanya..
bila terus cari ilmu ,maka apa yang aku belajar adalah menganggap itu semua ujian
kalian menganngap aku ini sebagai ujian kepada kalian
dan aku menganggap kalian adalah sebagai ujian kepada aku
maka kita saling menganngap kehadiran kita adalah ujian untuk kita


aku bingung lagi
mengapa kalian hanya mendengar dari satu pihak sahaja
kalian sendiri mengatakan bahawa "brsangka baik ..lapang dada"
tapi bila dengan aku
kata kata kalian itu seperti tidak eprnah diungkapkan
pernah kalian berrtanya sendiri kepada aku
pernah satu saat aku mennangis
"perception"yang kalian lemparkan kepada aku
"perception"yang sendiri aku tidak pernah fikirkan
"perception" yang kalian cipta itu membuatkan aku memikirkan dan ingin menjadikan "perception"itu menjadi betul
pada aku..
kalian da bertindak zalim ..kalian tidak pun berlapang dada dengan aku
baru aku faham
mengapa orang yang disekeliling sukar sangat mendekati ,sebab kita sendiri yang mengwujudkan "perception"itu
alhamdulillah..bila dengar ceramah dari Habib ,mendengar perkongsian dari dia yang tidak mengenal erti usrah ...membuatkan aku berasa tawar hati dengan apa yang kalian katakan
sehingga aku  bermuhasabah
"aku berjanji kepada ALLAH ,bukan berjanji kepada kalian ,kata kata kalian itu aku buang jauh jauh"

pernah dulu saat aku menangis mendengar perception kalian itu
aku katakan pada diri
"aku amat marah ,aku tak redha kalian kata begitu"
kemudian ALLAH pujuk dalam tafsir Quran
"jadilah orang pemaaf"
aku terus jadi cool bila ALLAH sebut begitu dalam Quran..

aku juga mengalami pertarungan dalam diri
iman didada  sentiasa menurun
aku selalu dalma tawnana syaitan
bila akus edar aku buat silap
aku nangis kuat kuat
tapi kemudian aku buat lagi
aku rasa aku seperti mempermainkan ALLAH..
kata taubat...tapi buat lagi'
kata insaf..tapi buat lagi.
kata itu ini..tapi buat lagi

aku tak cukup baik lagi buat diri aku
aku terus menzalimi diri aku
ya ALLAH ...betapa siksanya hidup begini


dalam keadaan semua yang aku ceritakan ini
aku dapat rasakan sesuatu perasaan yang aku rindu
perasaan yang sepatutnya kau buat sebagai remaja islam
sebenarnya..remaja islam apa yang patut dia buat
adalah view yang paling besar dan paling ke hadapan
bukan berfikir seprti anak anakan
bukan;lagi berfikir mengenai hal terasa dengan orang disekeliling
bukan lagi berfikir untuk merapatkan ukhwah atau mendamaikan keadaan
apa yang aku patut fikir adalah apa yang patut aku contributekan kepada Islam.
sebab padaaku bila berfikir begini..menyibukkan diri memikirkan amslaah begini
maka aku sudah tiada ruang untuk memikirkan masalah masalah remeh temeh ini



aku  patut muhhasbaah lebih lagi..manfaat diri untuk islam..manfaat kan diri untuk ummah..manfaatkan diri untuk semua.....
aku sepatutnya ebrfikir begini
bukan tidur lama dalam bilik ebrjam jam
bukan main facebook dengan lawak yang bule membuatkan hati makin hitam,
its not as a muslim's teenager..
Azamku Al-Fateh..
pandang belakang jadiakn pengajaran ,jadi remaja yang membantu semua..
sekarang da zaman dajjal...jadi jadi anak dajjal..jangan jadi ikutan dajjal...

tapi skunk nie semua remaja.."mostly" da ikut dajjal
gadjet lebih utama bila azan dilaungkan
gadjet lebih diutamakan bila solat jemaah
kita kata kita tak nak ikut dajjal..tapi tahu tak dengan tindakan kkita melengah lengahkan solat jemaah itu  
sudah petanda kita pengikut dajjal....

ok.













