Sunday, December 30, 2012

SALAM IMTIHAN buatkan syaitan CEMBURU!


assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagian kepasa setiap jiwa yang melirikkan mata untuk membaca setiap ruangan bahasa blog ini..
alhamdulillah ,hari ni ALLAH masih memberikan kita satu kekuatan dan rezeki untuk masih berpijak di dalam bumi nyata ini.
alhamdulillah.

namun terkadang manusia itu terlupa
ALLAH memberikan nikmat masa di dunia ini
bukan lah hanya sekadar buang masa
bukanlah hanya sekadar lepak
bukanlah hanya sekadar ,hanya sekadar
tapi ALLAH ciptakan kita ini ada satu tujuan
ALLAH berikan kita waktu ini ada misi yang satu
ALLAH berikan kita nikmat masa dunia ini ada sebab
ALLAH bukan nak saja saja
 ALLAH bukan saja saja nak bagi dunia ini dengan tiada tujuan
bukan hanya sekdar main main

tapi ADA SEBAB
..
terpulang kepada diri untuk sedar
kenapa masih hidup sehingga saat ini d dunia ini
kenapa masih boleh berada di universiti
kenapa masih boleh berada di fakulti
kenapa masih boleh menelaah pelajaran
kenapa masih boleh melihat alam ciptaan ALLAH
kenapa masih boleh bercakap
kenapa masih mampu untuk menangis
kenapa masih mampu untuk tersenyum

semua kitu masih ada sebab...
sebab.....surah AZ-ZARIYAT 56.
" AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan beribadah kepada KU"

ALLAH..ALLAH,,,ALLAH..


na..ada sebab kenapa kita masih hidup di dunia ini

cukup cukuplah kita leka
cukup cukuplah kita lali 
cukup cukuplah kita bermalasan
cukup cukuplah kita cepat berputus asa

sebab itu bukan tujuan kita di dunia ini..


ALLAH ...ALLAH..ALLAH...

mari kita buatkan syaitan cemburu dengan kita..
caranya kita cuba yang terbaik dalam hidup ini selari dengan syariat agama..
mari kita buatkan syaita cemburu dengan kita
caranya kita study betul betul
mari kita buatkan syaitan sakit hati dengan kita
caranya kita berusaha dengan mengingati ALLAH
mari kitabuatkan syaitan pening kepada
caranya kita berusaha meninggalkan kemungkaran..

ok.MARI KITA BUATKAN SYAITAN MENANGIS MENANGIS DAN MENANGIS!!!

mungkin selama ini syaitan sentoasa tersenyum me;lihat dan ketawa akan kita melihat kemalasan serta kelekaan kita pada-NYA.
maka sekarang ini ,adalah MASA KITA 
untuk buatkan syaitan menangis!!!!!!!!!!!!!!!!

kesempatan ini ,
ana memohon agar sahabat sahabat mendoakan kejayaan ana serta sahabat sahabat yang akan menduduki exam final ini..



Wednesday, December 26, 2012

jentik hati ku ya ALLAH

assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagian yang terpancar dalam ruangan percintaan menongkah segala isi ruang yang tercipta hanya kerna ALLAH swt

alhamdulillah .syukur kepada ALLAH swt ,setelah sekian lama tidak menjejak kan tulisan tangan ke alam blog ini ,ALLAH memberikan rezeki hari ini untuk bercinta semula dalam ruangan perkongsian hidup ku hanya sementara.


setelah sekian lama ,meneliti setiap inci ruangan pengalaman hidup ,di tambah pula dengan pergerakan kompas kehidupan ,kadang kala menjengah ke utara kedamaian ,kadang kala bertukar ke barat kegelapan.dan kadang kala jua menghampiri selatan kerohanian.

subhanallah. alhamdulillah ya ALLAH masih memberikan aku erti rasa kehidupan.

terkadang aku terselit alam kedukaan 
ALLAH memberikan aku alam kegembiraan
terkadang aku terhempas pulai
ALLAH memberikan aku ruangan kedamian
terkadang kau terkelu dalam persimpangan
ALLAH memberikan aku tarbiyah kasih sayang.


hidup ini amat singkat ,
dahulu aku masih kebudak budakan
hanya inginkan kegembiraan permainan di waktu pagi da petang
kemudian aku menjengah alam dewasa
melihat manusia dari perspektif ingin berjaya 
dan kini 
aku sedar 
ada satu tanggungjawab .iya ! 
sebagai hamba ALLAH dalam mencari redhaNYA

terkadang terjentik dihati
"ya ALLAH ,adakah ALLAH redha dengan segala tindak tanduk yang aku lakukan "
"ya ALLAH ,ampuni segala dosa ku ,seakan setiap masa ingin aku menutup wajah dek lantaran palitan dosa dan kesalahan yang aku lakukan" 
"ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk terus melangkah ke alam dunia yang singkat ini"



ya ALLAH dalam setiap detik yang berlalu
sejauh mana aku meletakka MU didalam hatiku?
ya ALLAH dalam setiap perkara yang berlakus
sejauh mana aku meletakkan kebergantungan ku pada MU?

ya ALLAH ..dalam apa yang bermain samaada realiti atau tidak
sejauh mana keyakinan ku??



ALLAH ..ALLAH..
hanya kebahagian yang aku pinta
terkadang ingin aku menyorok  dalam keduniaan
namun itu bukan mudah\
terkadang ingin aku bersembunyi dalam keduniaan
namun itu bukan mudah
terkadang ingin aku berlari dari kedunian
namun itu bukan mudah

namun aku tahu
ALLAH mempermudahkanya


ya ALLAH teguhkanlah hati ku beribadah kepada MU
permudahkanlah langkah ku



ingin aku mati syahid,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
maaf dan silap dalam hidup singkat

satu pesanan ..AL Quran itu biar berbekas di dalam hati




Thursday, September 13, 2012

KAHWIN DA?


Aku da bertunang..^^after ne kahwin

Rasa debaran di hati semakin hari semakin kuat terasa,seperti ada suatu aura yang mejelma..
Alhamdulillah,aku da bertunang dengan siapa ..lets it be secret..
Teringat zaman muda sekarang ini ,ramai yang excited nak kahwin..
Tak kisah la ,daripada mereka yang bertudung labuh
Ataupun mereka yang berkopiah
Mahupun mereka yang punyai style pakaian yang biasa biasa
Kerna dasar kahwin itu adalah cinta..cinta padaNYA…

DULU ..
Aku  pun terasa nak kahwin..
Hahahaha..bila kenang balik peristiwa beberapa tahun yang lepas amatlah lucu..
Kadang kadang rasa jeolus yang menebal kat akhwat akhwat yang da bina BAITUL MUSLIM
Sehingga terkadang menyoal pada diri,,,,
Ya ALLAH ..aku ne bila nak kahwin macam kakak tue??

DULU ..
Aku pun terasa nak kahwin ..
Telinga ne kadang kadang ingin menangis
Sebab tiap hari pasti ada jer cite pasal kahwin ne kuar..
Kejap kejap.
“kawan kita si tuuut..dan kahwin la,da ada anak sorang….”
Erm then aku pun Tanya diri aku”bila aku nak kahwin…??”

