Thursday, October 20, 2011

dedaunan kering inginkan kehijauan dahulu......






Sahabat2 sekalian…titipan kata2 terakhir.
Hidup ini memerlukan “nucleus”kesabaran…memerlukan”mithocondrian”kesabaran..memerlukan”cell wall” kesabaran..hidup ini hendaklah “eukaryotes”kesabaran

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن

"Wahai orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (ayat 153).


dalam memburu impian,dalam apa jua “pylum”status kita….bersyukurlah kita dalam beribu …dalam sekecil kecil atom..ALLAH masih menakdirkan atom atom membentuk menjadi molecule seterusnya kepada diri kita sekarang ini.MAHA SUCI ALLAH.AMAT TELITI DARI SEKECIL KECIL PERKARA…TAKBIR3X!!!

apa apa pun dugaan yang datangnya bila mana hati mulai terhimpit..maka saat itu tenangkan hati mu…..
~~
Awan sentiasa bertanya...
Dalam arakan saat yang sentiasa berdetik..
Mengalun segala ketenangan kebiruan…
Dalam laman perpisahan…
Antara sahabat2 sekalian……..

Assalammualaikum w.b.t semuanya..harapnya semua sihat..mungkin sekarang ne ada tengah buat kerja rumah kan..mungkin ada jugak ada yang sedang melayari interet malah juga ada yang tengah membaca…..alhamdulillah masih di beri WAKTU dan MASA untuk bermain main dengan dunia ini..TAKBIR3x!!!!!!

Tetapi terpulang kepada diri..untuk bermain dengan dunia..atau dunia yang memainkan anda..terpulang sama ada anda ingin memain mainkan dunia,atau dunia yang memain mainkan anda…..

Seekor burung terpaksa terbang di atas awan biru untuk mencari ulat……untuk mejadi santapan…seekor ikan terpaksa ke hulur dan ke hilir untuk mencari makanan…..seekor kucing yang comel terpaksa menagih perasaan lapar dengan meyelongkar tong sampah hitam….kadang kadang kasihannya..seorang pakcik tua terpaksa membawa mangkuk coklat sambil menagih kasih sayanng dari masyarakat untuk di hulurkan bantuan…malah kadang2x yang menyayat hati seorang ibu dan juga anak anak kecil juga terpaksa menuntun kehidupan dengan berjalan ke hulur ke hilir tanpa menghiraukan rasa malu..demi sesuap nasi untuk dirinya dan anak anak yang yang tercinta..walaupun tidak berpakain mewah tapi itulah anak anak yang tercinta….

TERPAKSA??????

Ini bukan terpaksa..inilah lumrah hidup..inilah katanya kompas luahan perasaan seorang makhluk d dunia ini…dalam celahan mencari ketenangan hidup..kadang kala lebih baik bermula dari kesukaran,,,bermula dari yang perit..yang memrlukan sejuta azam.sejuta titk titik peluh..ribuan doa..ribuan pengharapan,,dan usaha yang tidak terperi…

Bermula dari kegagalan..manuisa mengenal erti KEJAYAAN………

“FAILURE IS NOT FAILURE..BUT FAILURE IS A MOTHER FOR OUR SUCCES..”







Dalam kehidupan….begitu banyak perkara yang berlaku..sama ada suka atau tidak suka..walaupun tidak suka??ulang balik ayat..walau tidak suka????erm pelik……semua yang berlaku sudah dalam jangka pengetahuan ALLAH SWT..maka ,janganlah hadirkan di jiwa bahawa tidak suka…..

