Thursday, June 30, 2011

puisi alam sekitar~

Tajuk: saat itu.

Aku masih ingat,
PAGI ITU..
Saat ku melangkah setapak demi setapak,
Sungguh segar dan nyaman terasa,
Burung berkicaun seolah-olah mengiringi perjalanan ku pergi ke madrasah,

Waktu dinihari,
Senja mahu melabuhkan tirainya, ikan di sungai tenang bernafas,
Air menderu sungguhpun kuat dan deras,
Namun jernih pandangan yang terpantul,
Cantik dan anggun ciptaan melodi saat itu,

Itu dia kisah  15 tahun yang lalu,
kini
Yang putih ku lihat hitam,
Yang lapang ku lihat sesak.
Yang jernih ku lihat keruh,
Yang damai ku lihat kusut,

Tiada lagi keindahan itu semula,
Manusia rakus menjahanamkan,
Manusia rakus menodai,
Manusia rakus meragut anugerah itu,
Kesesakan, tidak lagi ada kehijauan,
Tidak lagi ada ikan, tiada lagi siulan yang bersayap
Aku memandang langit,’
Aku memandang pada bintang
Aku memandang pada bulan,,,
Hanya pacaran kekecewa yang tampak jelas….
RAKUSAN MANUSIA MELENYAPKAN SEGALA………
MUNGKIN INI SEHINGGA AKHIR AJAL KU??
AKU HANYA BERMONOLOG DALAM PENANTIAN
YANG TIDAK BERTEPIAN…
jiwa karat terpampang kelopak kelopak air mata yang jatuh…
Berhamburan dalam persis tangisan…
Jatuh dalam kerinduan kedamaian
Alam yang satu saat penuh dengan ketenangan…


alhamdulillah,puisi ini atas IZINNYA ,ana telah memenangi pertandingan puisi peringkat matrikulasi ..puisi ini merupakan puisi yg d buat sendiri`~.
 

 

Wednesday, June 29, 2011

cerpen alam..

alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH SWT yang maha AGUNG..tidak tergambar betapa banyak nikmatNYA yang di kurniakan kpd setiaop manusia..dengan KeBIJAKSAAN ILLAHI,alhamdulillah ..baru baru ini baru saja mula menulis cerpen..mungkin tidak sehebat cerpen sahabat sahabat lain,tapi ana tetap bersyukur dengan cerpen dengan IZINNYA...ana harap agar di masa hadapan ana akan dapat memperbaiki lagi daya penulisan cerpen ana.:).syukran...

 Aku sentiasa dengan dunia ku sendiri,aku suka akan keseronokan,,malas lah nak  fikir pasal akhirat ne.kadang kadang aku boleh terfikir begitu.hahaha inilah rasanya anak muda,,penuh  dengan keseronokan yang bersyahdu..aku suka keluar rumah,clubbing salah satu aktiviti ki,,pergaulan bebas sudah menjadi rutin harian ku,,Cuma kadang kala aku terasa terkongkong dengan diriku,kerana aku terpaksa berpura pura di depan ayah dan kakak ku,,Bukan aku mau jadi begini dengan hidup sebagai remaja yang liar,tapi semenjak ibu dah meninggal,aku terpaksa mencari keseronokan yang lebih.hahha,kadang kala aku nak berubah,tapi entah lah!!belum masanya kot.satu malam ,seperti biasa ,aku akan meminta izin dari ayah untuk keluar rumah,atas alasan study group ngan kawan2,.mungkin wajahku ne,boleh di percayai,maka ayah benarkan,aku keluar rumah bertudung,,

Nak tapuk identity.konon lah...bila aku sampai di markas,aku akan berpakaian seperti rakan2 ku,,hahahaha.life is fun!!Dalam sibuk aku berseronok dengan rakan2 ku,tiba2 pihak polis datang ..apa lagi kelam kabut lah semua orang,,aku pula lari lintang pukang,.aku terkejut bila aku Nampak seorang polis tekun mengejar aku,,,aku berlari dengan sekuat hati,,masa tue ,sempat lagi fikir ,lebih baik aku tak keluar malam tue,erm di pendekkan cerita,aku lari sampai kat sebuah belukar,then,,tiba tiba pemandangan masa tue gelap....