DULU ,
Aku pun nak perasaan kahwin..
Siap aku google kat internet pasal hadis mengenai perkahwinan..
Tak lengkap lagi tue , aku bertanya pada ustaz ustazah mengenai kahwin pada usia muda..
Time tue aku excited nak kahwin…

DULU
aku terasa nak kahwin ..
Aku tak sabar ade anak sendiri..
Tiap kali tengok bayi comel ,
Mesti terdetik kat hati..
“bila la aku ada anak”..
Kadang kadang excited sangat bila ade member kate..
“aku rasa awak ne da ade muka seorang ibu..”
Aku pasti tersenyum2x seorang diri..

DULU..
Aku da rasa da nak kahwin..
Calon da ade..
Try Tanya mak,mak kate habiskan study dulu..
 Dapat keje…..along kan sulung..
Tapi aku kate kat mak..along ok jer..insyaALLAH along buat terbaik tuk study along…
Siap nak perangkap  hati mak..
“mak kahwin tue kan sunnah.benda baik jgn di perlambatkan..”hehehe
Erm mak macam tak kasi…tapi abah sentiasa green light^^

DULU…
Aku terasa sangat nak kahwin..
Erm cemburu sangat..
Tapi tak tahu perasaan aku tiba tiba tak excitecd…
BILA ALLAH NAK TARBIYAH kan kita untuk mengenal erti hidup
Pasti dalam pelbagai cara…

Dulu ,
Time aku study …ada seorang akhwat ne aku kenal..
Dia ne memang baik…
Die ne memang sentiasa senyum
Dia juga pernah memegang satu jawatan dalam persatuan islam kat university.
Dia ne merupakan senior dalam kos aku ambik..

Tapi…
Satu hari …
Aku mendapat tahu..
Akhwat tue da pergi meninggalkan dunia ini..
Akhwat tue da pergi menyahut seruanh Illahi..
AKU SEAKAN AKAN TAK PERCAYA..
Ingin aku menangis..kerna aku ingin mengenal akhwat itu dengan lebih dekat…

Akhwat tue da mengajar aku something..
Bahawa MATI itu akan sentiasa dekat dengan kita
Pasti datang tanpa d undang…

Aku terleka sebentar..
Kalau dulu aku excited nak kahwin..
Perasaan itu da berubah 360 darjah..
Bukan da tak nak kahwin..
Tapi bila ingat mati itu akan datang.
Pasti  diri ini terasa ingin menangis..
Adakah layak untuk ku ke syurga…..??

KINI…
Aku sedar mati itu lebih dekat dengan kahwin..
Pasal jodoh aku serahkan pada ALLAH…
Kini ,aku nak tumpukan pada hidupku..
Kalau jodoh da ada ,takkan kemana..
Kini ..ingin ku perbaiki diri ku……
Akan ku sematkan kan di hati ..
“MATI ITU MEMATIKAN KEINGINAN DUNIA”.,
Sejak dari hari itu ak da bertunang..
Aku da bertunang,after ne berkahwin dengan ajal…insyaALLAH….




 CITE NE...cite benar yang di cerita kan pada Azamku Al fateh.


Sunday, August 19, 2012

BERJALAN DENGAN TANGISAN..

A
Assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagian setiap hati pembaca…

Hidup ini pasti di sertai dengan degupan jantung
Pasti di sertai jua dengan hirupan udara
Pasti ada pahit manis mengisi..

Dan itu pasti ada……KLIA….tempatnya menyimpan banyak kenangan aku…
Sinilah aku belajar tidur seorang diri
Sinilah aku belajar menyimpan keberanian
Sinilah aku megerti tawakal dan redha
Sinilah jua aku meninggalkan butir butir tangisan
Yang tak mungkin aku lupakan…..

Memang benar dan memang senang..ala tido jerlah kat airport tue ramai jugak  manusia kat sana..
Ayat ne  simple dan direct to the point..
RAMAI ORANG..

Tapi  sebanyak mana RAMAI ORANG ini mengenali aku…??

Asal sabah nak pergi semenjung pasti akan landing kat airport..
Before ne da  banyak kali da aku p semenanjung..TAPI tue dengan kawan2x,dengan  cikgu2x..
But for this time…everthing was difference….

Kali ne aku jalan seorang diri untuk melanjutkan study aku kat semenajung Malaysia
Aku tak rasa perit bila aku menangis..
Tapi aku just jeles dengan kawan kawan lain…
Ow..pandai jeless yer….
Sebab diorang kena antar oleh ibubapa..aku??
Aku takde siapasiapa..tapi aku yakin ALLAH telah menemani perjalanan aku ne…

Time kat airport
Aku memang sangatlah
“RUSA MASUK KAMPUNG”,kalau before ne adacikgu2x..so cikgu2x jer yang akan lead kat depan..

Skunk ne ,AKU KENA LEAD diri aku sendiri…

Time kat airport….untuk menjaga keselamatan diri sendiri..
Aku pergi kat surau tingkat 4 di KLIA .alhamdulillah,nasib aku baik..berjumpa dengan ramai hamba ALLAH yang baru balik menunaikan umrah..walau aku tak kenal..wajah mereka seperti mama aku..

Time tue aku mengalir lah pula air mata..bukan apa….tapi aku sedih aku terbayang baying mama aku
Mesti aku da peluk mama aku jika saat itu bertemu dengan dia..

Sepanjang malam tue,aku just tidur tidur ayam sebab takut flight  terlepas…

Esok paginya,aku sempat berborak dengan seorang makcik dia ne sakit kaki,dia minta aku tolong urutkan  dia..walau aku tak kenal dia,tapi tak salah untuk membantu orang lain..

Aku pun urut makcik tue,,time tue aku urut kat belakang badan dia,,time tue la jugak aku menangis..
Sebab kalau kat rumah ,aku selalu  urut mama aku punya kaki..sekali lagi mata ku berair….
Selepas tue ,aku minum teh  panas…time tue aku sentiasa berharap ada orang yang aku kenal..tapi malangnya tiada…..
Dari saat itu ,aku belajar untuk berdikari dan bersendirian…jangan ,mengharapkan sesiapa
Dan jangan pernah bergantung…hanya pada ALLAH swt..

SELEPAS ITU,aku pun check in untukflight seterusnya ke Kelantan darul naim…

Banyak kisah pelik sewaktu aku keseorangan di airport..sekitar 5 pasangan pakcik dan makcik yang akan membawa aku bercakap dan berborak…
Mungkin di saat itu ALLAH mengetahui betapa rindunya aku kepada kedua ibu bapa ku..

Maka sewaktu aku berborak dengan mereka ,hati ku berbunga bunga..

“ya ALLAH terima kasih ya ALLAH ,di saat ini aku keseorangan ,namun KAU tetap temukan aku dengan hamba hamba MU untuk menemani aku..”

Sebenarnya ,aku pelik…setiap kali pasangan suami isteri ne da nak jalan ,akan ada saja yang berganti menyusul pasangan suami isteri untuk bertanya khabar dan berborak…
Itulah namanya percaturan ALLAH SWT..

