Monday, April 23, 2012

ANAK MUDA.CUBA ZOOM IN!

assalammualaikum dan salam kecintaan kepada semua yang
di cintai kerana ALLAH..

salam kebahagian kepada mereka yang sedang berusaha untuk mencari cinta ALLAH
salam kedamaian kepada mereka yang sedang mencari jalan untuk mendekatkan cinta kepada ALLAH
salam kerinduan kepada mereka yang mih mengintai kepa jalan ALLAH,..

dan kepada anda
salam persahabatan till jannah...

ok.setelah berribu ribu minit yang berlalu setelah lama aku hanya menjenguk  ke luar dunia..
akhirnya diri ini kembali melihat kepada bumi yang nyata..

pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang beribu ribu minit yang berlalu sememnjak  diri ini di lahirkan..
erm dalam sejam ada 60 minit.
dalam sehari ada 1440 minit
dalam setahun ada 525600 minit

dan sekarang ini aku sudah melalui sebanyak 9986400 minit.
wah!!!

satu jangka masa yang lama ..
satu kiraan minit yang lama..
ya ALLAH~~

begitu lamanya aku sudah berada di muka bumi mu ini..

ok .
sekarang ne aku nak sahabat sahabat hitung snediri masa yang ALLAH kasi kat kita semua.



 dalam sehari ..
perkara common
1. solat
2.baca quran
3.pergi sekolah
4. makan/ minum
5.mandi
6.riadah
7.hal hal lain..






sekarang kita lihat purata masa yang kita gunakan selama itu..
1. solat .dalam sehari kita solat lima waktu.
subuh , zohor , asar , maghrib, isyak.
purata sekali untuk solat kalian berapa??
hitung sendiri..
katakanlah ada 10 minit. kemudian  10 minit kita darabkan dengan 5 = 50 minit.


ok.kemudian baca quran.total semua ..kita ambik sekitar 10 minit jugak.
so 10 X 5 = 50 minit.


kemudian  sekolah. sekitar dari jam 8 pagi hingga 5 petang .sekitar ada 9 jam. ok


makan dan minum pula..sekitar 20 minit,erm darabkan dengan 5 juga = 1 jam 40 minit

riadah sekitar satu jam dan hal hal lain sekitar 1 jam jugak..

tapi sekarang ne jom kita zoomkan kepada 

SOLAT VS MAKAN / MINUM.


OK.SECARA PURATANYA..


sahabt sahabat sendiri buat perhitungan dengan aktiviti yang sahabat da isi untuk sehari ok.


kadang kadang masa untuk solat adalah lebh pendek berbanding makan.
iaitu ahanya 50 minit dan makan satu jam 40 minit??


wah. hebat anak anak muda sekarang ini. ana ingatkan diri ana juga.


ok .kita cuba bayangkanlah ..
dalam kita solat 50 minit ini..
berapa minit kah yabg benar benar kita khusyuk??
berapa minit kita kita benar benar solat secara fizikal dan batin??
berapa minitkah???


ok.sekarang  kita bayangkan
berapa minit ka kita guna masa yang sebnar benar untuk makan 
tanpa lalai..
kalau boleh setiap butir nasi yang kita makan begitu di hayati..






alahai anak muda...


maca, mana dengan kita ini??


Thursday, March 15, 2012

susahnya sekat air mata......

assalammualaikum dan salam kebahagian kepada setiap jiwa yang melirikkan mata untuk mebaca artikel yang ilhamnya datang dari ALLAH swt,,,

semoga kalian sihat sihat semuanya...

erm...seakan akan jiwa runtun..
angin memahami alunan jiwaku..
mata berair ...
peritnya menahan sakit ...
ya ALLAH..
hamba MU ini tahu ENGKAU menyayanginya kan....
bertuahnya diriku..

ya ALLAH ..



perasaan sedih ini
datangNYA dari MU ya ALLAH.
perasaan rindu INI
DATANGnya DARI MU ya ALLAH..
titisan air mata yang jatuh..
datangnya DARI MU YA ALLAH...

Sunday, March 4, 2012

bila awan memandang bumi yang sama

bila awan memandang bumi yang sama

hanya dataran kemanusian yang di harapkan

berbeda dengan jiwa yang kosong..

malah ada yang bongkak

dalam kesamaran dunia masih berlagak....

jangan risau yang di TINDAS..

ALLAH TAALA SENTIASA DENGAN KITA..

CUMA KAMU PERLU YAKIN...
Allah sendiri telah menjelaskan kita dalam Al-Quran surah Qaaf ayat 16 yang bermaksud:

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,-"

AYAT INI UNTUK SIAPA??INI UNTUK SAYA.INI UNTUK KAMU.DAN SEMUA ORANG..


Aku masih meniti
Siapa jiwa yang punyai jiwa dengan aku
Aku melihat telatah manusia yang beragam
Dan manusia melihat bayAng bayAng jiwaku….

Dalam lakaran itu juga
Aku bertemu dengan cinta ALLAH
Mungkin dalam kesemakan jiwa
Keserabutannya..
ALLAH melihat ku

Tiada kata kata yang lebih dapat mampu aku ucapkan
Melainkan
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,
HANYA ALLAH MAMPU MENOLONG AKU….


