Tuesday, February 28, 2012

kabus dunia jangan jerat mataku

assalammualaikum semuanya..

harap sihat2x semua.



kali ini
kabus malam
berarak sepi
penuh kesantunan yang melambung jiwa

seakan akan tersentak
dengan KEAGUNGAN malam
yang di takuti
tapi sebanrnya
punya barakah yang banyak


malam di sangka gelap
malam di sangka mentari terbenam
malam di sangka tiada erti

itukah sangkaan nya?
itukah fikiran mu??
dan
itukah ramalan mu??

jauh melesat
lebih jauh dari yang kita sangka kan..


malam
tidak semestinya gelap
gelap dari pandangan ALLAH keada kita
malam
tidak semestinya mentari terbenam
kerna mentari keimanan sentiasa mengintai
malam
tidak semestinya tiada erti
kerna malam it punya SEJUTA ERTI KEPADA MEREKA YANG
MERASAKAN DIRINYA HAMBA.BUKAN MANUSIA


kabus malam
mungkin dingin
tapi mungkin saja itu kedinginan dari sorga

kabus malam sepi
tapi bukan maksudnya sepi kita dari TUHAN

kabus malam
punya alam yang tersendiri
mengorak dalam buaian mimpi manusia
untuk melangkah mencari cinta ALLAH.




malam di isi dengan mimpi
yang di arah dalam drama pemikiran yang tersendiri
erm....Tapi sadar kah?
mungkin saja malam ini
MALAM terakhir d dunia...

terima kasih ALLAH
atas ingatan MU ini.....

dunia jangan jerat mata ku
dunia jangan jerat hati ku
dunia JANGAN JERAT JIWAKU!!


Sunday, February 19, 2012

cinta mu sukar di lakar atas kertas putih

assalammualaikum dan salam kebahagian

kepada semua





"jiwa ku terus terusik
dalam kedamaian yang menyapa
terus berlagu nada rindu
cintamu cukup sukar ddi lakar atas kertas
putih
cintamu bukan garisan awan yang berselindung
cintamu sesuatu yang sesuatu.."

terima kasih
bapa
terima kasih
mama



ada beberapa ungkai kata seakan mahligai kehidupan
yang terus bermaharajalela
bermain dan terus bermain
dalam kesepian mencari cinta ALLAH..



itu kata kata yang menyentap jiwa

KATA KATA DAN NASIHAT YANG PUNYA NOTASI KASIH SAYANG KEPADA ANAK ANAK
DARI IBUBAPAKU..


"ingat, kalau kita solat .ALLAH Taala SENTIASA ADA D DEPAN"

ingat ALLAH TAALA sentiasa berkuasa dalam apa jua"

"ingat SEGALA URUSAN kita kembalikan NYA"

"INGAT JANGAN PERNAH TINGGALKAN SOLAT"

"SENTIASA amalkan istigfar, surah Al Fatihah,ayat kursi dan 3 Qul"

"ayat KURSI tue banyak barakahnya"

'sentiasa berdoa kepada ALLAH"

'mohon kepada ALLAH supaya jangan ada yang ingin berbuat jahat tetapi malah sayang dan kasih kepada kita."

'kalau berkawan cari yang betul betul kawan"

"jangan mudah terpengaruh dengan kata2 kawan,fikir dulu"

then..

'sebelum tidur ..amalkan istigfar, surah AL FATIHAH,AYAT QURSI,3 QUL'..



ya ALLAH cintailah ibubapa ku..ya ALLAH jangan biarkan sedikit pun dan walau sikitpun haba dari api nerakaMU menyentuh ibubapaku.."
ya ALLAH ..walau di dunia ini aku punya aib dan kesalahan yang hanya ENGKAU tau..
jangan tutup peluang untuk ku menjadi anak yang soleh"
amiin...ya ALLAH

aku mencari cinta MU..
cintailah hamba MU ini..

walauapa jua cara yang ku gunakan
mana mungkin aku mampu memberikan arahan kepada jantung ku untuk berhenti melaksanakan tugasnya.
mama mungkin mampu untuk ku hentikan segala proses dalam jasad ku
MELAINKAN HANYA ENKKAU YANG BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA.."


bha..tanya diri mu nak..