“ kerana itu ,ingatlah kamu kepada Ku,nescaya Aku ingat  (pula )kepadamu..”
QS. AL BAQARAH 152….

Ingat sewaktu kita kesulitan ,siapa yang akan mengeluarkankitadari kesulitan itu??hanya
ALLAH SWT….


PESAN AKU KEPADA adik2x yang akan study kat semenanjung ne..
Adik2x jangan sedih k bila study kata area semenanjung..k=jgn sedih2x..ALLAH MAHA BIJAKSANADALAM PERANCANGAN NYA…

Saturday, August 18, 2012

JUBAH PERTAMAku…

JUBAH PERTAMAku…

Assalammualaikum w.b.t salam kebahagian
Masih segar udara yang di hirup,terasa aman sekali dan enak..bingkisan cinta alam semula jadi
TERPESONA sebentar…


Selama nie setiap kali raya ,aku tak pernah kisah sama ada ada baju raya atau tidak..serius..sebab selama nie semenjak form 1 aku da tak beraya kat rumah orang lain kecuali rumah datuk/makcik dan rumah aku…sebabnya???sebabnya aku malas beraya..duduk rumah lagi best bha~_^.ok ,tapi semenjak 3 tahun ne ..ah….baca sendiri jak la ya


Jubah pertamaku,,,iya jubah pertamaku..aku dapat jubah pertama sewaktu tahun 2010..sebenarnya jubah itu pada asalnya bukan milik ku..hasrat kakak first ku ingin memberikannya pada kakak second ku..tapi kakak second ku tidak mahu ..maka automatic kakak ku memberikannyakepada aku..
Dan aku pun dapat jubah pertama…haha…first time memang suka lah jubah tue ,walau tak mahal..tapi ADA AKU KISAH??AKU TAK PERNAH KISAH…
Sebab itu jubah pertamaku,
Bukan harga menjadi ukuran
Namun kecintaan yang dititik perlu …


Tahun seterusnya iaitu last year 2011,aku pun bercadang untuk mempunyai jubah sendiri..dan ya ,AKU DAPAT.
Walaupun ukurannya tak besar seperti aku inginkan ,sudah di takdirkan aku menerima jubah yang dijahit tidak menepati ukuran..tapi
ADA AKU KISAH???AKU TAK PERNAH KISAH…
Sebab ada sesuatu yang telah aku pelajari..
Aku lebih suka memakai “jaket” sewaktu memakai jubah ku ini…
Makanya…..semenjak itu aku lebih suka memakai “jaket”hatta masuk ke dewan kuliah..
AKU TAK KISAH ,OK…jadi sila lah jangan hairan sekiranya di waktu terik mentari aku akan tetap dengan jaketku..hehehe…tapi aku rasa itu blazer adik aku la*


Dan Tahun ini ,pada asalnya aku nak memakai jubah yang aku beli sendiri…
Maaflah ya,seperti pesan mamaku..
“kalau bab bab makanan  serahkan  saja pada biela( aku ) ,dan bab bab baju/kain/perhiasan semuanya serahkan saja pada si along(kakak ku ).”



Makanya ,mulut mama aku amatlah masin…
Sewaktu aku membeli jubah dipasar Siti Subailah..ops…bukan bha di pasar siti khadijah..
Di sebabkan ketika itu perasaan aku bercampur baur setelah menerima dugaan yang amat besar dalam hidupku,maka nya sewaktu aku membeli jubah itu aku hanya lihat pada isi kain dan  warna….
Ingat ISI KAIN DAN WARNA…
Makanya ,sewaktu di rumah ,aku pun memakai jubah tersebut dan menunjukkannya pada mama aku..
Then mama pun bertanya..
“La,,itu jubah atau baju mengandung???ada mama Nampak jahitan di belakang tue macam baju mengandung..”
Aku pun melihatnya dan bersetuju dengan mama….
Tapi
ADA AKU KISAH???AKU TAKPERNAH KISAH LAH..
SEBAB..aku boleh ingat mama bila aku pakai jubah tue..
Mesti time mama mengandungkan aku ,mama pun pakai baju mengandungkan..
Hehe…TERIMA KASIH YA MAK..MUAAHHH..LOVE U




Selang beberapa hari ,aku menelefon kakak first then menceritakan mengenai jubah ku ini..
Maaf ya,sememangnya sebagai adik aku suka sangat menceritakan masalah aku dengan kakak2x dan abang2xku..sebab..ADA AKU KISAH??aku adik diorang kan..hehehe

Tak sangkalah pula,pikir kakakku main main .DUA HARI sebelum raya dia balik rumah dan memberikan aku
JUBAH MERAH..
Yea!!alhamdulillah~_^…




1.Moral of story….sudah bertahun lamanya aku mahu jubah yang betul betul jubah..then Alhamdulillah aku dapat…begitu jugaklah sometimes.kita mahu sangat tapi belumpasti baik untuk kita,then ada kita benci tapi itu yang terbaik itu dengan kita…dan aku menyukainya.


“boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat bagimu ,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu ,padahal ia amat buruk bagimu .ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
Surah Al Baqarah ayat 216


2.dari tahun ke tahun pasti ada saja liku yang harus aku tempuhi untukmemperolehi jubah..tapi ALLAH MAHA MENDENGAR.pasti DIA menolong kita.alhamdulillah ya ALLAH..makanya setiap kali mengadu kita sama ALLAH…:P



Jubah untuk next year???aku tak pikir lagi,,biarlah masa menentukannya..semoga ada sahabat2x aku menghadiahkan untuk aku…hehhe..no.i’m just kidding:P

Friday, August 17, 2012

PENYESALAN TAUBATku

Suasana pagi itu masih sejuk..urh!!!sejuk yang selama ini yang belum pernah aku rasai…
Aku gagahkan jasadku ini menuju ke jendela kayu
Entah apa yang berlaku..
Aku jatuh tak sedarkan diri….

“ orang lain bersengkang mata kerana membaca Quran ,sementara kau pula bersengkang mata untuk melakukan kesesatan . orang lain mendekatan diri kepada ALLAH ,sementara engkau mendekatkan diri kepada syaitan. Orang lain memelihara kehormatan dan membentuk akhlaknya dengan akhlak islami, sedangkan engkau sentiasa bergelut dengan kemaksiatan dan kesesatan…”

Itulah bait bait kata yang terakhir yang mampu aku dengari dengan pasti. Aku bingkas bangun. masih kebingungan dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi,aku bermimpi atau berfantasi itu tidak penting,apa yang penting kata kata itu benar benar mengenakan hatiku.

Aku duduk terpaku.
Dan terus memaku…tanpa mengeluarkan sebarang kata ,di saat itu hati ku sudah berderau menangis..
Inikah tandanya keinsafan??atau masih kan ini tanda  kepura  puraan diri berselindung di sebalik kemaksiatan yang selalu aku lakukan?atas timbunan dosa yang tiada tara,…di saat itu ,tanganku sudah terasa sejuk ,kaki ku juga terasa sejuk..aku dudup kemudian terus menutup wajahku ..

