Friday, December 9, 2011

cengkerang kura kura

assalammualaikum w.b.t semuanya..
dan salam kehidupan yang pasti punya berliku liku
onak cabaran nya..

bukan begitu??



equation untuk hidup ini.

HIDUP=CABARAN...
jadi maksudnya

kalau tiada cabaran bukan hidup??
itu biar diri sendiri yang tanya...

sebab..

hidup ini ada dua haluan
untuk dunia ka

atau untuk akhirat ka....

terpulang kepada diri sendiri.


semuanya bermula dari hati.
bermula dari kepala yang kita ada.

ada sesiapa yang saat ini membaca tidak mempunyai kepala??
kalau ada.
ini ajaib .subhanallah..

tapi pastinya semua ada kepala .


kita tanya pada diri kita ......

.

hati kita bagaimana??
saya mahu beritahu hati saya kepada anda tidak dapat.
saya mahu bedah hati kamu pun tidak dapat
apatah lagi untuk saya melihat hati kamu..

kerna
kamu yang mampu untuk mengukur hati kamu
bersih kah?
kotorkah?
sederhana kotor kah??
ada bintik-bintik hitam kah??

persoalan ini saya tinggalkan kepada anda untuk memikirkan nya.


boleh jadi setiap yang berlaku ,pasti ada sesuatu yang tidak betul pada asasnya.


mungkin .....



hati kita ini seperti cengkerang kura kura ka ??

bila mana ..


kita JARANG JARANG merasai tangan kita adalah nikmat dari ALLAH.

kita JARANG JARANG merasakan mata kita ini nikmat dari ALLAH.

kita JARANG -JARANG merasakan kaki ini nikmat dari ALLAH.

kita JARANG JARANG merasakan !!


tapi ALLAH TIDAK PERNAH JARANG JARANG UNTUK MEMBERIKAN IKMATNYA INI KEPADA KITA..


pernah terfikir kah kita???

tidak perlu melihat kepada perkara yang jauh.

kita lihat kepada diri kita utamanya dahulu..



kita ada roh dan jasad.
dalam jasad ada seketul daging
kalau baik daging itu,
maka baiklah keseluruhannya
maka kalau buruk daging tue.
maka ..........pikir sendiri.


kita ada tangan,tapi kalau tangan itu sudah tiada..

BARU SAAT ITU KITA INGIN MERASAKAN NIKMAT ALLAH??

kita ada kaki,tapi kalau kaki itu sudah tiada

BARU SAAT ITU KITA MAHU SEDAR AKAN KAKI ITU NIKMAT ALLAH??


erm semuanya saya berbalik kepada diri saya.






rasulullah saw.NABI MUHAMMAD rasul junjungan kita telah mengajar kepada kita beberapa panduan hidup.


ucapkanlah subhanallah.33x.alhamdulillah.33x dan allahuakbar34x..

orang bertanya..

kenapa ya,aku sentiasa berzikir kepadaNYA ,tapi
aku juga selalu berbuat kesalahan,hati masih tidak tenang????????

jawapannya ada pada diri anda..

ADAKAH HATI ANDA BERSAMA SAMA DENGAN ANDA SEWAKTU MELAFAZKANKANNYA??

letak TANGAN DI DADA ANDA..
AND CAKAP "I LOVE ALLAH"
dengan harapan ALLAH juga akan menyayangi kita.

easy right??






Saturday, November 26, 2011

KADANG kadang....


"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada".


SURAH AL MULK SURAH KE 67 AYAT 13.


bagaimana ALLAH berinteraksi dengan kita,

menyelami jiwa kita

memahami kita..


sungguh!!

ayat CINTA ALLAH ini menjadi sumber kekuatan!!!

BENAR YA ALLAH..

SESUNGGUHNYA
HANYA ENGKAU SAJA
YANG

MENGETAHUI KEADAAN
KU...



kemudian ALLAH langsung berbicara dengan diri ini menerusi SURAT CINTANYA

"Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."


surah al-mulk surah ke 67 ayat 14..


terima kasih ya ALLAH...