Hidup ini tidak mudah…hidup ini hanya semnetara..janganlah kalian lali dalam haruman godaan dunia yang sentiasa menunggu masa..mungkin saja diri ini,yang menjadi magsa..tetapi boleh jadi juga kalian…

Sentiasalah perbetulkan niat..
Walau dimana kita berada..walau apa apa pun status kita..walau apa pun kita..
Kita hamba berdosa.
Selagi kita bergelar hamba berdosa.jadi selagi itulah kita mencari keredhaan ALLAH…ingat.KITA BUKAN HAMBA YANG PENUH PAHALA..KITA HAMBA BERDOSA……jadi perbetulkan niat..semoga niat yang baik itu menjadi permulaan kepada kita untuk berubah sedikit demi sedikit….

Siapakah saya???
Saya seorang islam…
Saya seorang pelajar..
Saya adalah seseorang….

Dalam kehidupan ini,tidak selalunya kita akan sentiasa bersama sama dengan sahabat2 kita…ya ALLAH,lidungilah sahabat2ku sekarang ini..ya ALLAH.amat rindunya terhadap mereka..semoga teguh ikatan ini…”

Hidup di kordinate yang berbeza ini..kadang kala membuatkan hati ini mempunyai pengalaman yang manis,masam,pahit dan segala bentuk perasaan…
Benarlah ,,persahabatn kerana ALLAH.akan tidak mudah terlerai..tidak akan pecah….tidak akan mudah terlurai..
THANKS YA ALLAH..kerana memberi kesudian masa untuk bertemu dengan sahabat2 yang amat penting dalam meniti catur kehidupan ini…

Untuk sahabat…yang berada di UMS..negeri di bawah bayu….take care dear..
Untuk sahabat yang berada di kml…take care dear..
Untuk sahaabt..yang berada di ipg..take care dear..
Untuk sahabat yang berada di mesir..take care dear..
Untuk sahabt2x yang berada dalam titik titik tanah pengajian ilmu dibumi ALLAH…take care dear

Hidup ini hanya sementara…sekejap sahaja masa akan terus menbawa dirinya..hanyut dalam putaran masa yang berdetik…kemesraan yang berakhir di akhir perkenalan..sayu menitis di air mataku…
Perkenalan yang hanya sekejap…cukup meruntun jiwa..amat berbekas….mungkin ini pertemuan yang terakhir…ingatlah daku dalam doa kalian..mungkin di dunia sudah masa sudah tiada,namun berdoa lah kita agar di temukan di syurga sana…..






=SAHABAT-HAWARY=




Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan...
manalah takdir hendak dilawan...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian..
moga teguh..nya ikatan ini..

sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi...(sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui
suka dan duka memburu impian...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat...yang amat ku cintai...(cintai..)
susah senag kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu
membimbing menasihatiku...
hanya satu dlm beribu.....

ooooooo......
sahabat yang amatku cintai....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

namun kini... hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
sayup menitiskan air mataku


kpd sahabat2..yg mengenali benar diri ini.....

>bila jari zahirkan perasaan<

Thursday, October 13, 2011

SAYA PEMINJAM ABANG DUNIA AKHIRAT

lambaian kerinduan bertandang lagi..
seperti hembusan angin yang menyapa..
ingatan ku pada mereka..
kian berbaur kembali..........................




assalammualaikum w.b,.t...sahabat2 sekalian...
semoga kalian sihat selalu...


sangat2x..indah...
bersyukur kepada illhi..krna mempertemukan jodoh ku,bersama dengan dua orang yang amat di sayangi...

Mungkin ada di antara kalian,sahabat2 sekalin yang mempunyai rezeki untuk punya seorang abang..mungkin bukan seeorang..tetapi dua ..malah juga lebih dari itu...
mungkin juga ada di kalangan sahabat2 yang tidak pernah merasa kasih sayang seorang abang...


diri ini amat bertuah kerana ada dua orang abang yang sangat menyayangi diri ini..

bila berjauhan,rasa rindu kian menebal..
ya ALLAH,hamba MU ini berdoa agar kedua dua abangku ini serta adik beradik juga ibubapa ku serta umat islam seluruhnya agar di permudahkan segala urusan mereka.lindungilah mereka ya ALLAH .amiin...