Di saat ini hanya ALLAH SWT sahaja mengetahui akan kemungkaran yang aku lakukan..
Di saat ini hanya ALLAH swt SAHAJA YANG MENGETAHUI SEGALA KEAIBAN yang telah aku lakukan
Di saat ini hanya ALLAH SWT sahaja yang mengetahui betapa tersekanya diri ni dengan pukulan dosa yang begitu meranapkan nur di jiwa ku…

“ dan janganlah engkau menurut hawa nafsu ,kerana demikian itu akan menyesatkan dari jalan ALLAH . Sesungguhnya orang orang yang sesat dari jalan ALLAH ,akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal ,disebabkan mereka melupakan (jalan ALLAH ) itu.:
Surah  Shad : 26
Ingin ku bertanya pada diri..dan sekalian manusia..

Di saat kita melakukan kemaksiatan ,siapakah yang teman yang menjadi pilihan kita?siapa??
Ya..SYAITAN.

“dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (al quran yang diturunkan oleh ALLAH) Yang Maha Pemurah,Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya ),lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.”

Hahha!kawan di saat kita melakukan adalah syaitan..hahahha..betapa ruginya kita berkawan dengan syaitan ne..so sad==!

Ya.realitinya akan kita temui..
Orang yang meninggalkan masjid ,akan kita /aku temui di kafe..betul atau tidak???
Orang yang meninggalkan Al –Quran akan kita/aku temui begitu leka mebaca buku hiburan…betulkan???
Orang  yang tidak membaca Al –Quran , akan kita/aku temui menyanyikan lagu lagu yang tiada makna..

Betulkan??betulkan???tak payah Tanya orang lain la,Tanya diri sendiri..
Tak payah nak nilai orang lain ,cik penulis sila lah nilai diri anda yang hina ini.==!


Pernah tak  anda bertanya pada diri ada??
“ya ALLAH ,aku  ingin bertaubat ya ALLAH ,tapi mengapa sehingga saat ini aku belum menemukan petunjuk MU??”
Mungkin wahai diri ,jawapa nya senang..segalanya bermula daripada diri anda sendiri…
Jika benar diri kita ingin memohon petunjuk ,ingin berubah ,pasti solat 5 waktu di jaga ,sentiasa menghadirkan diri sekiranya terdapat majis majlis ilmu ,berlumba lumba berbuat kebajikan tanpa menghiraukan balasan  manusia ,sentiasa membaca buku buku islamik dan sebagainya..
Dan sekali lagi..adakah persoalan yang anda timbulkan di ikuti dengan langkah langkah di atas???

Segalanya di bawah penguasaan ALLAH SWT ..
Allah berkuasa untuk menundukkan orang orang yang soleh di dalam  masjid
Manakala meletakkan orang orang yang lari dari agama di kawasan club/kafe yang tak bermoral..
ALLAH meletakkan sesuatu sentiasa tepat pada tempatnya..

“ dan orang orang yang berusaha dengan bersungguh sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami , sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan jalan  Kami dan sesungguhnya ( pertolongan dan bantuan ) ALLAH adalah beserta orang orang yang berusaha memperbaiki amalannya”
Surah al Ankabut ayat 69
Sekali lagi ,adakah kita teermasuk dalam golongan yang sentiaa meperbaiki diri????

Teruskanlah mujahadah mu wahai sayang..

Kata kata terakhir ku…
Ada manusia yang sentiasa bergelumang dengan dosa..ada yang mulai untuk berkawan rapat dengan maksiat ..ada yang ingin bertaubat sehingga menangis namun masih melakukan kemaksiatan dan dosa terus berpanjangan…ada yang menyesali segala kesiapan lalu…
Sehingga berkata..
‘ ya ALLAH ,sesungguhnya aku ingin bertaubat ya ALLAH ,ya ALLAH sesungguhnya aku sudah penat melakukan kemaksiatan ya ALLAH ,ya ALLAH sesungguhnya aku sudah benci  dengan apa yang telah aku lakukan,,bantulah ya ALLAH bantulah ya ALLAh.namun masih belum mampu untuk ku melupakan segalanya...”
 Wahai teman ku ,,jangan berputus asa.
Seorang ulama ada berkata .” wahai si pelaku maksiat ,bertaubatlah engkau sehingga seribu kali taubat,berusahalah engkau sehingga melebihi seribu kali taubat mu ,kerna ,sebab boleh jadi ALLAH menolong mu setelah usahamu yang keseribu itu…”.

Kesimpulan ,wahai diri..wahai sahabat..wahai abang abang kakak kakak..jangan  berhenti berusaha…

Seorang yang bijak duduk dekat dengan pohon pisang.lalu dia melihat seekor semut kecil yang mencuba naik memanjat pohon tersebut . kerana pohon itu licin ,semut itu telah jatuh . tetapi dia berusaha lagi , demikian seterusnya hingga ALLAH menolong binatang kecil itu . orang bijak itu kemudian berkata .’ garis yang panjangnya seribu langkah dapat di tempuh dengan satu langkah , iaitu dengan kesabaran..”.


Sekian,,semoga diri ini terus kuat mencari  cinta ALLAH..

SEKIAN.AKU MENULIS DENGAN PERASAAN DIRI SENDIRI YANG INGIN BERKONGSI.

>aku malu dengan dosa dosa ku…tapi bukan alasan untu ku malu mencariNYA.

semoga bermanfaat....





PEMIKIRAN SAINS YANG KITA TIDAK SELARI BERSAMA.

PEMIKIRAN SAINS YANG KITA TIDAK SELARI BERSAMA.


‘ SESUNGGUHNYA AL QURAN INI MEMBERI PETUNJUK KE JALAN YANG AMAT BETUL (AGAMA ISLAM )” .
SURAH AL ISRA AYAT 9.

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta salam kebahagian kepada semua pembaca yang budiman yang saya cinta kerna ALLAH…

“ PADA HARI ITU SAHBAT SAHABAT KARIB ,SESETENGAHNYA AKAN MENJADI MUSUH KEPADA SESETENGAHNYA YANG LAIN ,KECUALI ORANG ORANG YANG PERSAHABATANNYA BERDASARKAN TAKWA  (IMAN DAN AMAL SOLEH )”.
SURAH AZ-ZUKHRUF AYAT 67.



Semenjak dari bangku sekolah lagi ,kita sudah di ajar untuk belajar bersungguh sungguh . Benar ,kerna tahap ukuran keilmuan yang di miliki menjadi penanda aras  kepada  ketamadunan dan kepimpinan sesuatu bangsa..setujukan???

Tidak ada salah nya ,malah kita sendiri di anjurkan untuk berusaha dengan sebaik mungkin.

Yang menjadi masalah ialah ,keTAGIHAN  diri sendiri atau dorongan kuat dari  manusia untuk belajar sehingga keilmuan yang di dapati hanya  di terima akal semata mata tanpa  di kaitkan dengan  pemikiran dalaman iaitu HATI serta di kaitkan dengan KETUHANAN serta akidah..