Kadang kadang susah mahu di “express”kan perasaan,

Kadang kadang sakitnya sudah mahu di luahkan

Kadang kadang….


Istilah kadang kadang ini banyak memberikan pengajaran.

1.tapi biarlah ALLAh ,lebih mengetahui.Kadang kadang manusia tidak sama..

Tidak sama dari segi..perjalanan hidup!
Tidak sama dari penceritaan yang pahit
Tidak sama dari penceritaan yang gembira.

WALAUPUN.terus menahan rasa “kadang kadang”,RUPAnya ALLAH mahu kita kembali kpd DIA.

Manusia kadang kadang..
“aku cemburu ,aku malu ,aku sedih…semua kawan kawan aku sekolah tinggi,padahal dulu kami satu sekolah”

“aku mahu jugak jadi macam dia,dapat pergi jauh2x,jalan jalan..belajar di tempat orang”

Dan sebagainya..

Sehingga mempersoalkan kenapa???
Dalam hidup ini ,ingiin membahasakan diri sebagai ibu.boleh??

Dalam hidup ini,wahai anak2 ku sekalian….hidup kita ini hanya satu perjalanan..dimana kita akan belajar erti kesedihan..erti mahu menahan kemarahan.erti ingin menangis,daN sebagainya…






Kadang kadang ,kita tidak seperti orang lain..
Kenapa??

Sebab apa yang sudah di aturkan kepada kita itu sudah yang terbaik.
Dimana kita berdiri,di situlah tempat kita
Dimana kita berada di situlah bermulanya “ujian”yang ALLAH berikan..
Dimana kita belajar,di situ ALLAH melihat kita..

Ibu menasihati anak2nya supaya sentiasa bersabar ..sentiasa ingat bahawa hidup ini akan berterusan sehingga JANNah..

OK.walaupun kadang kadang merasa”down”dengan keadaan kita..
JANGAN MENANGIS!JANGAN BERSEDIH!JANGAN MERINTIH!!





Sebab???
Sebab tuelah kita perlu terus SEMANGAT!
KITA CARI KEKUATAN!
KITA CARI KERDHAAN ALLAH.

Kadang kadang..apa yang berlaku dalam hidup kita
Memang tidak mengenal waktu
Tidak mengenal minit
Tidak mengenal masa..
Tapi PERJALANAN KITA INI
MEMBAWA KITA MENGENAL ERTI TAWAKAL KEPADA ALLAH!!

Ya ALLAH,sesungguhnya ENGKAULAH SEBAIK2 PERANCANG.DIMANA PUN AKU BERADA,sentiasalah permudahkan urusan ku….

Kadang kadang………..

Kita perlu merasa erti menahan erti menangis..
Kita perlu merasa erti kesabaran..
ADA HIKMAHNYA..
KENAPA??
Supaya di satu saat nanti diri kita,roh kita akan mengenal erti kebahagian..

"And whether ye hide your word or publish it, He certainly has (full) knowledge, of the secrets of (all) hearts.
Should He not know,- He that created? and He is the One that understands the finest mysteries (and) is well-acquainted (with them)."
(67:13&14).


Monday, November 14, 2011

AKU SI tong sampah HITAM.

saat ini...
aku alihkan nafas ku arah bayu yang mendayu
ku lirikan air mata ku atas linangan yang berlagu sepi
aku menahan segala resah di jiwa
biar segalanya....

aku bukan sesiapa ..
yang perlu di agungkan
kerna sudah berulang kali aku katakan..
aku bukan sesiapa
aku cuma orang biasa
yang setiap kali saja lupa
yang setiap kali saja lalai
yang setiap kali tidak sempurna..


ku lihat si belalang hijau
cermat bermain atas dedaunan rumput
sungguh bahagia
indah saat itu
ingin sekali ku merasainya..
punya kerasian yang sama...

ya!
aku sadar !
aku bukan sesiapa!
aku cuma biasa sahaja!
aku cuma si tong sampah hitam
!
yang gelap...
tidak punya apa apa...