sudah kau terfikir dan terasa ALLAH sentiasa memerhati kita sewaktu solat?"

sudahkah kau yakin ALLAH sentiasa berkuasa atas semuanya

sudahkah??

sudah kau rasa bahawa rezeki mu itu sebenarnya datang dari ALLAH.

atau kau rasa rezeki mu bos mu yang berikan..

jangan lupa ya nak

rezeki itu bukan hanya wang ringgit semata2x

kerna

rezeki itu bisa menjadi
senyuman dan tawa mu .itu rezeki dari ALLAH
kejayaan mu dalam exam rezeki dari ALLAH
kebahagian mu itu datang dari ALLAH
dan banyak lagi....

hanya ini ilham yang bisa di zahirkan
terima kasih ALLAH

mana mungkin urat2x tangan ini mampu untuk menaip
mana mungkin mata ini mampu untuk melihat
mana mungkin akal ini bisa berfikir

melainkan atas KEIZINANMU.

MAHA SUCI ALLAH.ALHAMDULILLAH


SEMOGA BERMANFAAT.
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Thursday, December 15, 2011

HINAKAH PERTANIAN DI MATAMU???

"dan suatu tanda kebesaran ALLAH bagi mereka adalah bumi yang mati(tandus).Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan darinya biji bijian maka dari (biji bijian)itu mereka makan.Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air".

surah yassin ayat 33&34.



*diadaptasikan dari cerita benar.


KAMU PANDANG RENDAH DENGAN PERKATAAN PERTANIAN????
Assalammualaikum w.b.t. dan salam ukhwah semuanya…


“ya SAYA SUKA BERTANI”.

Cerita benar.

“satu hari berjalan2x..kemudian ada seorang yang bertanya..
“eh,kamu dapat kat mana ya?”.

Saya menjwab.

“saya dapat PERTANIAN”

“ah!!setakat pertanian…kenapa tidak apply engineer??napa x apply itu ini..dan…banyak lagi perkataan yang terkeluar..”

Saya menjawab.”ini kerana SAYA YAKIN DENGAN PERANCANGAN ALLAH,,saya juga sudah JATUH HATI DARI KECIL DENGAN PERTANIAN.”

YA,saya mengaku..
Kos saya bukan ..
KEJURUTERAAN.
Bukan juga nama yang gah..
KEDOKTORAN..
Begitu juga nama yang terkenal
UNDANG-UNDANG…

SETAKAT PERTANIAN,YANG MANUSIA MEMANDANG SINIS.


“perhatikanlah bagaimana KAMI melebihkan sebahagian mereka ats sebahagian (yang lain).Dan kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya”.
Surah al-isra ayat 21.

SAYA CUKUP TERSENTUH DENGAN AYAT INI.SUBHANALLAH.rupa-rupanya penilaian kita sebenar kita saksikan d akhirat..

Saya pertanian ,kamu ??
1.Ya mungkin saya di bawah.YA SAYA TERIMA KERANA saya hamba ALLAH .hamba ALLAH yang miskin dengan kejayaan dan kemewahan ..
Dan kamu hebat??bukan memegang status pertanian??begitu?wah..cukup beruntunglah la kamu,.tapi ingat apa yang kita ada tidak semestinya akan kekal selamanya sahabtku.

2.Ya saya pertanian.mungkin saya tidak layak untuk berkerja di sector sector terkenal,agensi agensi terkenal..YA,SEBAB SAYA BERKERJA ingin hanya untuk ALLAH ,.di atas tanah yang kamu fikir jijik.tapi ingat ya sahabat,kamu juga akan kembali ke tanah.

3.Ya saya pertanian.mungkin kamu memandang saya tidak layak untuk duduk standing dengan mereka yang di arak dengan kapet merah.saya tidak layak untuk menikmati kemewahan dunia.cukup berpakaian lusuh,berpeluh d dahi dan tangan bersalut dengan tanah dan tumput semata mata..YA,SAYA TERIMA,KERANA saya takut dengan dunia yang cukup mengancam ini,.saya takut saya lena dengan dunia ini.saya takut.tapi saya tahu kamu berani bukan…tapi cukuplah saya takut..kerna bukan dunia yang saya mahu cari sahabat.....



Ya..saya pertanian.dan saya suka pertanian.