The equation is simple..
Receive > process > still blurr.. =  YOU GET NOTHING


Penulis di sini bukanlah ingin menimbulkan kontroversi dalam bidang akdemik mahupun sains moden dunia ,tapi hanya hajat di hati untuk menarik perhatian masyarakat muslim terutama nya mereka yang  menganut agama islam. MAKA NYA ,SEBELUM DIRECT TO THE POINT ,PENULIS MINTA MAAF YA SEKIRANYA ADA AHLI AKADEMIK YANG TERASA..I’M SO SORRY..ITS JUST MY OPINION.

Sungguh begitu indah ,ayat  al Quran membawakan kita untuk mengenal ALLAH SWT ,yang mempunyai nama nama indah  sesuai dengan sifat sifat ALLAH




‘SETELAH MEREKA MENYAMPAIKANN PERINTAH ALLAH ITU ,FIRAUN BERKATA :SIAPAKAH TUHAN KAMU BERDUA?.’NABI MUSA MENJAWAB : “ TUHAN KAMI IALAH YANG TELAH MEMEBERIKAN KEPADA TIAP TIAP SESUATU : KEJADIAN SEMULAJADINYA YANG SESUAI DENGANNYA ,KEMUDIAN IA MEMBERIKAN PETUNJUK KEPADANYA AKAN CARA MENGGUNAKANNYA.”






SURAH THAHA AYAT 49-50


Kemudian kita kaitkan dengan pelajaran science / physics di peringkat sekolah menengah dan subjek biochemistry di peringkat university yang membawa  pelajar untuk mengenali maksud takrifan sesuatu yang berkait rapat  dengan sains .

Contohnya,
Dalam FIRST LAW OF THERMODYNAMIC  states that ..
ENERGY IS CANNOT BE CREATED AND ENEGRY IS CANNOT DESTRYOD..
Kalau definisi nie silap ,sila La rujuk pak google atau kepada buku2x mahuPun golongan ilmuan.

Dalam bahasa melayu bermaksud,
“tenaga tidak  boleh di buat ,dan tenaga tidak boleh di hapuskan “

Sesungguhnya ,inilah definisi yang terpaksa di fahami oleh pelajar sains  di seluruh MALAYSIA dan DUNIA amnya,apabila menjelang test maka buku yang berkaitan akan di ambil , bagi pelajar yang berwibawa akan membuka buku yang lebih tebal ,,seperti Campbell. Sesungguhnya sifat ini patut di puji ,

MASALAH yang timbul hanya apabila pelajar hanya belajar sesuatu ilmu tanpa terus berfikir ,hanya menerima SEBULAT BULATNYA!...

Bila kita ulang kembali frasa definisi “ENERGY”
“ENERGY IS CANNOT CREATED AND ENERGY IS CANNOT DESTRYOED,”
Telah menolak sifat ALLAH swt YANG BERSIFAT al-khaliq.
Bukan kah ALLAH swt TELAH MENCIPTAKAN SEMSTA INI ??BUKANKAN ALLAH YANG MENCIPTAKAN SELURUH ALAM SEMESTA INI??malah sudah pasti ALLAH juga mencipta jisim ,jirim serta tenaga .



“ DAN BAGI ALLAH JUALAH KUASA PEMERINTAHAN LANGIT DAN BUMI DAN ALLAH MAHA BERKUASA KE ATAS TIAP TIAP SESUATU . SESUNGGUHNYA DALAM PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI DAN SILIH BERGANTI MALAM DAN SIANG ADANYA TANDA KEBESARAN ALLAH BAGI ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL ,”






(SURAH AL-IMRAN AYAT 189-190).




Begitu jahilnya manusia menerima sesuatu tanpa berkait rapat .
Dari segi akademik mungkin definisi “energy” ini tidak mempunyai masalah .
Tapi jika di selidik dari segi akidah ???
ADAKAH SESUATU YANG ALLAH CIPTAKAN DILUAR JANGKAUAN –NYA???

Part 1.
Di tulis oleh saya yang masih berfikir waras.
Sedarlah wahai sahabt2x sekalian,
Sekiranya kita Sedari dari hari ke hari ada saja manusia yang cube mengetengahkan gejala pemikiran sains dan teknologi yang MEMISAHKAN sifat KETUHANAN dari kehidupan. Fenomena ini bukan sahaja telah menyingkap hati golongan akademik malahan jua segelintir manusia yang berada dalam bidang agama.

Sedarlah wahai sahabat2x ku ,pandanglah dan pelajari lah sesuatu bukan atas dasar kerana peperiksaan sehingga kita memperbodohkan diri kita pada masa yang sama.
Ingatlah bahawa itu memang sains ,tapi itulah ciptaan ALLAH SWT.
WALLAHU A’LAM.

Akhir kata…




‘ DIA MENCIPTAKAN LANGIT TANPA TIANG SEBAGAIMANA YANG KAMU MELIHATNYA DAN DIA MENGADAKAN GUNUNG GANANG YANG MENETAPNYA SUPAYA BUMI ITU TIDAK MENGGONCANG KAMU ,DAN DIA BIAKKAN PADANYA BERBAGAI JENIS BINATANG DAN KAMI MENURUNKAN HUJAN DARI LANGIT LALU KAMI TUMBUHKAN DI BUMI BERBAGAI BAGAI JENIS TANAMAN YANG MEMBERIKAN BANYAK MANFAAT . INI SEMUA ADALAH CIPTAAN ALLAH MAKA CUBALAH KAMU TUNJUKKAN KEPADAKU APAKAH YANG TEAH DI CIPTAKAN OLEH MAKHLUK MAKHLUK YANG LAIN DARIPADANYA. BAHKAN ORANG ORANG ZALIM ITU BERADA DALAM KESESATAN YANG NYATA.”






SURAH LUQMAN AYAT 10-11.


SUBHANALLAH….


Monday, August 13, 2012

Tangisan cinta belalang di pinggiran jendela….



Tangisan cinta belalang di pinggiran jendela….






Assalammualaikum dan salam ketenangan seindah senyuman kita bersama..


Kita layangkan pengharapan sejuta kasih hanya pada ALLAH SWT.


Kita ranapkan kebencian sesame saudara


Dan kita semaikan ukhwah yang kukuh tiada batasan kernaNYA…






Hari ini ku melihat


Garis garis halus yang hadir di jari ku


Masih utuh rupanya parut kenangan


Dalam detik masa yang berlalu


Air mata ku jatuh menegur.


~~oh!!aku tersipu malu…


Aku menangis rupanya….










Ini adalah kadang kadang khayalan yang menerpa ruangan hati,


Bak kata lirik nasyid..


“secebis kenangan kita,sentiasa bermain di bayangan mata,detik waktu yang berlalu…menjadi memori kau dan aku.”






Ok stop stop,,nak nyanyi la pula budak ne.~_^.






Sebelum terus menerus…ada kata kata utk kamu..






“Mencari Ilmu diibaratkan seperti mendaki bukit yang tinggi..kita mendaki dari bawah hingga ke tengah jnganlah kita bermegah2 kerana kita mungkin akan terjatuh dan apabila kita duk atas skali pun kita jangan bermegah2 tapi apabila kita dk ats skali kita akan melihat Keindahan sebelah sana,keluasan sebelah sana...jadi begitulah juga dengan ilmu apabila kita duk ats skali jangan kita bermegah2 tapi kita akan lihat Keindahan suasana dan keluasan jadi kita akan kagum dengan ciptaan Allah,ilmu Allah....tuan pencipta yang maha agung....ALLAH!!!”..