Kalau sudah jauh2x ne,wwajah durang pun jarang mau tinguk...
kalau dekat2x pula,tiada perasaan rindu..

sedikit perkongsian untuk saat ini adalah berkaitan dengan abang.....

sesiapa di dunia ini yang punya abang punya cerita sendiri...
begitu jugak dengan manusia INI yang bergelar PEMINJAM ABANG...

abang saya kedua duanya amat saya sayang....
dulu,di saat diri ini memerlukan mereka...
dengan IZIN NYA ,abang saya berusaha untuk menolong saya..

saya amat sayannng mereka.terima kasih abang2ku...

sekarang ini berbeza,
jarang lihat wajah mereka....
jarang sembang dengan mereka..
jarang main2x dengan mereka...

masing2x ada komitmen sendiri...

ini amat berbeza dengan sahabat2...

walau di kelas ada jugak mereka yang bergelar sebagai kaum adam..
tidak kira yang bergelar senior atau satu umur..
tetapi MEREKA ini tidak mampu untuk mengganti tempat abang abangku..

WALAU ORANG LAIN BERLAGAK MACHO...
tetapi mereka tidak semacho abang2xku..

walau ada yang kelihatan baik..
tidak seorang pun mampu untuk mengugat cinta ku untuk lebih cinta kepada abang2xku ini..

ya ALLAH....semoga abang2ku sihat.....

abang2xku sayang sekalian..
adikmu ini amat merindu kalian..
semoga tabah dalam menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH..
sentiasalah sabar dalam kehidupan ini..
hidup ini hanya satu ujian dari Illahi..
MAKA KUATKAN HATIMU,,

SENTIASALAH INGAT ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN DIRI MU..
SENTIASA DEKAT DENGAN MU..
SENTIASA MERINDUI MU JUGAK.

Kata2 ku,,bisikan jiwa ku hanya mampu mengucapkan syukur kerna mengurniakan abang2 yang sangat baik....

kita,walaupun orang cakap abang kita jahat ,buruk,atau tidak senonoh..
just says..."KAMU TAHU SEMUAKAH PASAL ABANG SAYA?"

sebab ...

sebab yang pertama:
sebab manusia ini suka sangat memandang keburukan orang lain berbanding kebaikan diri orang tersebut.

sebab yang kedua:
sebab..kadang kala orang yang berkata demikian suka saja memeperkatakan mengenai keburukan oranng lain,tanpa menyedari akan keburukan diri sendiri....

sebab yang ketiga..
sebab....sebab ALLAH saja yang tahu bagaimana HATI ABANG KITA.KITA TIDAK MAMPU UNTUK MELIHAT DALAMAN HATI ABANG KITA.EVEN ,MAHU BEDAH SECARA FIZIKAL PUN KITA TIDAK BOLEH.APATAH LAGI SECARA BATIN..MEANS..ALLAH SAJA TAHU ABANG KITA PUNYA HATI...

sebab yang ke empat...
sebab,,,adik beradik yang lain saja yang tahu perangai adik beradik yang lain.sebab...kadang kala sifat dalaman kita mempunyai persamaan yang seakan akan sama...maksudnya,kalau kita punya sekelumit rasa mahmudah itu,insyaALLAH adik2 beradik yang lain juga ada..mungkin tidak pernah di expresskan..tapi siapa tahu..kita adik beradik2 ne punya darah yang sama.

sebab yang kelima...
sebab..SEBAB SAYA SAYANG ABANG SAYA.SAYA TIDAK BENARKAN ORANG LAIN UMPAT CACI CACI ABANG SAYA..FULL STOP......


tangisan bintang hati sentiasa jatuh..
dalam lingkaran kerinduan..
dalam satu paksi akidah yang sama..
dalam jalan yang sama..
menyusur bunga bunga kehidupan yang sentiasa bercanda,...
ABANG ABANG KU MESTI KUAT....

PIMPINLAH DIRI ADIK2 MU .
sayang abang2xku..