Saya hairan..soalan dan pernyataan manusia ..

"kenapa orang mempersoalkan kenapa dengan pertanian??
Ada apa dengan pertanian sampai kamu suka dengan pertanian??
Pertanian ini untuk budak –budak low jak..dan sebagainya.."

Saya sedikit pun tidak terguris…saya CUKUP,KUAT, mampu untuk tersenyum..

Mungkin untuk kamu yang memandang pertanian ini satu yang begitu rendah..jijik..tiada taraf..

Maka di situ kamu menyamakan..
Rezeki buah-buahan yang kamu makan juga rendah..
Rezeki beras yang kamu makan setiap hari juga jijik.
Rezeki air minuman dari tumbuhan yang kamu teguk tiada taraf..

Maka di situ kamu tidak mengenal erti kehambaan..
Kamu tidak mengenal ERTI alam ini
Kamu tidak merasaikan bahawa alam ini punya GERAK KERJA ECOSYSTEM YANG INDAH
Kamu tidak mengambarkan bahawa kamu makan ,kamu minum asalnya dari tanah


Saya ingin bertanya.
Kamu suka makan nasi??
Ya ? atau tidak??
Kalau suka nasi datang dari mana??
Nasi datangnya dari beras.
Beras itu asalnya dari mana??
Beras datangnya dari padi..
Padi datangnya dari ??
Padi datang dari pokok padi yang di tanam oleh PETANI yang di menggunakan tanah untuk hidup .dan di atur tumbuhbesarannya oleh ALLAH..
SEKALI LAGI…..saya suka pertanian.

Cukuplah..manusia ada hala tujuan masing masing.
Cukupah..manusia ada perancangan yang sudah d tetapkan..
Cukuplah.memandang rendah dengan yang lain hanya membutakan hati dan menganggap diri mu lebih hebat.lebih berkuasa.lebih macho??

jangan lupa ya sahabat..hidup d dunia ini satu PERSINGGAHAN ..MACAM KITA TUNGGU BAS DI BUSTOP.kita tunggu di situ akan bas yang akan mengambil kita kan..kta bukannya akan tidur di situ..
Sama dengan dunia..selepas dunia ini kita akan beralih ke alam kubur..
Ingat dalam kubur,apa yang kita buat d dunia kita akan merasai balasannya sedikit di kubur.
Kemudian kita akan kita alam akhiratyang kekal abadi..

Di situ kita akan tinggal selama lamanya.

Sekarang ini KITA BERADA DI MANA??
KITA SEDANG BERADA DI DUNIA.ADA DUA TEMPAT LAGI KITA AKAN SINGGAH SAHABAT….

Berbalik ke pertanian..

Kalau mentality manusia mengatakan bahawa pertanian itu tidak ada apa –apa…
Maka manusia itu terlupa akan nikmat tanah.

Saya kasi tahu sama sahabat-sahabat..KELEBIHAN PERTANIAN ,.

1.cukuplah ALLAH yang menjadikan/mengaturkan/mengawasi tindak tanduk kita.saya pertanian,saya percaya ALLAH sayang saya.Saya pertanian,SAYA LEBIH DEKAT DENGAN TUMBUHAN.SAYA PERTANIAN.SAYA SUKA KEPADA KEHIJAUAN.
SAYA PERTANIAN,SAYA BOLEH BERNIAGA.SAYA PERTANIAN.SAYA DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA MANUSIA.SAYA PERTANIAN.

Cukuplah ayat ini menjadi penutup kepada perasaan saya.

“barang siapa mengkehendaki kehidupan sekarang (duniwi),maka Kami segerAkan baginya di(dunia)ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami Kehendaki.KEMUDIAN KAMI SEDIAKAN BAGINYA (DI AKHIRAT)NERAKA JAHANAM.dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
“dan barang siapa yangmengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha kea rah itu bersungguh sungguh ,sedangkan dia beriman ,maka mereka itulah orang yang usahanya di balas baik.”

Surah Al-isra ayat 18 DAN 19..

SEMOGA ALLAH merahmati kita hari ini.amiin…

sesunggunya,saya bersyukur kepada ALLAH SWT memberi kesempatan saya untuk berada di dalam kos ini.