........

ku biarkan lamunan ku terus berdetak laju...
saat itu kedengaran irama yang menusuk
cebisan kenangan kita yang bermain di mata....



satu saat
kita pernah bersama ..

satu saat
kita pernah bersama

satu saat
kita pernah bersama

mungkin segala kenangan sudah di mamah usia
mungkin segala galanya sudah rosak discnya
mungkin sudah jemu....

tidak apa...
aku layarkan jiwa di atas hati yang gersang
mendoakan kamu sahabat ku sentiasa bahagia...
sehingga saat ini dan selamanya..


usah di kenang aku..
aku bukan sesiapa yang perlu di kenang
pergilah kepada mereka yang lain
yang punya jiwa yang kau rasa bahagia
aku tidak mungkin dapat memberikan kemewahan
aku mungkin tidak dapat berikan kesenangan

namun aku hanya mampu memberikan senyuman
kerinduan kepada mu....



salam kerinduan kepadamu sahabat ku yang jauh.
di dunia mungkin tidak bertemu..ku berdoa agar ALLAH temukan kita sekali lagi di jannah
.amiin ya RABB!.


"sekali lagi,aku bukan sesiapa..'




Saturday, November 12, 2011

Dr Jekyll and mR hyde..siapa anda??

Assalammualaikum dan salam sejahtera semuanya…..




Fenomena yang hebat di katakan..

bualan dan siulan yang bermadah,,menjengah di hati manusia.


“remaja sekarang ini sudah terbabas dalam landasan kehidupan agama”.



>berita berita mingguan<. “dulu dia baik pun, tapi tidak tahulah pa yang sudah jadi dengan dia.. (sambil istigfar)”. “tak sangka rupanya ko begini orangnya..”. “aku betul betul frust ngan dia ne, terkejut aku gayanya begitu”. >mode terkejut sangat<. Dan etc. Kali ini , ana mahu berkongsi satu cerita yang, sudah pasti antum sudah pernah dengar. dan belajar di satu saat muda iaitU. MR JEKYLL AND MR HYDE. Ini cerita yang kita pelajari ,sahabat 2x yang belajar sewaktu PMR dulu kan…. Sekarang , dalam kehidupan kita tukar sedikit analogy nya menjadi MR ZALIM VS MR ALIM
RASANYA SEPERTI TOMBAK TAJAM YANG MENUSUK JAUH KE DALAM QALBU.










BIAR ANTUM SENDIRI FIKIRKAN ,SAMAADA ANTUM.




MR ZALIM






ATAU PUN ..



MR ALIM..






ATAUPUN





MR KEDUA DUANYA…..










Tepuk dada,tanya hati….tanya minda



Untuk kembalikan nostalgia dahulu.



.ana bawakan cerita Dr Jekyll and Mr.Hyde ini adalah novel

untuk pelajar tingkatan 3


(komponen kesusasteraan) bahasa Inggeris.

Dipendekkan cerita...








ceritanya begini.

ada seorang saintis tue kan yang bernama DR JECKYLL.

Beliau merupakan seorang yang ada nama juga lah

di tempat tinggal dia.



(SAINTIS KAN..BIASALAH..)

then,dengan kepakaran yang dia ada(KONON)

MAKA DIA TELAH MENCIPTA SATU FORMULA.


BUKA ONE FORMULA!tapi formula untuk berubah jd org lain.



tapi masalah timbul.


cecair formula yang dia buat itu,setiap kali


saintis ini minum akan membuat dia bertukar menjadi


orang LAIN!.(DI LARANG MENIRU AKSI INI^^).


KALAU jadi baik tidak apalah kan.


DIA TELAH BERTUKAR MENJADI SESEORANG

IAITU

YANG DI KENALI SEBAGAI.