Petang tadi aku masih sempat berbicara dengan sang rumput yang sungguh  mengerti akan jiwa ku.Alam  ciptaan TUHAN inilah yang sentiasa mendamaikan.Semua orang menyangka aku gila,Setiap kali aku berbicara dengan si bunga, pasti dari jauh kedengaran lagi suara manusia yang  tidak mengenal erti kasih sesama saudara .“woi!si gila mula gila.. si gila bercakap lagi!”di selangi dengan ketawa yang berdekah dekah. Saat itu,aku hanya mampu bersabar saja..titisan air mata sentiasa menjadi peneman ku tatkala aku keseorangan. "Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."

Aku merenung jauh melihat kuntuman bunga yang terdapat di taman itu.“Wahai si gadis yang manis,biarlah kata kata manusia yang mengatakan engkau gila,sentiasa lah sabar, "Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33”.Engkau masih ada kami yang sentiasa ada setiap masa jika engkau ingin berbicara ,katakan saja, insyaALLAH ,kami boleh mendengar suara hati mu”...aku tersentak akan  suara itu,aku melihat sekeliling ,tiada seorang pun kelibat manusia.Ah!mungkin hanya igauan aku yang ingin berpuitis lagi,kata hati ku.

wahai si gadis, engkau bukan dalam igauan .Engkau dalam dunia nyata,tetapi hanya orang orang yang mempunyai hati yang bersih saja mampu mendengar suara kami”.Aku terpana sebentar,.Ya !aku bukan mimpi.Saat  itu ,bunga cantik melemparkan senyuman manis kearah ku,aku melihat rumput juga begitu,sambil lalang melambai lambai ke arah kepada ku. Adakah kamu yang berkata kata tadi??aku bertanya kepada makhluk  ciptaan ALLAH ,yang sungguh berwana warni itu,“Ya.kami lah,wahai manusia jangan bersedih .walaupun kami bukan manusia,tetapi kami tahu kamu adalah seorang yang baik.kerana kami juga ciptaan ALLAH,kami tidak di kurnia anugerah akal seperti manusia,tetapi kami telah di takdirkan untuk sentiasa berzikir,oleh itu wahai wanita yang cantik jika engkau ingin tenang sentiasa lah engkau berzikir pada tuhan yang satu”.

Aku sungguh terkejut!Maha suci Allah !!Subhanaalah!!betapa kerdilnya diriku ini ,hanya sentiasa bersedih bila di pinggirkan,aku begitu hina,aku malu dengan bunga2,rumput dan lalang yang memberikan kata2 kpd ku,,walaupun tidak mempunyai akal.tetapi mereka punya perasaan untuk beribadah pada tuhan,alangkah indah jika aku sedar dari dulu dan alangkah indah jika aku mendapat kata kata dari mereka yang di gelar manusia.Terima kasih wahai ciptaan ALLAH ,wahai bunga yang sentiasa mekar memberi ketenangan .Terima kasih wahai rumput yang sentiasa menghijau.Terima kasih wahai lalang yang tumbuh merimbun.Mulai saat ini aku tidak akan berputus asa walaupun dugaan datang.aku berlalu pergi dengan hati yang terasa insaf sambil linangan  ku lemparkan, rasa syukur kerana di beri kesempatan itu.Itulah saat terakhir aku berkesempatan berada di masa yang indah itu.                                      