TAKBIR33X!!!

manusia dan tanah tidak boleh di pisahkan.:)

Friday, December 9, 2011

cengkerang kura kura

assalammualaikum w.b.t semuanya..
dan salam kehidupan yang pasti punya berliku liku
onak cabaran nya..

bukan begitu??



equation untuk hidup ini.

HIDUP=CABARAN...
jadi maksudnya

kalau tiada cabaran bukan hidup??
itu biar diri sendiri yang tanya...

sebab..

hidup ini ada dua haluan
untuk dunia ka

atau untuk akhirat ka....

terpulang kepada diri sendiri.


semuanya bermula dari hati.
bermula dari kepala yang kita ada.

ada sesiapa yang saat ini membaca tidak mempunyai kepala??
kalau ada.
ini ajaib .subhanallah..

tapi pastinya semua ada kepala .


kita tanya pada diri kita ......

.

hati kita bagaimana??
saya mahu beritahu hati saya kepada anda tidak dapat.
saya mahu bedah hati kamu pun tidak dapat
apatah lagi untuk saya melihat hati kamu..

kerna
kamu yang mampu untuk mengukur hati kamu
bersih kah?
kotorkah?
sederhana kotor kah??
ada bintik-bintik hitam kah??

persoalan ini saya tinggalkan kepada anda untuk memikirkan nya.


boleh jadi setiap yang berlaku ,pasti ada sesuatu yang tidak betul pada asasnya.


mungkin .....



hati kita ini seperti cengkerang kura kura ka ??

bila mana ..


kita JARANG JARANG merasai tangan kita adalah nikmat dari ALLAH.

kita JARANG JARANG merasakan mata kita ini nikmat dari ALLAH.

kita JARANG -JARANG merasakan kaki ini nikmat dari ALLAH.

kita JARANG JARANG merasakan !!


tapi ALLAH TIDAK PERNAH JARANG JARANG UNTUK MEMBERIKAN IKMATNYA INI KEPADA KITA..


pernah terfikir kah kita???

tidak perlu melihat kepada perkara yang jauh.

kita lihat kepada diri kita utamanya dahulu..



kita ada roh dan jasad.
dalam jasad ada seketul daging
kalau baik daging itu,
maka baiklah keseluruhannya
maka kalau buruk daging tue.
maka ..........pikir sendiri.


kita ada tangan,tapi kalau tangan itu sudah tiada..

BARU SAAT ITU KITA INGIN MERASAKAN NIKMAT ALLAH??

kita ada kaki,tapi kalau kaki itu sudah tiada

BARU SAAT ITU KITA MAHU SEDAR AKAN KAKI ITU NIKMAT ALLAH??


erm semuanya saya berbalik kepada diri saya.






rasulullah saw.NABI MUHAMMAD rasul junjungan kita telah mengajar kepada kita beberapa panduan hidup.


ucapkanlah subhanallah.33x.alhamdulillah.33x dan allahuakbar34x..

orang bertanya..

kenapa ya,aku sentiasa berzikir kepadaNYA ,tapi
aku juga selalu berbuat kesalahan,hati masih tidak tenang????????

jawapannya ada pada diri anda..

ADAKAH HATI ANDA BERSAMA SAMA DENGAN ANDA SEWAKTU MELAFAZKANKANNYA??

letak TANGAN DI DADA ANDA..
AND CAKAP "I LOVE ALLAH"
dengan harapan ALLAH juga akan menyayangi kita.

easy right??






Saturday, November 26, 2011

KADANG kadang....


"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada".


SURAH AL MULK SURAH KE 67 AYAT 13.


bagaimana ALLAH berinteraksi dengan kita,

menyelami jiwa kita

memahami kita..


sungguh!!

ayat CINTA ALLAH ini menjadi sumber kekuatan!!!

BENAR YA ALLAH..

SESUNGGUHNYA
HANYA ENGKAU SAJA
YANG

MENGETAHUI KEADAAN
KU...



kemudian ALLAH langsung berbicara dengan diri ini menerusi SURAT CINTANYA

"Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan TadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya."


surah al-mulk surah ke 67 ayat 14..


terima kasih ya ALLAH...


Kadang kadang susah mahu di “express”kan perasaan,

Kadang kadang sakitnya sudah mahu di luahkan

Kadang kadang….


