Wednesday, March 26, 2014

Luahan kasih 2

short word with long memory..

aku ada seorang member..walau kenangan aku dengan dia sekejap jak..btw very preciuos memory..yang pernah aku rasai..kami sama umur..tapi aku da anggap dia sebijik adik aku..

word selalu akan keluar dari mulut dia,..samaada tegas..bermain2x atau lawak..hatta time aku tengah ketawa..
"astagfirullah....."
sampai sekarang nie aku tidak dapat lupa lengok bunyi dialek dia sebut "astagfirullah.."

bila disingkap semula...
maksud astagfirullah..memohon keampunan kepadaNYA..
bila disebut kalimah astagfirullah..sedar atau tidak..kita cuba mengembalikan diri kepadaNYA..
maaflah aku bukan ahli agama yang sahih..cuma apa yang aku rasa..
tenaga istigfar ini membuatkan kita terasa "something" hadiah dari ALLAH..

see...kita minta ampun pada ALLAH..ALLAH always besides us..
tidak payah istigfar kadang kadang ALLAH tetap bagi segalanya dekat kkta..
cuma kita yang tidak sedar..kita yang masih tidak ingin dekatkan diri kepadaNYA..jalan hawa nafsu syaitan juga kita pilih..see?nampak tak..hati kita da takde f(x) da..da tak tahu untuk beza siapa sebenarnya PEMILIK <3  ini..

berbalik dengan member aku nie
bila aku da kehilangan dia..honestly..aku sentap betul..
pengajaran buat diri ku yang masih "bego" "bodoh" dalam menegrti merasa hidup BERTUHAN..masih "lalai" dalam menjalankan perintahNYA..
kau tengok jaklah..berapa kali da ko g buat tahajud? da berapa banyak da ko isi hati2x ko dengan mengingati ayat ayatNYA..

word pendek..aku seorang yang malas untuk mencari Tuhan..
cari Tuhan..bila exam..bila histeria ,bila sedih dan bila kehilangan..

BILA MEMBER aku nie da takde..
betul ebtul aku ketakutan
masa dia da sampai
urusan dia kat dunia nie da selesai
cuma aku belum tentu bila lagi...
nie tak tahu dosa da setinggi mana da...
tapi masih gak aku tak sedar..
masih gak aku rasa macam aku hidup selama lamanya
tak habis habis dengan prasangka manusia
tak habis habis nak komen itu ini macam diri yang betul
tak habis habis memperbodohkan diri..
tak habis habis...

bila member aku da g..
kematian itu pasti bha subailah!
ko nampak kan depan mata ko...
dia baring da tak gerak gerak..
ko nampak kan dia kena bawa jalan dengan van jenazah...
kenapa kau begitu cepat melupakan segalanya
baru berapa bulan subailah..baru berapa bulan..kenapa kau tak ambik pengajaran....

betullah bila ingat mati ,mematikan segl keinginan dunia..
al-fatihah buat arwah keluargaku..,arwah azem n semua....
.

Luahan Kasih 1.

""rasa menyesal..minta dikembalikan ke dunia..."..

DULUlah...dulu dulu punya kisah sampai brlarutan sehingga sekarang...
pernah tertanya diri
"kenapa juga bha mahu buat kebaikan dan amal ibadah ..cukup jak lah yang wajib"

bila fikir teringat kembali aku pernah tanya soalan begitu sama diri..
betapa aku lah manusia paling rugi MENYESAL AKU!!!

apa kau ingat..
perkara wajib yang kau buat tue x cacat?
apa kau ingat..
perkara wajib yang kau buat tue sudah mampu menanggung dosa dosa kau?
apa kau ingat..
tu sudah cukup untuk kau dapat kau beli tiket syurga...???

bila iman tak kuat ,emosi merangkul  diri...maka akan terkeluar soalan soalan yang mampu mengoyahkkan aqidah..

kembalilah kepada ALLAH...

aku cukup menyesal tanya soalan  begitu terhadap diri aku...

penyesalan manusia sentiasa dihadapan..aku tidak mahu menjadi manusia  yang menyesal apabila sudah ebrada dineraka ,tetapi minta kembali ke dunia semula untuk menebus kekesalan dijiwa!

Orang-orang kafir berkata kelak ketika telah masuk ke neraka,

رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَالِمُونَ

“Wahai Rabb kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim.” (AL-Mukminun: 107)

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (٩٩)لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (١٠٠)

“Hingga apabila telah  datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata, “Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku beramal shalih terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan.” (Al Mukminun: 99-100)

cuma share..ingatkan diri aku ..

Tuesday, March 18, 2014

ini antara cintaku

alhamdulillah...

HARI INI INGINBERKONGSI CINTA..





menulis segala jiwa
yang telah sekian lama terpendam
dimuara hujung kasih
akan emnemui titik nokhtahnya


ini aku ingin menitis segala resah dijiwa

setelah sekian lama aku perhatikan

sungguh hati ini mulai gundah gulana

seakan tiada petanda untuk mekar semula

satu persatu aku cuba

berdoa sujud kepadaNYA

mungkin masih belum kesampiaan

atau aku yang tidak tahu erti sabar

ya ALLAH...bungakan hati ini dengan pengharapan kepadaMU

HIASAI dengan sebenar benar kasih

dengan sebenar benar jiwa

sebenar benar cinta


agar aku tetap disini

menunngu segala jiwa kata

untuk terus bangkit semula

dalam arena percintaan 

dakwah bukan senang..

walau sehingga ke hujung masa

aku tetap disini

tetap sabar setingginya

sehingga aku melihat kemenangan dalam ISLAM...





semoga aku tetap ingin TERUS EBRCINTA..

Azamku AL-Fateh
UMK KAMPUS JELI.
18.3.2014









Follow by Email