 SUHAILAH!SUHAILAH!SUHAILAH!aku terjaga dari tidur ku,jantung ku berdebar debar ,mataku berair.Aku terpingga pingga .adakah tadi itu mimpi  atau satu fantasi yang berfondasi dalam usia hidup ku sebentar tadi..aku membiarkan diri ku dalam kebingungan..walaupun begitu,aku seperti masih di bayangi oleh suara bunga ,rumut dan lalang yang aku temui tadi.aku bingkas duduk di hujung katil ku,.aku  melihat kucing ku sedang mengiau menarik perhatian ku , lalu aku mendakap kucing comel itu.sedang aku mengusap bulu kucing itu,baru aku teringat suara siapa yang memanggil aku sebentar tadi?cukup kuat  sehingga aku terjaga dari tidur.“Mungkin aku berhalusi lagi”!,bentak hatiku . “Bukan,wahai gadis yang cantik,,kamu bukan berhalunasi,ini  betul betul,,bukan cubaan,,”aku tergelak sebentar ,kata kata itu seperti skrip lakonan allahyarham tan sri p.ramlee.aku kembali dunia nyata,mencari dari mana datangnya suara itu,aku merenung kucing ku,,mustahil kamu yang bercakap.kan wahai kucing? . “Tentu sekali aku yang bercakap.wahai gadis yang cantik,hidup ini merupakan satu permainan ,engkau cukup bertuah kerana di ber akal oleh ALLAH ,bukan seperti haiwan seperti aku ,namun kami masih di beri perasaan untuk menyayangi.tetapi sungguh mengecewakan ,manusia sekarang ini sudah tidak nerfikiran seperti seorang manusia,manusia sekarang seperti sudah hilang akal.aku merasakan haiwan lebih pandai menjaga anaknya sendiri,berbanding manusia yang suka membuang anak2 dan bayi yang comel..inikah manusia yang di katakan sebagai akal..kenapa lah manusia tidak menggunakan akal dengan sebaiknya..jika begini,lebih baik kurnia akal itu di berkan saja kepada haiwan.
Aku tersentak!!rupanya kucing itu berkata dalam nada yang sedih.seakan akan sikucing kecewa dengan sikap manusia yang teruk dari pada haiwan.sekali lagi aku menangis, “ya allah,kenapa manusia tidak bersyukur dengan nikmat akal yang di berikan kepada mereka”.
Terima kasih wahai kucing yang comel,kata kata mu membuat aku terfikir betapa manusia ini sungguh tidak menggunakan akal yang di berikan kepada mereka dengan sebaik.terima kasih wahai kucing!!
pintu bilik ku di buka ,kelibat seorang manusia yang amat aku cintai ,ibuku,,,
aku berlari memeluk ibu,wahai ibu,sue baru sedar sue tidak pernah berfikir mengenai kehidupan ini dengan menggunakan akal dengan sebaiknya...sue tidak pernah bersyukur dengan nikmat akal yang di berikan....sue baru sedar!!
.tiba tiba kelibat ibu ku hilang,aku menoleh ke belakang .kucing ku turut kabur dari pandangan ku,pemandangan di taman bunga berserta rumput dan lalang datang menjelma,lalu bersilih ganti dengan gambaran kucing dan ibuku....aku terasa dunia ku pusing,,,,,,di mana kah aku?


“SUHAILAH !bangun Suhailah”!jantung ku berdegup laju ,tiap kali nama ku di sebut.aku takut aku dalam awangan fantasi yang bermungkin lagi.Aku membuka perlahan lahan mataku,pemandangannya putih,dinding dan syiling juga putih.Aku melihat ayah dan kakak tersenyum sambil linangan air mata yang jatuh,seakan aka nada sesuatu yang menggembirakan apabila  melihat ku.”Sue,dah sedar?Alhamdullilah.”kata ayahku.
Ayah menjelaskan kepada ku sudah 3 hari  di hospital dan tidak sedarkan diri.aku bertanya kenapa begitu? ayah menggeleng tidak tahu.Aku merenung jauh ke tepi sisi katil ku.Aku teringat akan pengalaman aku yang berlaku sebentar tadi ,adakah masih satu fantasi atau realiti.Aku membuat keputusan untuk tidak menceritakan kepada sesiapa pun,
aku menjenguk keluar tingkap hospital,dari kejauhan aku melihat seperti bunga,rumput ,lalang dan arwah ibu ku melambai lambai kearah ku,ow,,,aku tersenyum sendiri.terima kasih kepada semua...saya sayang kamu..mama ,mama..mama...
setelah selesai urusan di hospital ,ayah mengajak aku balik ke rumah.dalam perjalan ke rumah ,aku berazam untuk menjadi seorang manusia yang akan menggunakan kurniaan akal dengan sebaik baik.aku teringat akan kata  kata yang menusuk, “perbaiki dirimu dan ajaklah orang lain.”terima kasih ALLAH..aku akan berubah,syukur kerana kejadian pelik tue mengubah aku,aku berjanji tidak akan nakal lagi.