"

Wednesday, April 9, 2014

saya rasa begini..

saya rasa begini...
saya rasa begitu
saya sudah rasa begini dan begitu..

sama jua dalam keadaan bila saya jahil
saya sendiri tidak menurut seperti apa yang diperintah
saya lihat orang yang tak tutup aurat seperti biasa
saya tak rasa apa apa
sebab saya rasa kami sama sahaja
saya jua melihat wanita diluar memakai pakaian yang menurut aurat

dan bila sekarang ini
saya cuba berjinak dengan kebenaran
saya rasa saya patut ikut seperti apa yang diperintah
saya mulai pakai tudung labuh sikit .kemudian saya tambah lagi pakai stoking + tambah lagi pakai handshock
dan saya lihat orang yang tutup aurat sama seperti saya
sebab saya rasa kami sama sahaja
saya jua melihat wanita diluar ada yang masih tidak menutup aurat.

tapi apa yang saya pelik sekarang adalah...
bila seseorang yang telah menutup aurat dengan sempurnanya
mengapa dan why? begitu senang judge manusia yang masih tidak menutuup aurat
hey! manusia!kau lupa kah dulu kau juga jahil seperti dia?
kini kau berlagak seperti kau tidak pernah melalui kejahilan itu!
seperti kau tidak mengenal perasaan itu!

mari sini aku nak habaq!
ada satu perasaan yang sama bila kita dalam jahil dan sedar 
iaitu rasa 
"kesedaran"
sedar bila tidak tutup aurat dan sedar bila tutup aurat..

maka...................

kita...
bila memandang seseorang,cuba kembalikan diri kita yang dulu
"ow.iya!aku juga dulu jahil seperti dia..aku tahu apa yang dia rasa saat ini"
maka pasti hati kita kan lebih berlapang dada.
da tidak sewenangnya membuka laluan kepada "judge"!

=="

Wednesday, April 2, 2014

masih karat jahiliah- subuhku subuh gajah..kau?

assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan semua...
skunk nie jam 3:34 tanggal 3/4/2014

pagi yang menyaksikan segala perasan rindu kepada keluargaku
akhirnya terburai juga..
ya ALLAH rindunya
tuntutan sebagai pengembara anak sabah masih dipikul
harus kuat..

karat Jahiliah..masih berbekas.
jum kikis satu eprsatu.
1.solat subuh berjemaah..
agak susah kan..bangunn pagi awal pagi..
selalu pujuk diri ,bagitahu diri bahawa ALLAH tidak marah if 
kita "terrrr"

bila fikir begini
rasa malu dengan ALLAH
minta banyak..doa itu ini
tapi bila sebut bab solat subuh
paling dibelakangsambil tutup tutup muka
macam tidak mengaku 
bahawa selalu solat subuh gajah..

patutlah masalah datang lagi berat dari gajah
sebab subuhnya bermasalah..

secebis keinsafan ini harap memberikan manfaat kepada semua

malu lah wei...
solat subuh lambat
kata orang yangpaling handsome..paling cantik
tapi subuh paling lambat
sebenarnya 
dialah orang yang paling buruk..
bukan buruk muka
burk perangai....

erm....

MASIH ADA KARAT JAHILIAH?
esok jum subuh jemaah ..

if nak cari suami/isteri..
cari yang paling suka subuh jemaah...
bukan apa..
dia sanggup tinggalkan nikmat tidur..hanya kerna untuk subuh pagi...
paling struggle mahu bangun pagi
menghadapi kkesejukan dan rasa mau tidur lagi


imagine...
if kesejukan awal pagi pun masih tidak mampu untuk dilawan
apatah lagi bila bersuamiisteri..
agak agak bagaimana?
erm..


Follow by Email