Ne ada sowg status ustaz,tapi lupa ape nama ustaz ini,namun tulisan nya insyaALLAH bermanfaat untuk anda semua….






Entah lagu apa yang berlagu di saat ini ,sehingga membuaikan perasaan jiwangku rasa kesedihan bukan pada manusia ,tapi pada ibubapa ku..






Bila sebut ibubapa ,ingin aku menangis..


ADAKAH KERNA AKU SEORANG YANG TOUCHING???


Ow bukanlah!~_^kerna sesungguhnya TANGISAN ku in MAHAL…che…






ADAKAH KERNA AKU SEORANG YANG BAIK???


Ow bukanlah L kerna sesungguhnya ,aku adalah manusia yang selalu leka






ADAKAH KERNA AKU BERSIKAP BEGITU??


Ow bukanlah,:P kerna aku seorang yang sukar untuk di tafsirkan.






MUNGKIN ..kerna AKU ANAK KAMPUNG TIADA APA APA,,CUMA IBUBAPA SAHAJA..


Mungkin juga kau merasakan aku belum ada daya lagi untuk membantu ibubapa ku…insyaALLAH perancangan ALLAH satu hari nanti.














pagi pagi pak mat beli kail ikan


mari sini baca iklan


azamku alfateh~_^..ow alamak tak menjadi plak pantun aku…J






baru aku teringat…selamanya aku akan ingat..


Alhamdulillah,aku bersyukur sangat dengan ibubapa ku..


Dengan siapa IBUBAPA KU,,,IBUBAPA KU,,IBUBAPAKU….






Apa yang aku rasa ini aku mahu share ,mungkin kita ada jodoh perasaan yang sama …






Kata kata ibubapa sewaktu kita berjauhan hanya telefon menjadi perantara menjadi ketenangan


Kata kata ibubapa ne ada powernya sendiri…


Apalagi bila ibubapa mula berkata kata mengenai agama..


Bukan untuk anak anak buahnya,tapi untuk anak anak kandungnya…


Bukan untuk menunjukkan ibubapa alim/baik/bagus dalam bab bab agama..


Tapi ibubapa sedar melalui kata kata itulah satu didikan kepada mereka yang sayangi..


Mak pak..thanks dengan tazkirah mu..sayangnya aku pada anda..










Erm perkataan “TAZKIRAH” saat mula mula my mum sebut perkataan ini ,mulutnya seakan akan kelu tapi berusaha untuk sebut..


“waaaa…sebaknya aku time tue ,macam aku mau menangis,but mak!thanks for the advise…”






Itulah ,bilang mama saya..@ makcik korang semua ne..


“semua orang akan berubah ,jangan pandang negatife pada manusia yang jajal(nakal_.,jangan di hina manusia yang tak solat ,kerna satu hari dia kan solat ,jangan di herdik mereka yang tak tutup aurat ,satu hari nanti,pakai gak tudung tue,,manusia akan berubah dan kita jangan pernah “PERASAN BAIKKKKKK”..






Na,pedas ka ??memang korang tak terasa kan,sebab korang tak sayang mama saya..hehe


So aku ada request ne..


BOLEHKAN KAMU SAYANG MAMA NGAN BAPA AKU MACAM KAMU SAYANG YOUR PARENTS??


BOLEHKAN KAMU DOAKAN KESIHATAN UNTUK MY PARENTS ,MACAM DOA KAMU UNTUK YOUR PARENTS..






BOLEHKAN ??BOLEH??BOLEH??boleh la ya…..my mum and my dad also you all punya mama dan bapa..>< kita kan bersaudara…hehhe..










Ok.kita mahu balas pengorbanan ibubapa…amatlah tiada tandingan..


Walau kau gadaikan dengan air mata mu masih tiada nilai


Walau kau hamparkan intan permata masih tiada tara


Walau kau siulkan dengan kemewahan segala


Tiada yang mampu menandinginya,kerna itu semua hanya materialistic!~_^






Kau mahu tau kah ??


Apa yang mampu kau lakukan??hanya doa bha ..hanya doa…hanya doa..


Ibubapa mu bukan membesarkan mu dengan materialistic,tapi dengan dasar KASIH SAYANG..


Maka apa kah perbezaan antara kasih sayang dan harta kebendaan??


HARTA KEBENDAAN hanya mampu menyentuh tubuh ,hanya menyentuh luaran fizikal..


Tapi kalau kau mahu tahu..


KASIH SAYANg menyentuh hingga ke jwa sehingga mampu mengetuk hati yang keras menjadi lembut ,sehngga menyatukan dua jiwa menjadi satu sehingga itu…betapa hebatnya KASIH SAYANG.










Iya memang tidak di nafikan ,HARTA BENDA itu penting..TAPI INGAT ASASNYA IALAH KASIH SAYANG..






Berdasarkan pengalaman aku ,seorang ibu tidak akan membiarkan anaknya memakai baju yang comot ,si ibu pasti ingin melihat ibunya juga memakai pakaian yang baru…


Si ayah tidak mungkin membiarkan anaknya kekosongan duit apabila berjalan jauh,pasti si ayah akan berusaha untuk menjual segala,,,hatta LEMBU??aik lembu??keluar tajuk da ne..biarlah ini maksud tersirat~_^only me and my family can understand about its.






Bila aku nilai ..PAKAIAN adalah materialistic , duit juga kategori materialistic..


Tapi pemangku kepadanya ialah KASIH SAYANG..


Mak ,pak..i tidak memerlukan lebihan materialistic,hanya KASIH SAYANG lebihkan lah ya mak pak..~_^.






Ok lah..its just my sharing with you all...


>if you want to cry to day ,please tell your mum and dad,,because their advise is more useful…”


..


~_^ style pelayaran hidup azamku alfateh..kita tidak mungkin sama.:P






“dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “wahai tuhanku !sayangilah keduannya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil “


SURAH AL –ISRA AYAT 24.












Sunday, July 8, 2012

Mukamu berlumpur endak pa jugak…kalau hati mu???


Assalammualaikum w.b.t dan salam kecintaan yang insyaALLAH sentiasa teguh dalam tali kasih sayang kernaNYA..selawat dan salam pada Nabi Muhammad SAW..rasul kecintaan umat semuanya…
angin pergi tanpa khabar..burung berkicau terus sepi di waktu senja...mentari bersenbunyi di kala malam..masa. ya.masa kayu pengukurnya....



Sebelum terus masa berlalu tanpa menoleh kembali ..mari kita bermuhasabah sebentar jak…
Tapi mostly ne lebih untuk diri si penulis..tapi tiada salah jugak bha kan mahu share dengan kamu semua…(ne bha nama nya loghat sabah..bule kau cuba cakap)?
Then back to the main point…
Rasanya bukan setakat muhasabah diri..tapi sendiri bule nilai apa suda aku buat dengan hidup..na,,ngam bai ne…ne pa yang mahu di sampaikan….