Sunday, June 26, 2011

pemandangan hari ini:)

assalammualaikum w.b.t..sahabat2 sekalian....semoga pada saat ini ,kita dalam keadaan yang sentiasa mensyukuri nikmatNYA.:)

1.masa muda mu,apa yang engkau lakukan??
2.rezeki yang engkau perolehi adakah halal atau haram??
3.bagaimana ibadah mu hari ?
dan  banyak lagi persoalan yang bertandang tatkala kita sebagai hambaNYA.
mungkin kita sedar ,atau mungkin juga tidak.sudah beberapa saat yang berlalu sejak dari ayat pertama yang sahabat baca dalam blog ini.cuba sahabat pikirkan,adakah mampu untuk kalian kembali kepada masa yang berlalu sebentar tadi??walaupun menggunakan harta kekayaan yang sahabat ada,walaupun menggunakan kecabtikan,kehenseman dan sebagainya ..sahabat tidak akan mampu berganjak kepada masa yang berlalu...

dalam kehidupan yang serba moden ni,kita berhadapan dengan pelbagai alat yang mampu menidurkan kita dan melalaikan kita daripada mengingat masa.kita tengah hanyut.wahai sahabat2 sekalian.sedarkah kita???tatkala kita tengah berketawa,tatkala itu juga malaikat maut mengunjungi kita,pastinya malaikat maut kehairanan melihat kita yang mampu tersenyum bila waktu ajal kita makin hampir ,walaupun kita tidak tahu bagaimana amalan kita,mampukah masuk ke syurga atau amat layak masuk ke neraka...janji syaitan yang akan mendatangi manusia dari palbagaui arah tanpa manusia sedari dan menyesatkan kita hingga ke akhir zaman..tidakkah kita sedar??????kita masih mampu untuk menyimpan anganangan untuk bersuka rida,yang wanita nya masih memikir mengenai alat solek,baju cantik..yang laki laki masih berfikir tentang jaketnya,kasutnya dan sebagainya...kita masih angau dek bisikan syaitan....kita masih dalam genggaman syaitan laknatullah...

dan yang terakhirnya,ana menasihati diri yang terutamanya ,agar muhasabah diri lah selalu...

Thursday, June 23, 2011

AKU tetap aku


aku la aku,,,,,,,,,,,,,
aku hamba tuhan
aku hamba yang lemah
bisa goyang iman andai tidak d
jaga.....

aku selalu leka,aku juga selalu
tewas

namun,
setiap saat,,,,,,,,,,,
ku bertanya pada diriku,,,
apa ka salah ku??
hingga ku terpaksa sentiasa menyimpan perasan
bersalah??

hingga aku mendali lemas akan
kerananya.......

kadang kala aku hanya mampu
menangis,,,,,,,,

aku tidak percaya akan sesiapa..
kecuali PENCIPTAKU,,,,,,,,
hanya dia tempatku meluahkan
perasaan,,,,,,,,

ku hanya mampu memandang keatas
ku hanya melihat pokok2 yang
hijau,,,

sampai bila ka ku harus
menghadapi??????

dalam mencari bahagia,,
ku terasa diri ku di himpit,,,,,
mungkin ku tidak layak untuk menerima
nya,,,,,,,,,,,

TaNYA jasad ini...

assalammualaikum w.b.t sahabat2 sekalian,ana nak buat perkongsian sikit...
utk renungan dan tindakan kita bersama yg masih hidup..
harap jgn ada yg marah..
harap maaf jua andai ada kesalahan...
perkongsian nya---------------->
hebatnya mereka yg berkebolehan membaca AL QURAN...
mulia nya mereka yang mempelajari AL-QURAN
bertuahnya mereka yang mengajar AL QURAN..