MAK,BAPA...adik bangga punya abang..

mereka anak yang baik..

semoga diri ini juga menjadi anak yang baik...

mak ,pa...doakan semoga hubungan kekeluarga kita di dunnia ini sentiasa berkekalan sehingga di rumah SYURGA nanti..
amiin..doakaan kami semoga menjadi anak 2x yang soleh..aminn ya RABB.

YA ALLAH.saat ini,,ENGKAU MELIHAT.ENGKAU MENGERTI SETIAP KATA YANG DIRI INI TAIP,,HANYA ENGKAU TAHU SEGALANYA.HANYA ENGKAU MENGETAHUI PERASAAN KU INI...YA ALLAH SAYANGILAH IBUBAPA KU SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGIKU..ABANG2XKU..ADIK2XU..SERTA KAKAK2X,,,YA ALLAH,,KEKALKANLAH HUBUNAGN PERSAUDAARAAN ANTARA KAMI..DAN SEHINGGA GENERASI YANG MENDATANG..YA ALLAH...JANGAN LAH ADA DI ANTARA KAMI DI MASUKKAN DI API NERAKA MU YA ALLAH..AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI..AMPUNILAH SEGALA DOSA DOSA KAMI..AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI..

AMIIN YA RABB.

I miss so much my sweets brother.hanya kenangan lama yang menjadi ingatan.

Sunday, October 2, 2011

Andainya ini yaNG TERakhir..ku buat terbaik




Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.







Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”. Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.




Bertaubat
Menyesali dosa yang telah dilakukan
Tidak tergila-gilakan dunia
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
Tinggalkan sifat berbangga
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.







Aku sedang berhadapan dengan Allah
Syurga di sebelah kananku
Neraka di sebelah kiriku
Malaikat Maut berada di belakangku
Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’
Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik
Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.





Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, “Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya”.


MARILAH SEMUA,AMBILLAH KESEMPTAN WALAU PUN SEKITAR 5 MINIT.KITA RENUNGKAN LAH DIRI KITA ,AMALAN SOLAT YANG KITAA LAKUKAN....renungan ini terutamanya untuk diri ini dan amnya kepada semua sahaabt dalam kita meniti namaa kita untuk dipanggil menghadap ILLAHI.











Wednesday, September 28, 2011

NAMAKU remaja....TA'LABAH juga remaja.



Dalam menyusuri kehidupan yang sungguh penuh dengan dugaan,,,,
Kita mnegenal erti remaja….
Kita mnegenal erti kanak kanak….
Erti di besarkan.,..
Erti di kasihi dengan spenuhnya….

Namun,adakah semua itu yang kita perlu???
Betapa indahnya,..
Dan malu nya diri ini di bandingkan dengan seseorang…
Iaitu..


Ta'labah...

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Ta’labah..juga seorang remaja….
Kamu juga seorang remaja..
Saya juga seorang remaja……

Tetapi..ta’labah bercita kan syurga…
Remaja kita citakan apa????
Masih mencari keseronokan…..
Ta’labah keseronokan nya bila mberada di jalanNYA…
Remaja ,diri ini..keseronokan letaknya pada apa??????
Hanya mungkin saja kemewahan dunia yg semata2……

Ta’labah…begitu murninya diri ini..
Amat takut dengan dosa..
Bila memandang sudah bergegar ketakutan..
Jiwa sudah merintih…
Remaja kita pada hari ini???memandang perkara biasa…..
Melakuakan nya sesuatu yang di katakan professional.,….

Di mana kah kita ???
Tidak sedar kah kita???dosa dan maksiat yang kita lakukan….