CUBA FIKIR!
Akan segala silap ,akan segala silap
Akan segala silap yang telah kita lakukan…….
Senaraikan semenjak anda dari bayi sehingga kini ..
Dapat lagi kau ingat..mustahil tidak….MELAINKAN DIRI SUDAH BERJINAK SANGAT SELESA SANGAT DENGAN SEGLAA MACAM DOSA KESALAHAN DAN SEWAKTU…


Anda berusia?? Dalam jangka waktu  ini apakah dosa yang diri sendiri tengah lakukan?
Dalam detik 5 minit yang lalu…..
Rasa rasanya apa??
Apakah silap?
Dan apakah kesalahan  sebagai manusia..sebagai hamba ALLAH yan sentiasa kita lakukan…
Apa dosa??
Apakah silap yang sukar untuk kita lepaskan??
Apakah kemaksiatan yang telah menimbunkan jutaan dosa yang telah menaikkan saham dosa kita yang sukar kita lepaskan??
Apakah kesalahan yang sukar untuk lupakan sehingga setiap kali kita bertekad untuk tidak mengulanginya NAMUN TERUS BERMAHARAJALEL DALAM DIRI??SEHINGGA DI DORONG DENGAN hawa nafsu yang tidak tahu malu sehingga didorong dengan pemikiran yang kadang kadang kosong dan tidak di sertakan rasa malu kepada ALLAH??

Apakah silap yang sering kita lakukan ??kesalahan yang acap kali di lakukan begitu megah sekali ..sehingga lupa ALLAH sentiasa  mengawasi???


AKU MAHU TANYA BHA Ne untuk diri ku..
Azam:  kau endak malukah dengan ALLAH time kau buat silap??napa suka sangat koe ne buat silap??napa kau ingat kau jamin sudah masuk syurga..napa sangat kau suka jadi si syaitan /iblis segala macam sewaktu dengannya sebagai kawan mu??napa??????????????!!!!!!!!!(TENGAH MOOD MARAHKAN DIRI SENDIRI)..

APA??????????????????????????
Apa?
APAAAAAAAAAAAAA??

Dan APA?





SENARAIKAN NYA SEKARANG!
NAMA :
UMUR :
DOSA  ANDA..
BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAM..
1.       DOSA KEPADA ALLAH
2.       DOSA KEPADA MANUSIA
3.       DOA KEPADA ALAM
4.       DOSA PADA DIRI SENDIRI..
5.       ANDA CUBA BAYANGKAN

SENARAIKAN JUGA
DOSA YANG BEGITU DEGIL UNTUK DI HAPUSKAN!!



SEKARANG ..CUBA KITA DUDUK DIAM….
Sekarang kita cuba  analisis keadaan kita..
Kita analisiskan hati kita..
Wajahnya ??wajah hati kita??
Berkerumun dengan palitan lumpur dosa  yang  busuk sekali…


ALLAH.,…
Semua ini tidak akan terjadi
Sekiranya sYAitan punya bisikan nie KITA TAK IKUT!!!!!!!!!!!!!!!
IYA LAH..SENANG KAN CAKAP  SENANG JER NAK TULIS..BILA NAK PRAKTIKKAN SUSAH..


JAP2X..JANAGN PIKIR GITU !
SELALU KITA DENGAR….

                                                                                                                                                                                         “ maka apabila engkau  ( Muhammad ) hendak membaca  Al Quran ,,,,,,,,,,,,,mohonlah perlindungan kpd Allah dari setan yang terkutuk..”
SURAH AN-Nahl ayat 98

SEMAKIN D TENTANG..SEMAKIN IA KUAT MENGUASAI JIWA…
TAPI SEDARILAH NAFSU INI AKAN MUDAH D TUNDUKKAN DENGAN..
DENGAN ILMU…

Nah..jangan risau..di saat diri merasakan sedang di hasut dengan panggilan syaitan ne, cepat cepat kita BERHUBUNG dengan ALLAH..caranya ZIKIR TERUS NAK…
Sebab itu kita di anjurkan untuk sentiasa berzikir….

Kemudian Allah SWT tunjukkan pada kita dalam ayat seterusnya….

“ Sungguh setan itu tdk berpengaruh terhdp orng yng beriman dan bertawakal kpd Tuhan “…

Nah,kau dan aku kena yakin ALLAH sentiasa bersama sama dengan kita..tapi at the same time make sure KITA SENTIASA INGAT DENGAN ALLAH…




Di sewaktu kita mahu belajar..tiba2x la pula ada  GODAAN
DI Waktu nak solat pun ada godaan
Di waktu segala galanya kita hendak mencari ketenangan pasti ada godaan
Dan inilah yang kita namakan sebagai kuasa HAWA NAFSU….mungkin ada nama yang lebih sesuai ..tapi takat ini merasakan itulah dia nama yang berlegar diruangan  hati…

Iya memng benar untuk kita mendapatkan  SYURGA itu tidak mungkin senang kerna SYAITAN dengan janjinya akan berusaha untuk menarik kita di jalan nya yang begitu menyimpang sekali…


THEN ,,,cuba kita Tanya…..
Kita suka ka pada yang berbau busuk
suka kah pada yang bernanah hijau berlendir berhanyir segala,,,
adui na..belum lagi yang bergiuk(maksudnya ada ULAT )
Dan sewaktu dengan nya..
KAU MAHUKAN?
Semua tak nak kan..
Tapi itulah yang di kejar
Itulah yang di buat
Itulah yang di KERJAKAN
ITYLAH YANG KAU MAHU KAN ..ITULAH DIA..
Kau tahu macam mana kau bule dapat begitu ….begitulah keadaan jiwa hati kita tatkala dosa menyelimuti dalaman jiawa kita..CUBA Tanya DIRI ..
“KAU TIDAK KESIAN KAH PADA DIRI MU?”
Istigfar sikit sayang….



Azamku alfateh menyeru terutamanya penulis tika ini untuk muhasabah diri..
“wui nak..PA SUDAH KAU BUAT DENGAN HIDUP MU NIE SELAMA NE???suka sangat dengan dosa??KAU TINGUK DIRI MU mahu cakap  CANTIK endak jugak..TAPI CUKUP SEMPURNA..MAU CAKAP HANDSOME..X JUGA ..TAPI OKLAH..TAPI LAGI TERUK..SUDAHLAH TIADA APA APA..SEKALI TINGUK DOSA BHA..ADUYAI..BANYAKNYA ENDAK TERKIRA..BHA NAK KAU SEDAR DIRI LAH SIKIT…”
ALLAH….
Bantulah aku melawan segala keinginan ku untuk melakukan dosa dan menghampiri maksiat…ALLAH,,bantulah aku…

Amiin…

Sebagai penutup kata..
“hati yang lalai menjadi hijab untuk mendapat kan nur ALLAH “…


>copypaste pelayaran hidup azamku alfateh<

Friday, June 15, 2012

Subject universitie,subject kehidupan…

Subject universitie,subject kehidupan…

Assalammualaikum wb.t. dan salam kasih sayang antara kita yang masih ingin berpaut serta berpaksikan kepada satu arah tuju yang sama ,tanpa mengubah sedikit pun latitude mahupun longitude arah kompas cinta melainkan kepada ALLAH swt …insyaALLAH.