DR .HYDE!

Dr hyde ini mempunyai karacter yang berbeza dengan Dr Jeckyll.


di pendekkan kan cerita(semua tahu juga kan).


Dr hyde ini jahat Betul.



banyak peristiwa PELIK!!!!MENAKUTKAN !MALAH PEMBUNUHAN YANG BERLAKU!


SETIAP KALI DR HYDE INI MUNCUL!



SATu rahsia yang semua orang tidak tahu.

tapi ALLAH tahu lah kan.

setiap kalI mr HYDE ini muncul.



DR JECKYLL akan hilang!!



satu isi paling penting.


Dr Jeckyll ini merupakan

seseorang yang amat baik.

jika

di bandingkan dengan MR HYDE.


LAST2 CERITA .

ORANG TAHU JUGA BAHAWA.


DR JECKYLL ADALAH MR HYDE JUGA.






THE END.






KESIMPULAN DARI CERITA INI.



Sini ana ,amhu gambarkan Mr Jekyll and mr hyde ini ORANG YANG SAMA.




TAPI PUNYA PERBEZAAN PERWATAKAN.


Sama seperti manusia.


ADA MANUSIA YANG SAMA..TAPI KADANG KADANG BAIK..KADANG KADANG JUGA JAHAT.

Iman manusia boleh menaik dan berkurang.

Adanyanya cas positive dan cas negative.

Adanya unsur kebaikan dan kejahatan.

Jihad melawan nafsu shahwat itu seakan akan melawan diri
Ada kata kata mengatakan.

Nafsu kalau di lawan dengan nafsu ,akan menjadi nafsu selamanya
Tapi kalau nafsu itu di lawan dengan agama..insyaALLAH ,

diri sendiri akan terselamat.


Begitu juga dengan kehidupan kita sehariaN.
Mana yang baru merangkak ,berniat untuk melakukan perubahan..

baru mau beruzlah kepada jalanNYA.
pasti akan di goda dengan memori kenangan”manis”dahulu sewaktu dalam kejahilan.

Kerna???boleh jadi nafsu itu sahabat teman karibnya syaitan.

Tapi jangan di sandarkan seratus peratus ,bila di sebut perkataan nafsu,kemudian teus di gambarkan kejahatan,keburukan,,ada something wrong dan sebagainya.


Kerna nafsu juga bisa menjadi kebaikan..contohnya,nafsu mahu belajar ,semoga ALLAH keluarkan kita dari kejahilan.nafsu mahu makan,supaya dapat beribadat.dan sebagainya.




Tepulang kepada diri sendiri untuk memilih nafsu yang lebih baik….
Sebut pasal nafsu.,.

Maka terkeluar WATAK UTAMA .MR ALIM DAN MR ZALIM…
Hari ini,seakan akan bukan semalam..
Mungkin saja semalam si fulan bin si fulan kuat beribadahnya
Semalam si fulan bin si fulan khusyuk solatnya..
Semalam si fulan bin si fulan bagus akhlaknya..
Tapi
Apa yang terjadi ,seakan aka nada perubahan 360 darjah ..dari timur ke barat .dari selatan ke utara….
Hari ini ,SAJA SI FULAN BIN SI FULAN…
Sudah tidak melakukan kebiasaan yang di lakukannya mencari cintaALLAH.
Mungkin saja sekarang ini sibuk mencari cinta syaitan
Mungkin saja dulunya seorang yang amat takut melakukan kemungkaran
Sekarang sudah berani minta puji melakukannya..
Seakan akan dunia sudah terbalik.
Seakan akan sudah menbenci dirinya yang dulu..
Sekarang du fikiranya,dia ingin bebas..ingin enjoy katanya,,ingin mencari nikmat erti dunia..
Kalau dulunya,pergaulannya amat terbatas ..
Sekarang ini mengenal pergaulan bebs
Kalau dulu,tudungnya labuh,pakai kopiah
Sekarang hanya berteman tudung saji di kedai kopi
Kalau dulu khusyuk nya solat..
Sekarang lebih khusyuk nya social..
Dan etc…………………………………………………….
Dulu suka main anak patung,patung baby baby
Sekarang suka buang bayi bayi..
Erm?????
……….mungkin timbul persoalan ,
“kenapa bha aku ne begini”
Or……
“apa yang patut aku buat supaya tidak terjebak lagi perkara2 buruk “
Dan etc……
Penyelesaian kepada itu…sucilah hati,,,rawat lah rohani…
Macam mana??menangis padaNYA…sentiasa baca Quran…sentiasa muhasabh diri…sentiasa ingat salah dan silap..ingat janji ALLAH ……sentiasa berdamping dengan sahabat2 yang boleh membimbing kita yang sejantina dengan kita……..insyaALLAH.mungkin ,anda punya penyelesaian tersendiri..