Istilah kadang kadang ini banyak memberikan pengajaran.

1.tapi biarlah ALLAh ,lebih mengetahui.Kadang kadang manusia tidak sama..

Tidak sama dari segi..perjalanan hidup!
Tidak sama dari penceritaan yang pahit
Tidak sama dari penceritaan yang gembira.

WALAUPUN.terus menahan rasa “kadang kadang”,RUPAnya ALLAH mahu kita kembali kpd DIA.

Manusia kadang kadang..
“aku cemburu ,aku malu ,aku sedih…semua kawan kawan aku sekolah tinggi,padahal dulu kami satu sekolah”

“aku mahu jugak jadi macam dia,dapat pergi jauh2x,jalan jalan..belajar di tempat orang”

Dan sebagainya..

Sehingga mempersoalkan kenapa???
Dalam hidup ini ,ingiin membahasakan diri sebagai ibu.boleh??

Dalam hidup ini,wahai anak2 ku sekalian….hidup kita ini hanya satu perjalanan..dimana kita akan belajar erti kesedihan..erti mahu menahan kemarahan.erti ingin menangis,daN sebagainya…






Kadang kadang ,kita tidak seperti orang lain..
Kenapa??

Sebab apa yang sudah di aturkan kepada kita itu sudah yang terbaik.
Dimana kita berdiri,di situlah tempat kita
Dimana kita berada di situlah bermulanya “ujian”yang ALLAH berikan..
Dimana kita belajar,di situ ALLAH melihat kita..

Ibu menasihati anak2nya supaya sentiasa bersabar ..sentiasa ingat bahawa hidup ini akan berterusan sehingga JANNah..

OK.walaupun kadang kadang merasa”down”dengan keadaan kita..
JANGAN MENANGIS!JANGAN BERSEDIH!JANGAN MERINTIH!!





Sebab???
Sebab tuelah kita perlu terus SEMANGAT!
KITA CARI KEKUATAN!
KITA CARI KERDHAAN ALLAH.

Kadang kadang..apa yang berlaku dalam hidup kita
Memang tidak mengenal waktu
Tidak mengenal minit
Tidak mengenal masa..
Tapi PERJALANAN KITA INI
MEMBAWA KITA MENGENAL ERTI TAWAKAL KEPADA ALLAH!!

Ya ALLAH,sesungguhnya ENGKAULAH SEBAIK2 PERANCANG.DIMANA PUN AKU BERADA,sentiasalah permudahkan urusan ku….

Kadang kadang………..

Kita perlu merasa erti menahan erti menangis..
Kita perlu merasa erti kesabaran..
ADA HIKMAHNYA..
KENAPA??
Supaya di satu saat nanti diri kita,roh kita akan mengenal erti kebahagian..

"And whether ye hide your word or publish it, He certainly has (full) knowledge, of the secrets of (all) hearts.
Should He not know,- He that created? and He is the One that understands the finest mysteries (and) is well-acquainted (with them)."
(67:13&14).


Monday, November 14, 2011

AKU SI tong sampah HITAM.

saat ini...
aku alihkan nafas ku arah bayu yang mendayu
ku lirikan air mata ku atas linangan yang berlagu sepi
aku menahan segala resah di jiwa
biar segalanya....

aku bukan sesiapa ..
yang perlu di agungkan
kerna sudah berulang kali aku katakan..
aku bukan sesiapa
aku cuma orang biasa
yang setiap kali saja lupa
yang setiap kali saja lalai
yang setiap kali tidak sempurna..


ku lihat si belalang hijau
cermat bermain atas dedaunan rumput
sungguh bahagia
indah saat itu
ingin sekali ku merasainya..
punya kerasian yang sama...

ya!
aku sadar !
aku bukan sesiapa!
aku cuma biasa sahaja!
aku cuma si tong sampah hitam
!
yang gelap...
tidak punya apa apa...