maka dari itu berusahalah wahai pembaca AL QURAN !
supaya engkau termasuk org yang d angkat darjatnya oleh ALLAH lantaran AL -quran.Caranya ialah engkau membacanya sesuai dengan kedudukan AL QURAN ITU DITURUNKAN ,membacanya dengan sungguh sunggguh membaca,membacanya dengan tartil ,memikirkan makna nya ,berhenti d tiap tiap ayatnya ,serta engkau memikir dalam waktu membaca,apakah engkau mengerti tentang ayat yang engkau baca ?Dan apakah engkau telah mengamalkan nya?Apakah ayat yang engkau baca itu merupakan ayat ayat perintah apakah engkau telah menunduki ayat itu?Dan apabila ayat yang engkau baca itu berupa larangan ,apakah engkau telah menjauhi larangan itu?Dan demikian pula dalam membaca seluruh ayat ayat AL -Quran..                                                                                                                                        
ana berkongsi bukan berniat ana sudah hebat dalam bidang ini,,tidak...tapi sebagai santapan tarbiyah diri ktia bersama...alangkah indahnya dan bertuahnya kita andai segala surat surat cinta ALLAH S.W.T yakni AL-QURAN dapat kita hayati dan tadabbur bersama.                                     

                                                           
"barang siapa menjadikan AL-QURAN itu d arah mukanya(di buat tuntutan),maka AL-QURAN akan menuntunnya ke syurga.Dan barang siapa menjadikan AL-QURAN d belakang punggungnya(tidak di buat pedoman)maka AL-QURAN akan menghalaunya ke neraka".

segala apa yang tertulis di sini ,ana dapatnya dari sebuah buku.....semoga segala yang tertulis bukan hanya menjadi santapan mata sahaja ,yang berlau seperti angin yang mendayu,,tetapi sebaiknya bersama2 kita mengambil ibrahnya..
sebarang respon atas kesilapan,amat2 d alukan..
syukran dan selamat malam.semoga hari esok ,nadi kita masih berdenyut,,,



"Ya ALLAH ,ampuni dosa kedua ibubapa ku,ak bermohon pada MU ilmu yang bermanfaat.".

assalammualaikum w.b.t. 

Wednesday, June 8, 2011

nikah.

NIKAH..SEBUAH PERJANJIAN DENGAN ALLAH..~

terasa seruntun malu menyerbu..tetapi ingin juga sy kongsikan tentang beberapa perkara..ini mungkin cerita tentang hati, mungkin juga tentang hidup, atau mungkin juga tentang masa depan..

ada yg bertanya kepada diri ini, "kamu tidak punya teman lelaki, special boyfriend or sgala mcm yg itu..??"sy tersenyum.. biasalah tu kalau org bertnya..[ kata hati sy..]

tp sejak akhir2 ini, setiap kali sy menemui seseorg, yg mgkin baru mngenali sy.. tak kira di mana.. saudara jauh sy, or ketika sy di bank krn beberapa urusn td pun.. ada yg bertnya.. "awk sudah bernikah? or awk sudah berkeluarga?"sy tersenyum lg dgn pertanyaan itu..dan dihati hati sy mnjawab..sampai jodoh pasti sy menikah, walaupun pada saat ini sy blm bertemu lg dgn jodoh yg sesuai buat sy..:)

~PERLUkah utk ada special boyfriend? or istilah org tgh bercinta.. iaitu kekasih hati??

hmm.. sy rasa tidak perlu,.itulah yg sering sy jawab setelah sy mengetahui hakikat cinta di sisi kaca mata islam, bukan di sisi kaca mata sy sbgai seorang manusia yg punya kehendak..

"kamu tak terasa sunyi tak ada boyfriend?".. kdg2 pertanyaan itu melampau sy rasakn. ttapi, bg org yg sudah biasa, pertanyaan itu normal.. dan jawapan sy utk soalan itu, sy tidak pernah terasa sunyi, krn telah ada beberapa perkara yg mengisi segala kesunyian sy.