MASIH ADA KAH SEPERTI TA'LABAH UNTUK REMAJA PADA HARI INI??

wahai jiwa jiwa yang bergelar remaja....
bukan pinta ku meminta lebih..
namun,kita berusahalah mencontohi sikap remaja Ta'labah..
bukan dr segi fizikal,kerna ana pun x tau rupa paras remaja yang bernama Ta'labah..
TETAPI...KITA CONTOHILAH.KITA AMBIL LAH IKTIBAR ..
SIKAP RASA BERSALAH TA'LABAH YANG MENDOMINASI DIRI BILA MERASAKAN MELAKUKAN DOSA.....

Ta’labah di janjikan syurga….
Para remaja dahulu..juga d janjikan syurga…
Kita?????

Kisah Ta’labah yang membuat diri ini memikirkan betapa jauhnya kita remaja hari ini dengan Ta’labah..

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita
















Tuesday, September 27, 2011

manusia ini sukar di tafisr







Kadang2 manusia ini sungguh sukar untuk di tafsir…….
Kita tahu sangat kah siapa diri kita??
Sedarkah sangat kita ini……

Indah nya hidup ini…….tetapi kadang2x kala
Malangnya hidup ini….

Dua statement yang setia melikau hidup seorang pengembara di dunia ini…..

ALIM VS ZALIM……

Pa yang di fikir oleh sahabat2 tika ini????

Kadang2 solat sungguh khusyuk,
Tetapi kadang2 pikiran meracau racau di saat kita bertemu dengan Ilahhi..

Kadang2 kuat untuk sentiasa beristiqamah berada di dalam jalan NYA..
Tetapi kadang kadang lemah..malah sehingga sedikit terjatuh…

Dulu di katakana bahawa amat cinta dengan akhirat,
Tetapi popularity dunia sungguh berbunga kembang mekar di jiwanya…

Dulu bahan2 ilmiah menjadi santapan naluri..
Kini,buku2 cinta novel dunia menjadi pujaan di hati….,

BACAAN AL-QURAN sungguh jarang2 di laungkan di hati…
Kini,nasyid Islamic pula sentiasa meniti di bibir….
Tanpa di sedari,…
Landasan cinta kepadaNYA kian terhakis….
TERUS DI ROBEK DENGAN PANAHAN BOM IGAUN DUNIA yang sungguh memukau…

Boleh jadi ,kadang kadang melakukan kebaikan
Pada masa yang sama…
Melakukan kejahatan….

Diri ini tidak mampu dan tidak layak pun untuk menilai diri mu

Kerna diri ini jua masih begitu jahil dalam mengharungi kehidupan yang menuntut kesabaran dan kecintaaNNYA..

Cuma apa yang di kesal…
Sentiasalah ingat…
Sentiasa lah mencari CintaNYA…
Takut takut bila hati sudah mati..
Maka jasad jua akan mati menyusul..
Maka balasan akhirat akan di tempuh….
Mungkin indah balasan yang di berikan..
Kalau sebaliknya???????

Sahabat2 yang dicintai kerana ALLAH…
SEBELUM AJAL MENJEMPUT DIRI INI..SERTA DIRI MU..
Marilah kita sentiasa bermuhasabh diri..
Sebelum tidur,semasa makan,semasa berjalan..
Kenanglah segala maksiat yang kita telah lakukan..

Mungkin saja dosa yang pernah diri ini lakuan
Sahabat2 sekalian tidak pernah mengerti dan mengetahui..
Namun rakaman kamera sepanjang diri ini hidup
Sentiasa ada filem dan soft copynya dalam memori album
Yang hanya di ketahui olah ALLAH SWT…

I’m not perfect…….saya tidak sempurna..mungkin saja robak di sana sini dalam amalan…
Namun,berusahalah kita untuk mencapai dan melakukan amalan kerna ALLAH….

Sekian…luahan hati yang rebah dalam kemalut dosa yang berpanjangan……………..

DOSA is more then PAHALA………..