........

ku biarkan lamunan ku terus berdetak laju...
saat itu kedengaran irama yang menusuk
cebisan kenangan kita yang bermain di mata....



satu saat
kita pernah bersama ..

satu saat
kita pernah bersama

satu saat
kita pernah bersama

mungkin segala kenangan sudah di mamah usia
mungkin segala galanya sudah rosak discnya
mungkin sudah jemu....

tidak apa...
aku layarkan jiwa di atas hati yang gersang
mendoakan kamu sahabat ku sentiasa bahagia...
sehingga saat ini dan selamanya..


usah di kenang aku..
aku bukan sesiapa yang perlu di kenang
pergilah kepada mereka yang lain
yang punya jiwa yang kau rasa bahagia
aku tidak mungkin dapat memberikan kemewahan
aku mungkin tidak dapat berikan kesenangan

namun aku hanya mampu memberikan senyuman
kerinduan kepada mu....



salam kerinduan kepadamu sahabat ku yang jauh.
di dunia mungkin tidak bertemu..ku berdoa agar ALLAH temukan kita sekali lagi di jannah
.amiin ya RABB!.


"sekali lagi,aku bukan sesiapa..'




Saturday, November 12, 2011

Dr Jekyll and mR hyde..siapa anda??

Assalammualaikum dan salam sejahtera semuanya…..




Fenomena yang hebat di katakan..

bualan dan siulan yang bermadah,,menjengah di hati manusia.


“remaja sekarang ini sudah terbabas dalam landasan kehidupan agama”.



>berita berita mingguan<. “dulu dia baik pun, tapi tidak tahulah pa yang sudah jadi dengan dia.. (sambil istigfar)”. “tak sangka rupanya ko begini orangnya..”. “aku betul betul frust ngan dia ne, terkejut aku gayanya begitu”. >mode terkejut sangat<. Dan etc. Kali ini , ana mahu berkongsi satu cerita yang, sudah pasti antum sudah pernah dengar. dan belajar di satu saat muda iaitU. MR JEKYLL AND MR HYDE. Ini cerita yang kita pelajari ,sahabat 2x yang belajar sewaktu PMR dulu kan…. Sekarang , dalam kehidupan kita tukar sedikit analogy nya menjadi MR ZALIM VS MR ALIM
RASANYA SEPERTI TOMBAK TAJAM YANG MENUSUK JAUH KE DALAM QALBU.










BIAR ANTUM SENDIRI FIKIRKAN ,SAMAADA ANTUM.




MR ZALIM






ATAU PUN ..



MR ALIM..






ATAUPUN





MR KEDUA DUANYA…..










Tepuk dada,tanya hati….tanya minda



Untuk kembalikan nostalgia dahulu.



.ana bawakan cerita Dr Jekyll and Mr.Hyde ini adalah novel

untuk pelajar tingkatan 3


(komponen kesusasteraan) bahasa Inggeris.

Dipendekkan cerita...








ceritanya begini.

ada seorang saintis tue kan yang bernama DR JECKYLL.

Beliau merupakan seorang yang ada nama juga lah

di tempat tinggal dia.



(SAINTIS KAN..BIASALAH..)

then,dengan kepakaran yang dia ada(KONON)

MAKA DIA TELAH MENCIPTA SATU FORMULA.


BUKA ONE FORMULA!tapi formula untuk berubah jd org lain.



tapi masalah timbul.


cecair formula yang dia buat itu,setiap kali


saintis ini minum akan membuat dia bertukar menjadi


orang LAIN!.(DI LARANG MENIRU AKSI INI^^).


KALAU jadi baik tidak apalah kan.


DIA TELAH BERTUKAR MENJADI SESEORANG

IAITU

YANG DI KENALI SEBAGAI.

DR .HYDE!

Dr hyde ini mempunyai karacter yang berbeza dengan Dr Jeckyll.


di pendekkan kan cerita(semua tahu juga kan).


Dr hyde ini jahat Betul.



banyak peristiwa PELIK!!!!MENAKUTKAN !MALAH PEMBUNUHAN YANG BERLAKU!


SETIAP KALI DR HYDE INI MUNCUL!



SATu rahsia yang semua orang tidak tahu.

tapi ALLAH tahu lah kan.

setiap kalI mr HYDE ini muncul.



DR JECKYLL akan hilang!!



satu isi paling penting.


Dr Jeckyll ini merupakan

seseorang yang amat baik.

jika

di bandingkan dengan MR HYDE.


LAST2 CERITA .

ORANG TAHU JUGA BAHAWA.


DR JECKYLL ADALAH MR HYDE JUGA.






THE END.