"kamu tidak pernah ingin rasa dicintai dan mencintai seseorg??"sy tersenyum lagi.. sungguh tidak pernah hati ini ingin menipu, krn cinta adalah sebuah anugerah, dan ia sebuah perasaan yg fitrah bg setiap manusia. cuma, bukan utk sy labuhkan cinta ini kepada org yg salah, atau orang yg tidak berhak utk memiliki cinta sy.. cinta itu harus dilabuhkan kena pada tempatnya..

"kalau macam tu, sampai bila hendak menunggu sehingga kamu mampu utk menyintai seseorang?"..bila sampai waktunya, stelah sy bersedia dan ada komitmen utk menikah, dan ada seseorg yg juga berkomitmen yg besar utk menikahi sy..pasti akan sy buka hati sy utk menerima dan menyintainya..dan itupun setelah dia menjadi suami yg sah di sisi Allah buat sy..

~jadilah kamu diantara orang2 yg bebas dr VIRUS merah jambu, krn ia mengotorkan hati, ia akan merosakan hati seperti kanser. jika tidak dicegah, maka ia akan merebak dan terus merebak. krn itulah mencegah lebih baik dari mengubati..~

NIKAH itu ibadah.. bukan sekadar memenuhi tuntutan..nikah adalah janjimu dengan Allah, dengan keluarga pasangan, dengan pasangan yg kamu nikahi dan dengan kehidupan kamu sepanjang hayat. Ia memerlukan kesediaan luar biasa. Bukan sekadar kesediaan utk membuka hati memberi cinta dan kasih sayang, tetapi kesediaan utk bertanggungjawab ke atas sebuah pernikahan dan sebuah kehidupan.. dan di dalam kesediaan menerima pasangan itu tidak kalah penting juga adalah kesediaan menerima agamanya.

sy pernah mendengar, ketika sy mghadiri satu majlis ilmu, bahawa seorang muslim yg belum bernikah mempunyai satu amanah yg sgt berat ketika dia bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Dan ia merupakan kesaksian pertama yg pasti ada bg setiap muslim yg blm menikah. Namun bg setiap muslim yg telah menikah, maka bertambahlah satu lagi kesaksian yg berat, iaitu setelah seorang muslim itu melafazkan akad nikah. Krn kesaksian akad nikah merupakan perjanjian dengan Allah, samalah seperti mana kamu mengucapkan dua kalimah syahadah.

Setiap muslim menganuti agama islam adalah untuk seumur hidup, begitulah juga bagi setiap pasangan yang menikah, pasti pernikahan itu juga,adalah untuk seumur hidup..

Di sini sy ingin menekankan bahawa, CINTA yg satu adalah cinta yg bersih lagi terjaga sepanjang hidupnya.. yang tidak dikotori oleh hawa nafsu semata-mata.

Bagaimanakah cinta yg dikotori hawa nafsu itu??

Dan itulah cinta yang tidak berlandaskan syariat dan keredhaan Allah.

Bagaimana utk memiliki cinta yg berlandaskan syariat dan keredhaan Allah?

~Menikahlah kamu.~
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. [ Ar-Ruum:21]

~Ketika kamu memilih pasangan, pilih dan nilailah pasangan kamu menurut penilai Allah, bukan penilaian manusia..~

ya Allah..Kau pimpinlah aku..
kemurkaanMu adalah ketakutanku..
cintaMu dambaanku..
rinduMu tasbihku..

aku yakin, bahwa Kau telah menjaga hatiku.. hingga ke hari ini..
walaupun Kau tahu belesungkawa yang terbuku di hati saban waktu,
dan jagad rayaMu memahami akan rinduku,
pada insan itu..

aku tahu,
biarpun bibirku menafikan segala gundah itu,
tidakkah Kau ingin aku keluar dari belenggu dosa ini?
ya Tuhanku...

ya Allah,
aku bukan pecundang..
ketika jiwaku goyah,
hatiku parah!

..Barakallahulakuma..~
 

Follow by Email