Sunday, September 25, 2011

mata dan perkongsian

w.b.t sahabat2 sekalian....


sihat ka semua???alhamdulillah..

pertma2 nya sekali semoga kalian yang membaca masih d beri kesempatan deria untuk melihat ,dan membaca..bukan saja dari mata kedua2nya...orang putih bilang..."naked aye"..malah juga di beri kesempatan oleh Illahi dengan pandangan dari mata hati...insyaALLAH AMINN....


erm.....sungguh hebatkan ALLAH....napa ??sahabt betanya napa??cuba tengok diri sendiri..

1.adakah sahabt2 yang tengah membaca ini buta orangnya????secara fizikal nya mungkin shabat2 sekalian.x buta insyaALLAH DALAMAN PUN TIDAKKAN...

2.ADAKAH SAHABAT2 SEKALIAN INI ORANGNYA YANG RABUN????erm terasa pula...tetapi sahabat2 ne ALLAH masih sayang sama kita..kerna kita masih boleh membaca dan malah boleh menjalani kehidupan dengan keIZINAN NYA,maka kita pun memakai "spek mata"..pada masa yang sama dapatlah gelaran.."siadik yang bermata 4"..erm pelik sikitt...

TAPI,ciptaan ALLAH tidak pernah PELIK....ciptaan ALLAH tidak pernah CACAT...
tetapi yang di sangka pelik bin ajaib itulah yang dinamakan ANUGERAH...

kekuasaan ALLAH SWT ini amatlah banyak100000000000000000xxxxxxxxxx...yang tidak terkira jumlah nya...kalau di bilang setiap helai rambut kepala manusia ini,tidak akan terbilang...
banyaknya YANG ALLAH TAHU...dan hanya seciput jak yang kita tahu..mungkin kita tahu dua perkara sahaja ...mungkin jgk tiada..

Apabila direnungkan secara mendalam, ternyata memang banyak nikmat Allah yang telah kita terima dan gunakan dalam hidup ini. Demikian banyaknya sehingga kita tidak mampu menghitungnya. Allah berfirman, “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl: Ayat 18)...

erm ,makanya kalau ada sedikit perkara pun yang kita tahu,jangan sesekali kedekut atau bahasa mudah "LOKEK" untuk berkongsi,..ayat2 moden sekarang ini...
"SHARING IS CARING"..erm..kalau zaman2 para sahabat2 dulu......"bersedekahla walau pun membuang duri di tengah jalan.."MAAF ,MUNGKIN TIDAK LENGKAP ...


mahu tahu kenapa???SEBAB...
1.takut ilmu atau perkara yang ktidak mahu di bawa berkongsi itu akan menyebabkan hanya ilmu atau perkara itu sahaja yang setakat yang akan di ketahui..nah,mahu????ilmu atau perkara itu jak yang kita tau..
selama kita belajar 5 tahun di sekolah,perkara sama jak yang tahu..

for example..
"what is matter?"
MATTER IS ANYTHING THAT ARE OCCUPIED SPACE AND HAS MASS...

kalau perkara ini pun tidak mahu share kalau ada sahabat2 yang datang bertanya..erm ,,,alamatnya ini jak lah yang d ketahui...benda2 yang berkaitan tentang types of matter,propertiesnya n sebagainya..tidak akan dapat di ketahui....


2..tahu pa kean kalau tidak mahu share sesuatu ilmu atau perkongsian??

andaikan lah ada seorang sahabt datan yang bersungguh2 ne mahu datang jumpa kita,mahu minta bantuan..then,last2 borak punya borak,cerita sudah cerita..jawapan yang di berikan sama ada..
"sori,erm kau carilah sendiri.."
"malas mahu kasi tahu " n sebgainya....telah menyebabkan hati sahabat kita itu sedih...tidak kesian kah sama sahabt yang datang minta tolong ngan kita???pastu pulang dengan perasaan hampa??
BAYANGKAN PULA KALAU SITUASI KITA BERADA DI TEMPAT SAHABT ITU..

P/S:bantuan yang ana sebut ini..umum ya.tidak kisah pa.yang penting kalau ada sahabt yang minta tolong ,berusahalah kita tolong ..kerna GANJARAH YANG AKAN DI TERIMA...

