saat ini tangan terasa getar untuk menukil segala tulisan zahir yang ingin ku kongsikan..
malu kepada diri .malu kepada ALLAH..
aku tak sedar sedar..sehingga sahabt pimpinanku di ambil dahulu oleh ALLAH!
TEGURAN DIRECTLY untuk aku yang sengaja lemas dan lemah dalam menjalankan amanah sebagai amanahNya,sengaja menentukan time bila aku nak kuat berjuang dan bila pula aku nak berehat dari berjuang,yang aku lakukan mengikut kehendak dan nafsu sendiri..
padahal aku tak sedar ,ajal itu pasti ,maut itu pasti ,cuma aku jadikan ayat itu hanya satu bingkisan yang terkesan dibibir ,di hati tidak..
terasa segan!terasa malu!adakah aku sanggup menaburkan segala alasan hanya untuk membantutkan segala perjalanan dakwah bersama yang lain...
ALLAH..bergelumang aku dengan dosa...
aku yang dulu bukanlah yang sekarang...
aku yang dulu bukanlah yang sekarang
iya..aku yang dulu bukanlah yang sekarang
aura ajal itu menerpa ke dalam sanubari..
sehingga detik ini ,perasaan yang lain menerpa jiwa
sering kali semenjak 16hb lalu..
aku mulai bertanya sejauh mana aku emnjalankan tugas hamba dengan sepenuhnya?
sejauh mana aku menjaga amal fardhi
sejauh mana aku menjaga diri dan adik adik usrah
dan sejauh mana aku cuba menjadi hambaNYA ...
menulis satu nota cinta yang harus aku sematkan dalam jiwa biar ia berterbangan dalam angkasa perjuangan
yang rebah bangkit semula ,yang tersasar terus mencari langkah,yang hina menjadi mulia yang dusta menjadi mulia...
ALLAH.....
=( apakah yang melanda jiwa ini ? mengapa aku ingin menjauhiMu sedangkan KAU sentiasa memberikanku nikmat..
mengapa aku memberikan sejuta alasan sednagkan KAU beri petunjuk mencari cintaMU
mengapa aku meninggalkan mereka yang ingat padaMU sedangkan KAU menjentik hati hati mereka untuk terus bersama dengan ku..
apakah tempoh nyawa yang aku ada
bukti bahawa aku masih lemah dalam bekalan amalku disana?
bukti bahawa aku masih main main menjalankan amanahku?
bukti bahawa aku maish hanyut dengan cinta dunia,,?
duhai hati ,tetapkan cinta padaNYA..
jiwa ini sebak dengan kekurangan diri..
al-fatihah untuk sahabatku ,adikku..Arwah Azem Sameer dan Arwah Zulfikar..moga mereka ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman dan amal soleh..
"setiap yang bernyawa pasti akan mati.."
janji ALLAH itu pasti...
::aku takut ALLAH::
No comments:
Post a Comment