KESIMPULAN DARI CERITA INI.



Sini ana ,amhu gambarkan Mr Jekyll and mr hyde ini ORANG YANG SAMA.




TAPI PUNYA PERBEZAAN PERWATAKAN.


Sama seperti manusia.


ADA MANUSIA YANG SAMA..TAPI KADANG KADANG BAIK..KADANG KADANG JUGA JAHAT.

Iman manusia boleh menaik dan berkurang.

Adanyanya cas positive dan cas negative.

Adanya unsur kebaikan dan kejahatan.

Jihad melawan nafsu shahwat itu seakan akan melawan diri
Ada kata kata mengatakan.

Nafsu kalau di lawan dengan nafsu ,akan menjadi nafsu selamanya
Tapi kalau nafsu itu di lawan dengan agama..insyaALLAH ,

diri sendiri akan terselamat.


Begitu juga dengan kehidupan kita sehariaN.
Mana yang baru merangkak ,berniat untuk melakukan perubahan..

baru mau beruzlah kepada jalanNYA.
pasti akan di goda dengan memori kenangan”manis”dahulu sewaktu dalam kejahilan.

Kerna???boleh jadi nafsu itu sahabat teman karibnya syaitan.

Tapi jangan di sandarkan seratus peratus ,bila di sebut perkataan nafsu,kemudian teus di gambarkan kejahatan,keburukan,,ada something wrong dan sebagainya.


Kerna nafsu juga bisa menjadi kebaikan..contohnya,nafsu mahu belajar ,semoga ALLAH keluarkan kita dari kejahilan.nafsu mahu makan,supaya dapat beribadat.dan sebagainya.




Tepulang kepada diri sendiri untuk memilih nafsu yang lebih baik….
Sebut pasal nafsu.,.

Maka terkeluar WATAK UTAMA .MR ALIM DAN MR ZALIM…
Hari ini,seakan akan bukan semalam..
Mungkin saja semalam si fulan bin si fulan kuat beribadahnya
Semalam si fulan bin si fulan khusyuk solatnya..
Semalam si fulan bin si fulan bagus akhlaknya..
Tapi
Apa yang terjadi ,seakan aka nada perubahan 360 darjah ..dari timur ke barat .dari selatan ke utara….
Hari ini ,SAJA SI FULAN BIN SI FULAN…
Sudah tidak melakukan kebiasaan yang di lakukannya mencari cintaALLAH.
Mungkin saja sekarang ini sibuk mencari cinta syaitan
Mungkin saja dulunya seorang yang amat takut melakukan kemungkaran
Sekarang sudah berani minta puji melakukannya..
Seakan akan dunia sudah terbalik.
Seakan akan sudah menbenci dirinya yang dulu..
Sekarang du fikiranya,dia ingin bebas..ingin enjoy katanya,,ingin mencari nikmat erti dunia..
Kalau dulunya,pergaulannya amat terbatas ..
Sekarang ini mengenal pergaulan bebs
Kalau dulu,tudungnya labuh,pakai kopiah
Sekarang hanya berteman tudung saji di kedai kopi
Kalau dulu khusyuk nya solat..
Sekarang lebih khusyuk nya social..
Dan etc…………………………………………………….
Dulu suka main anak patung,patung baby baby
Sekarang suka buang bayi bayi..
Erm?????
……….mungkin timbul persoalan ,
“kenapa bha aku ne begini”
Or……
“apa yang patut aku buat supaya tidak terjebak lagi perkara2 buruk “
Dan etc……
Penyelesaian kepada itu…sucilah hati,,,rawat lah rohani…
Macam mana??menangis padaNYA…sentiasa baca Quran…sentiasa muhasabh diri…sentiasa ingat salah dan silap..ingat janji ALLAH ……sentiasa berdamping dengan sahabat2 yang boleh membimbing kita yang sejantina dengan kita……..insyaALLAH.mungkin ,anda punya penyelesaian tersendiri..

Teruskan dengan cara anda…

Sekian,apa apa yang tercoret hanya luahan watak jiwa pelakon dunia..supaya sentiasa berubah…sentiasa ingat ajal itu akan dekat..supaya ingat ana hamba berdosa.peringatan ini khususnya utk diri dan anda semua.

Assalammualaikum w.b.t