MAHU TAHU??PA GANJARANNYA??JENG3X....

"barangsiapa yang memudahkan sesuatu urusan saudaranya,nescaya ALLAH akan memudahkan urusan nya di dunia dan diakhirat"...
see3x?????????

ha!ALLAH AKAN LEBIH BANTU KITA...KALAU BANTU OARANG LAIN.....

kita sendiri pun tidak tahu bila bantuan itu akan di terima..
boleh jadi semasa kita ketika kita menjawab soalan peperiksaan...
time tue,kita jawab sorang2x kan,,kita guna mind,kita guna segala kekuatan daya pemikiran yang telah di perah sebaik saja detik menjawab soalan bermula..tetapi semenjak 1 jam berlalu,masih berada di soalan yang sama....then.BOLEH JADI ,saat itu,kita berdoa PADA ALLAH,agar di permudahkan urusan menjawab.insyaALLAH ,ALLAH bantu...MAKA DAPAT JAWAB KITA SOALAN TUE....

n banyak lagi lah ,mungkin sahaja pengalaman sahabat2 sekalian pun ada kan...


semoga segala urusan menuntut ilmu dan mebcari REDHA NYA.d permudhakan ALLAH .amiin.INSYAallah...









Thursday, September 22, 2011

megucup dahi mereka..IBU BAPAKU...

assalammualaikum w.b.t sahabat2 sekalian...

semoga sihat semua .insyaALLAH .harap nya....

dalam entri ini,ana cuma ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang anak...



“Arti : Dan katakanlah kpd kedua perkataan yg mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap kedua dgn penuh kasih sayg. Dan katakanlah, “Wahai Rabb-ku saygilah kedua sebagaimana kedua menyaygiku di waktu kecil” [Al-Isra : 24]


pastinya ,sahabat2 sekalian yang sedang membaca in pernah menjadi seorang anak...
mungkin sekarang suda bergelar seorang datuk kepada cucu2xnya..
mungkin jjuga sebagai seorang nenek....
mungkin juga sebagai seorang ayah..
mungkin juga sebagai seorang ibu....


everthing can change who i'am..
but i start and end it with my family......

melihat kepada seorang ayah dan ibu di rumah ,mengingatkan kita betapa besarnya pergorbanan dan pertolongan yang mereka hulur..yang mereka bagi kepada kita...

namun,cuba kita tanya diri kita apakah,pertolongan,kasih sayag atau sebagainya yang mereka pernah berikan kepada kita BERJAYA MENAMBAT HATI KITA UNTUK MAKIN DEKAT KEPADA MEREKA???

atau HANYA MERASAKANA ITU MEMANG PATUT TANGGUNGJAWAB MEREKA.SO ,APA NAK KISAH...

andainya ,kita merasakan kita amat terharu dengan pengorbanan mereka.syukur alhamdulillah....sahabt2 sekalian anak2 yang snetiasa mencintai kedua dua ibu bapa sahabt2..
namuan ANDAINYA MERASAKAN ITU HANYA TANGGUNGJAWAB MEREKA,TANPA MERASAKAN TERHARU...CUKUP MALANG.CUKUP RUGI DAN CUKUP2X menyedihkan..


Pada suatu hari ,satu penggilan telah di buat oleh ana.Kedengaran suara yang sungguh membuatkan hati ini sebak,,suara yang telah lama ana tidak dengar semenjak keluar dari rumah,suara yang openuh dengan kasih sayang dan suara yang sungguh menenangkan..itulah suara AYAH.ITULAH SUARA BAPA..N ITULAH SUARA SEORANG PEMIMPIN....