Teruskan dengan cara anda…

Sekian,apa apa yang tercoret hanya luahan watak jiwa pelakon dunia..supaya sentiasa berubah…sentiasa ingat ajal itu akan dekat..supaya ingat ana hamba berdosa.peringatan ini khususnya utk diri dan anda semua.

Assalammualaikum w.b.t




Thursday, October 20, 2011

dedaunan kering inginkan kehijauan dahulu......






Sahabat2 sekalian…titipan kata2 terakhir.
Hidup ini memerlukan “nucleus”kesabaran…memerlukan”mithocondrian”kesabaran..memerlukan”cell wall” kesabaran..hidup ini hendaklah “eukaryotes”kesabaran

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِÙŠْÙ†َ آمَÙ†ُوا اسْتَعِÙŠْÙ†ُÙˆْا بِالصَّبْرِ Ùˆَ الصَّلاَØ©ِ Ø¥ِÙ†َّ اللهَ Ù…َعَ الصَّابِرِÙŠْÙ†

"Wahai orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (ayat 153).


dalam memburu impian,dalam apa jua “pylum”status kita….bersyukurlah kita dalam beribu …dalam sekecil kecil atom..ALLAH masih menakdirkan atom atom membentuk menjadi molecule seterusnya kepada diri kita sekarang ini.MAHA SUCI ALLAH.AMAT TELITI DARI SEKECIL KECIL PERKARA…TAKBIR3X!!!

apa apa pun dugaan yang datangnya bila mana hati mulai terhimpit..maka saat itu tenangkan hati mu…..
~~
Awan sentiasa bertanya...
Dalam arakan saat yang sentiasa berdetik..
Mengalun segala ketenangan kebiruan…
Dalam laman perpisahan…
Antara sahabat2 sekalian……..

Assalammualaikum w.b.t semuanya..harapnya semua sihat..mungkin sekarang ne ada tengah buat kerja rumah kan..mungkin ada jugak ada yang sedang melayari interet malah juga ada yang tengah membaca…..alhamdulillah masih di beri WAKTU dan MASA untuk bermain main dengan dunia ini..TAKBIR3x!!!!!!

Tetapi terpulang kepada diri..untuk bermain dengan dunia..atau dunia yang memainkan anda..terpulang sama ada anda ingin memain mainkan dunia,atau dunia yang memain mainkan anda…..

Seekor burung terpaksa terbang di atas awan biru untuk mencari ulat……untuk mejadi santapan…seekor ikan terpaksa ke hulur dan ke hilir untuk mencari makanan…..seekor kucing yang comel terpaksa menagih perasaan lapar dengan meyelongkar tong sampah hitam….kadang kadang kasihannya..seorang pakcik tua terpaksa membawa mangkuk coklat sambil menagih kasih sayanng dari masyarakat untuk di hulurkan bantuan…malah kadang2x yang menyayat hati seorang ibu dan juga anak anak kecil juga terpaksa menuntun kehidupan dengan berjalan ke hulur ke hilir tanpa menghiraukan rasa malu..demi sesuap nasi untuk dirinya dan anak anak yang yang tercinta..walaupun tidak berpakain mewah tapi itulah anak anak yang tercinta….