Hati seakan akan menangis
Jiwa seakan akan tiada kata
Mungkin saat ini
Kerinduan terhadap kampung halaman  nan kehijauan
Menebal
Secebis cinta ku layangkan kepada mereka..
IBUBAPA
KELUARGA ..


Namun  kerinduan terhadap rumah
Kecintaan yang bersembunyi dari dasar hati
Melihat dari jauh
Mengintai dengan perasaan yang kuat
Harus di pangkas hingga haus
Lantaran
Musim berbulan madu exam final
Untuk pelajar universities…..


Hari pertama ,subject English menjadi saksi kecintaan ku
Seterusnya bertandang BIOCHEMISTRY AND MICROBIOLOGY mengajar erti kehidupan
Yang tersembunyi di sebalik kehidupan manusia
Terselit kehidupan microorganisms
Yang bertatih mengenal erti hidup


Kemudian menyapa pula SUBECT HUBUNGAN ETNIK.
Sehingga disini mengenal arti kehidupan manusia yang berbeza ras

Kemudian menyelusuri jambatan masa dengan menemukan subject GENETIC
Hingga kini baru ku sadar siapa aku..
Complete dengan process translation…
Alhamdulillah
Mutation dalam gene tidak berlaku




Kemudian aku mengenal arti kewangan
FUNDAMENTAL OF ENTREPENUER
Kita akan hargai wang syiling berharga 5 sen
Kerna dari 5 sen ini
Jika kau kumpul pasti mendapat seringgit
Dari seringgit ini kau kumpul dapat sejuta
Betapa berharganya nilai yag kecil


Akhir segala perhitungan akan di hentikan bila
Aku akan berjuang di paper paling last
CALCULUS
Mungkin di saddle point kehidupan untuk semester ini aku tempuhi
Di hiasi dengan minimum dan maximum coretan kisah ku..
insyaALLAH mana yang buruk akan diintgregationkna
mana yang silp akan ku differentiatekan…
doakan ya..


sekian….
Honestly ….
Alhamdulillah ya ALLAH….
ENGKAU MERANCANG SEGALANYA
TIADA DAYA IU MELAKUKAN SESUaTU KERJA TNPA IZIN MU

Im al ready and going sit for another paper …..
Doakan azam dalam doa mu.. ya sahabat2x..sayang kalian
Bukan kerna engkau cantik
Bukan kerna kau macho..
Tapi kerna kau insane yang aku cintai kerna ALLH SWT..


>copy paste pelayaran kehidupan azamku alfateh<.

kita hamba berdosa..bertaubat lah...





Sunday, June 10, 2012

Dari lense kamera hati….

Assalammualaikum dan salam kebahagian kepada kasih persaudaraan yang bersulamkan cinta kerna ALLAH. Disaat ini kita bertunjangkan satu jiwa akidah yang semarak nan begitu gagah di hati insan iaitu ISLAM..alhamdulillah..

Dari lense kamera hati memaparkan kasih cinta cinta penyesalan perbuatan yang serig kali menimbulkan kekesalan dan rasa malu akan kesilapan dan kesalahan yang telah sering kali di lakukan satu saat yang lalu hingga berterusan..sayu hati melihat kepada seksanya batin melaksanakan dosa yang zahiriah dan batiniah….:(

Siapa kita di dunia ini??
Berlagak seperti seorang yang tinggi kuasanya..
Pikiran itu silap sama sekali..

Siapakah kita didunia Ini?
Berlagak seperti seorang yang bias melumpuhkan dan membinasakan jiwa yang lain
Pikran itu silap sama sekal..

Siapakah kita didunia ini??
Berlagak seerti serang yang mempunyai segala galanya..
Pikiran itu silap sama sekali..


Dan akhir sekali..
Siapa kita didunia ini??
Kita hamba seorang hamba manusia yang lemah…
Yang tiada daya untuk melaksanakan apa apa melainkan izinNYA…
Yang tiada daya untuk memikirkan apa aoa melainkan izinNYA
Yang tiada daya untuk mendengar apa apa melainkan iziNYA..

Tapi..seringkali masa itu membuatkan mu leka..
Menyangka kau hebat di dunia
Penuh dengan satu senyuman kejahatan yang mewarnai kalbu.
Adui sadisnya==!
Seakan akan diriku…



Berhak nya dan berlagaknya memarahi insan lemah…

Sebelum tangan terus  di gerakkan oleh ALLAH
Sejuta penyesalan
Sejuta kemaafan ingin diluahkan kepada ALLAH
Atas kejahilan
Seribu kemaafan kepada mereka yang bernama manusia
Menjadi mangsa dan menjadi manusia yan bertuah
Menyaksikan
Buruknya muka hamba ini bila memarahi dengan tanpa sebab…
Maafkan ya sahabat- sahabt,
Kawan kawan
Kakak kakak
Adik adik
Abang abang…

Hanya kerna ego yang melampau
Hanya kerna nafsu yang menyemarakkan
Melemparkan kan kemarahan yang  tiada faedah
Seakan akan aku yang berkuasa
Padahal aku la paling hina…

Maafkan ya..

Lumrah kehidupan menyaksikan pelbagai episode episode suka duka yang bersilih ganti
Yang  terus menyergah perjalanan sebagai manusia sepaerti pelbagai yang pasti muncul setelah hujan
Seperti mebun di pagi hari menceriakan si sang rumput hijau
Di temani dengan sang belalang yang manja menyesluri dan bermain di samping nya
Seperti nadi yang terus berdenyut membawa kepada satu arah hembusan detik hidup
Dan seperti mata yang berkelip bila di sapa oleh habuk..

Bila di tinjau sewaktu kita marah..
Apakah yang terlintas sebenarnya??
Adakah kerna kita ini memang betul betul marah??
Adakah kerna kita berlagak marah?
Adakah kerna kita saja saja marah?
Adakah kerna kita memang punya mood pemarah?
Adakah kerna ada sidia si situ untuk membuktikan kita ini MACHO/SWEET time marah?
Adakah kerna memang suka orang tengok kita ini pemarah?
Adakah kerna ?
Adakah kerna?
Adakah kerna??
Kita tidak mampu untuk melawan hawa nafs marah kita?????
Semanya ada di tangan pembaca
Jika marah
Biarlah marah kerna sesuatu yang perlu d tegah
Pekara yang mampu membawa kemudaratan kepada diri ,masyarakat dan negara..
Jika setakat marah yang tanpa bersebab
Sila berhati hati
Kerna itu hanya sia sia
Kerna SILA NANTIKAN
KEMARAHAN SERTA KEBENCIAN YANG MELUAP DARI PADA ORANG RAMAI  KEPADA ANDA !
WHAT WE GIVE ,WE GET BACK!!




Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan JANGANLAH KAMU MELAMPAUI BATAS (PADA APA YANG TELAH DITETAPKAN HALALNYA ITU); KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS.
Surah AlMaa’idah. Ayat 087.







Sekian..dari lense mata hati…

>copy paste dari pelayaran hidup azamku al –fateh<.



Follow by Email