"assalammualaikum,pak..apa khabar??sihat ka??"

lantas si ayah menyambut:"alhamdulillah.ALLAH TAALA masih kasi bapa sihat.Tidak payah risau nak.."

ya ALLAH..sungguh terharu nya,di saat mendengar jawapan itu.Si ayah yang ana tidak tahu kondisi kesihatan yang sebenar mampu mengeluarkan ayat2 begitu..dan meminta diri ini supaya tidak risau..pada masa yang sama ,si AYAH masih risaukan kesihatan anak2nya yang yang berjauhan dari rumah....YA ALLAH,SAYANGILAH BAPAKU,SEBAGAIMANA DIA MENYAYANGIKU DAN MEMELIHARAKU SEJAK DARI KECIL KU.YA ALLAH,AKU BERDOA AGAR SEDIAKAN LAH TEMPAT UNTUK KEDUA IBUBAPA KU DI DALAM SYURGA-MU YA ALLLAH..amiin ya RABB..

memang tidak dapat di akui lagi ,naluri seorang anak ingin sentiasa melihat kesua ibubapa berada di mata..sungguh rindu nya hati ini ingin balik ke rumah....

Kemudian,satu hari ,ana kol mama..
"assalammualaikum mak."
waalaikumsalam biela.."(dengan nada suara yang nangis)

mak,napa nangis??pa yang berlaku??
"xda pa pa,cuma mama takut,beum mama sempat bertaubat dan membuat kebaikan,,sudah mama meninggal..mama tidak takut untuk tinggalkan kamu,atau x sempat melihat kamu semua b erjaya..tapi mama takut mama x sempat pun baca QURAN..belum sempat buat perkara baik...mama suda meninggal....

ya ALLAH,sedihnya mendengar suara ibu yang menangis..sedihnya lagi bila mendengar alasan kenapa menangis..
kita yang mendengar ,pernah kah kita merasakan sedemikian??even sekejap.."ya ALLAH ,sempatkan akau bertaubat,sempatkan aku membuat kebaikan?Ya ALLAH ,cukupkah amalan ku untuk berdepan dengan hari pembalasan MU???

mungkin ibubapa kita sudah berbeda umurnya dengan kita.Kiat yang masih sihat ini,marilah manfaatkan masa dengan sebaiknya..kalau ytidak sempat pun dalam apa jua keadaan kita kembali kepada ALLAH.d saat kita makan,kita fikirlah adakah kita juga mampu makan yang sebaik demikian..andainya masuk ke SYURGANYA..alahmdulillah..TAPI ..andainya Masuk KE NERAKA?????mampu kita merasa makanan yang sedemikian???

SELAGI KITA ADA WAKTU...PERGUNAKANLAH DENGNA SEBAIKNYA....

WALAU JAUH DARI UBUBAPA SENTIASALAH BERHUBUNG DENGAN MEREKA....

KITA YANG JAUH MENUNTUT ILMU,KALAU IBUBAPA MASIH ADA PERASAAN YANG KURANG SENANG DENGAN KITA,PASTI SUKARNYA KITA MENUNTUT ILMU...

ya ALLAH,saat ini amat rindui dengan rumah......
amat rindu ingin berjumpa dengan keluarga...

amat rindui melihat dinding2x kayu rumah,,atap rumah,,kerusi rumah,,tangga rumah,,dan halaman rumah,,,,,,,,,
YA ALLAH HANYA ENGKAU SAJALAH YANG TAHU PERASAAN DIRI INI .TIKA INI...

so,sahabat2 sekalian,jangan malu untuk minta maaf dengan mereka..
perkataan MAAF itu sesuatu yang amat mulia...............
sayangi mereka......
sayangi mereka...
sayangi mereka...


“Arti : Dan Rabb-mu telah memerintahkan kpd manusia janganlah ia beribadah melainkan ha kpdNya dan hendaklah beruntuk baik kpd kedua orang tua dgn sebaik-baiknya. Dan jika salah satu dari kedua atau kedua-dua telah berusia lanjut disisimu maka janganlah katakan kpd kedua ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya” [Al-Isra : 23]