TERPAKSA??????

Ini bukan terpaksa..inilah lumrah hidup..inilah katanya kompas luahan perasaan seorang makhluk d dunia ini…dalam celahan mencari ketenangan hidup..kadang kala lebih baik bermula dari kesukaran,,,bermula dari yang perit..yang memrlukan sejuta azam.sejuta titk titik peluh..ribuan doa..ribuan pengharapan,,dan usaha yang tidak terperi…

Bermula dari kegagalan..manuisa mengenal erti KEJAYAAN………

“FAILURE IS NOT FAILURE..BUT FAILURE IS A MOTHER FOR OUR SUCCES..”







Dalam kehidupan….begitu banyak perkara yang berlaku..sama ada suka atau tidak suka..walaupun tidak suka??ulang balik ayat..walau tidak suka????erm pelik……semua yang berlaku sudah dalam jangka pengetahuan ALLAH SWT..maka ,janganlah hadirkan di jiwa bahawa tidak suka…..

Hidup ini tidak mudah…hidup ini hanya semnetara..janganlah kalian lali dalam haruman godaan dunia yang sentiasa menunggu masa..mungkin saja diri ini,yang menjadi magsa..tetapi boleh jadi juga kalian…

Sentiasalah perbetulkan niat..
Walau dimana kita berada..walau apa apa pun status kita..walau apa pun kita..
Kita hamba berdosa.
Selagi kita bergelar hamba berdosa.jadi selagi itulah kita mencari keredhaan ALLAH…ingat.KITA BUKAN HAMBA YANG PENUH PAHALA..KITA HAMBA BERDOSA……jadi perbetulkan niat..semoga niat yang baik itu menjadi permulaan kepada kita untuk berubah sedikit demi sedikit….

Siapakah saya???
Saya seorang islam…
Saya seorang pelajar..
Saya adalah seseorang….

Dalam kehidupan ini,tidak selalunya kita akan sentiasa bersama sama dengan sahabat2 kita…ya ALLAH,lidungilah sahabat2ku sekarang ini..ya ALLAH.amat rindunya terhadap mereka..semoga teguh ikatan ini…”

Hidup di kordinate yang berbeza ini..kadang kala membuatkan hati ini mempunyai pengalaman yang manis,masam,pahit dan segala bentuk perasaan…
Benarlah ,,persahabatn kerana ALLAH.akan tidak mudah terlerai..tidak akan pecah….tidak akan mudah terlurai..
THANKS YA ALLAH..kerana memberi kesudian masa untuk bertemu dengan sahabat2 yang amat penting dalam meniti catur kehidupan ini…

Untuk sahabat…yang berada di UMS..negeri di bawah bayu….take care dear..
Untuk sahabat yang berada di kml…take care dear..
Untuk sahaabt..yang berada di ipg..take care dear..
Untuk sahabat yang berada di mesir..take care dear..
Untuk sahabt2x yang berada dalam titik titik tanah pengajian ilmu dibumi ALLAH…take care dear

Hidup ini hanya sementara…sekejap sahaja masa akan terus menbawa dirinya..hanyut dalam putaran masa yang berdetik…kemesraan yang berakhir di akhir perkenalan..sayu menitis di air mataku…
Perkenalan yang hanya sekejap…cukup meruntun jiwa..amat berbekas….mungkin ini pertemuan yang terakhir…ingatlah daku dalam doa kalian..mungkin di dunia sudah masa sudah tiada,namun berdoa lah kita agar di temukan di syurga sana…..






=SAHABAT-HAWARY=




Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan...
manalah takdir hendak dilawan...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian..
moga teguh..nya ikatan ini..

sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi...(sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui
suka dan duka memburu impian...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat...yang amat ku cintai...(cintai..)
susah senag kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu
membimbing menasihatiku...
hanya satu dlm beribu.....

ooooooo......
sahabat yang amatku cintai....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

namun kini... hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
sayup menitiskan air mataku


kpd sahabat2..yg mengenali benar diri ini.....

>bila jari zahirkan perasaan<

Thursday, October 13, 2011

SAYA PEMINJAM ABANG DUNIA AKHIRAT

lambaian kerinduan bertandang lagi..
seperti hembusan angin yang menyapa..
ingatan ku pada mereka..
kian berbaur kembali..........................




assalammualaikum w.b,.t...sahabat2 sekalian...
semoga kalian sihat selalu...


sangat2x..indah...
bersyukur kepada illhi..krna mempertemukan jodoh ku,bersama dengan dua orang yang amat di sayangi...

Mungkin ada di antara kalian,sahabat2 sekalin yang mempunyai rezeki untuk punya seorang abang..mungkin bukan seeorang..tetapi dua ..malah juga lebih dari itu...
mungkin juga ada di kalangan sahabat2 yang tidak pernah merasa kasih sayang seorang abang...


diri ini amat bertuah kerana ada dua orang abang yang sangat menyayangi diri ini..

bila berjauhan,rasa rindu kian menebal..
ya ALLAH,hamba MU ini berdoa agar kedua dua abangku ini serta adik beradik juga ibubapa ku serta umat islam seluruhnya agar di permudahkan segala urusan mereka.lindungilah mereka ya ALLAH .amiin...

Kalau sudah jauh2x ne,wwajah durang pun jarang mau tinguk...
kalau dekat2x pula,tiada perasaan rindu..

sedikit perkongsian untuk saat ini adalah berkaitan dengan abang.....

sesiapa di dunia ini yang punya abang punya cerita sendiri...
begitu jugak dengan manusia INI yang bergelar PEMINJAM ABANG...

abang saya kedua duanya amat saya sayang....
dulu,di saat diri ini memerlukan mereka...
dengan IZIN NYA ,abang saya berusaha untuk menolong saya..

saya amat sayannng mereka.terima kasih abang2ku...

sekarang ini berbeza,
jarang lihat wajah mereka....
jarang sembang dengan mereka..
jarang main2x dengan mereka...

masing2x ada komitmen sendiri...

ini amat berbeza dengan sahabat2...

walau di kelas ada jugak mereka yang bergelar sebagai kaum adam..
tidak kira yang bergelar senior atau satu umur..
tetapi MEREKA ini tidak mampu untuk mengganti tempat abang abangku..

WALAU ORANG LAIN BERLAGAK MACHO...
tetapi mereka tidak semacho abang2xku..

walau ada yang kelihatan baik..
tidak seorang pun mampu untuk mengugat cinta ku untuk lebih cinta kepada abang2xku ini..

ya ALLAH....semoga abang2ku sihat.....

abang2xku sayang sekalian..
adikmu ini amat merindu kalian..
semoga tabah dalam menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH..
sentiasalah sabar dalam kehidupan ini..
hidup ini hanya satu ujian dari Illahi..
MAKA KUATKAN HATIMU,,

SENTIASALAH INGAT ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN DIRI MU..
SENTIASA DEKAT DENGAN MU..
SENTIASA MERINDUI MU JUGAK.

Kata2 ku,,bisikan jiwa ku hanya mampu mengucapkan syukur kerna mengurniakan abang2 yang sangat baik....

kita,walaupun orang cakap abang kita jahat ,buruk,atau tidak senonoh..
just says..."KAMU TAHU SEMUAKAH PASAL ABANG SAYA?"

sebab ...

sebab yang pertama:
sebab manusia ini suka sangat memandang keburukan orang lain berbanding kebaikan diri orang tersebut.

sebab yang kedua:
sebab..kadang kala orang yang berkata demikian suka saja memeperkatakan mengenai keburukan oranng lain,tanpa menyedari akan keburukan diri sendiri....

sebab yang ketiga..
sebab....sebab ALLAH saja yang tahu bagaimana HATI ABANG KITA.KITA TIDAK MAMPU UNTUK MELIHAT DALAMAN HATI ABANG KITA.EVEN ,MAHU BEDAH SECARA FIZIKAL PUN KITA TIDAK BOLEH.APATAH LAGI SECARA BATIN..MEANS..ALLAH SAJA TAHU ABANG KITA PUNYA HATI...

sebab yang ke empat...
sebab,,,adik beradik yang lain saja yang tahu perangai adik beradik yang lain.sebab...kadang kala sifat dalaman kita mempunyai persamaan yang seakan akan sama...maksudnya,kalau kita punya sekelumit rasa mahmudah itu,insyaALLAH adik2 beradik yang lain juga ada..mungkin tidak pernah di expresskan..tapi siapa tahu..kita adik beradik2 ne punya darah yang sama.

sebab yang kelima...
sebab..SEBAB SAYA SAYANG ABANG SAYA.SAYA TIDAK BENARKAN ORANG LAIN UMPAT CACI CACI ABANG SAYA..FULL STOP......


tangisan bintang hati sentiasa jatuh..
dalam lingkaran kerinduan..
dalam satu paksi akidah yang sama..
dalam jalan yang sama..
menyusur bunga bunga kehidupan yang sentiasa bercanda,...
ABANG ABANG KU MESTI KUAT....

PIMPINLAH DIRI ADIK2 MU .
sayang abang2xku..


MAK,BAPA...adik bangga punya abang..

mereka anak yang baik..

semoga diri ini juga menjadi anak yang baik...

mak ,pa...doakan semoga hubungan kekeluarga kita di dunnia ini sentiasa berkekalan sehingga di rumah SYURGA nanti..
amiin..doakaan kami semoga menjadi anak 2x yang soleh..aminn ya RABB.

YA ALLAH.saat ini,,ENGKAU MELIHAT.ENGKAU MENGERTI SETIAP KATA YANG DIRI INI TAIP,,HANYA ENGKAU TAHU SEGALANYA.HANYA ENGKAU MENGETAHUI PERASAAN KU INI...YA ALLAH SAYANGILAH IBUBAPA KU SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGIKU..ABANG2XKU..ADIK2XU..SERTA KAKAK2X,,,YA ALLAH,,KEKALKANLAH HUBUNAGN PERSAUDAARAAN ANTARA KAMI..DAN SEHINGGA GENERASI YANG MENDATANG..YA ALLAH...JANGAN LAH ADA DI ANTARA KAMI DI MASUKKAN DI API NERAKA MU YA ALLAH..AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI..AMPUNILAH SEGALA DOSA DOSA KAMI..AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI..

AMIIN YA RABB.

I miss so much my sweets brother.hanya kenangan lama yang menjadi ingatan.

Sunday, October 2, 2011

Andainya ini yaNG TERakhir..ku buat terbaik




Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.







Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”. Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin”. Isam bertanya, “Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?” Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air, sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara”.




Bertaubat
Menyesali dosa yang telah dilakukan
Tidak tergila-gilakan dunia
Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
Tinggalkan sifat berbangga
Tinggalkan sifat khianat dan menipu
Meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”.







Aku sedang berhadapan dengan Allah
Syurga di sebelah kananku
Neraka di sebelah kiriku
Malaikat Maut berada di belakangku
Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratul Mustaqim’
Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik
Sambungnya lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud (mengucapkan dua kalimat syahadat yakni kepada Allah dan RasulNya) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun”.





Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Sabda Nabi, “Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya”.


MARILAH SEMUA,AMBILLAH KESEMPTAN WALAU PUN SEKITAR 5 MINIT.KITA RENUNGKAN LAH DIRI KITA ,AMALAN SOLAT YANG KITAA LAKUKAN....renungan ini terutamanya untuk diri ini dan amnya kepada semua sahaabt dalam kita meniti namaa kita untuk dipanggil menghadap ILLAHI.