Kita memandang manusia dengan pelbagai perasaan

Mungkin ada yang memandang sayu melihat si pakcik tua yang duduk di tepi jalan
Sambil mambawa bekas menagih kasih dari manusia yang lalu




Mungkin ada yang memandang sinis dengan pakaian manusia
Yang melintas di hadapan kita

Mungkin juga ada terucap
Rasa takjub melihat keajaiban di sekeliling

Dan semua itu perasaan..
Manusia juga ada perasaan
Dan aku juga punya.!
Jangan melihat pandang rendah dengan orang lain
“dia x tau buat kerja”
Menyangka dan bersangka dengan kebolehan seseorang

Tanya pada diri mu
Adakah kau ne hebat?
Adakah kau ini seorang yang di segani?
Dan adakah kau punya hati yang bersih daripada sangkaan manusia


Duhai sahabat
Dalam hidup ini jangan pernah
Memandang rendah dengan orang lain
Jangan merasa jijik dengan orang lain
Memandang dengan seribu keraguan..
Dan
Jangan menilai manusia dari rupa buruknya
Jangan menilai dari baju kotornya
Jangan menilai dari bau badannya
Jangan menilai semua itu
Jangan
Dan jangan
Diri sendiri pun belum pasti HEBAT
Jangan terlalu berbangga dengan diri
Jangan berbangga dengan ilmu yang kau ada.
Kerna kau masih punya banyak perkara yang belum ketahui
Taku takut
Dengan perasaan mu itu
Akan memusnahkan nur jiwa mu
Akan menimbulkan bibit cinta syaitan
Bertapak di sarang jiwa mu
Percayalah
Kerna aku cinta kepada mu
Kerna aku kasih kepada mu
Kerna itu aku tidak ingin tinggalkan mu

Dan aku….
Tidak punya perasaan andai kau memandang rendah dengan jiwa ku
Kau memandang sinis dengan pakaian ku
Atau memandang pelik kepada aku
Sebab
Aku tidak pernah biarkan jiwaku
Untuk melayan pemikiran mu itu
Akan ku penjara jiwa
Dari mendalami terus pandangan mu itu yang sebenarnya buta….


Tuesday, February 28, 2012

kabus dunia jangan jerat mataku

assalammualaikum semuanya..

harap sihat2x semua.



kali ini
kabus malam
berarak sepi
penuh kesantunan yang melambung jiwa

seakan akan tersentak
dengan KEAGUNGAN malam
yang di takuti
tapi sebanrnya
punya barakah yang banyak


malam di sangka gelap
malam di sangka mentari terbenam
malam di sangka tiada erti

itukah sangkaan nya?
itukah fikiran mu??
dan
itukah ramalan mu??

jauh melesat
lebih jauh dari yang kita sangka kan..


malam
tidak semestinya gelap
gelap dari pandangan ALLAH keada kita
malam
tidak semestinya mentari terbenam
kerna mentari keimanan sentiasa mengintai
malam
tidak semestinya tiada erti
kerna malam it punya SEJUTA ERTI KEPADA MEREKA YANG
MERASAKAN DIRINYA HAMBA.BUKAN MANUSIA


kabus malam
mungkin dingin
tapi mungkin saja itu kedinginan dari sorga

kabus malam sepi
tapi bukan maksudnya sepi kita dari TUHAN

kabus malam
punya alam yang tersendiri
mengorak dalam buaian mimpi manusia
untuk melangkah mencari cinta ALLAH.




malam di isi dengan mimpi
yang di arah dalam drama pemikiran yang tersendiri
erm....Tapi sadar kah?
mungkin saja malam ini
MALAM terakhir d dunia...

terima kasih ALLAH
atas ingatan MU ini.....

dunia jangan jerat mata ku
dunia jangan jerat hati ku
dunia JANGAN JERAT JIWAKU!!


Sunday, February 19, 2012

cinta mu sukar di lakar atas kertas putih

assalammualaikum dan salam kebahagian

kepada semua





"jiwa ku terus terusik
dalam kedamaian yang menyapa
terus berlagu nada rindu
cintamu cukup sukar ddi lakar atas kertas
putih
cintamu bukan garisan awan yang berselindung
cintamu sesuatu yang sesuatu.."

terima kasih
bapa
terima kasih
mama



ada beberapa ungkai kata seakan mahligai kehidupan
yang terus bermaharajalela
bermain dan terus bermain
dalam kesepian mencari cinta ALLAH..



itu kata kata yang menyentap jiwa

KATA KATA DAN NASIHAT YANG PUNYA NOTASI KASIH SAYANG KEPADA ANAK ANAK
DARI IBUBAPAKU..


"ingat, kalau kita solat .ALLAH Taala SENTIASA ADA D DEPAN"

ingat ALLAH TAALA sentiasa berkuasa dalam apa jua"

"ingat SEGALA URUSAN kita kembalikan NYA"

"INGAT JANGAN PERNAH TINGGALKAN SOLAT"

"SENTIASA amalkan istigfar, surah Al Fatihah,ayat kursi dan 3 Qul"

"ayat KURSI tue banyak barakahnya"

'sentiasa berdoa kepada ALLAH"

'mohon kepada ALLAH supaya jangan ada yang ingin berbuat jahat tetapi malah sayang dan kasih kepada kita."

'kalau berkawan cari yang betul betul kawan"

"jangan mudah terpengaruh dengan kata2 kawan,fikir dulu"

then..

'sebelum tidur ..amalkan istigfar, surah AL FATIHAH,AYAT QURSI,3 QUL'..



ya ALLAH cintailah ibubapa ku..ya ALLAH jangan biarkan sedikit pun dan walau sikitpun haba dari api nerakaMU menyentuh ibubapaku.."
ya ALLAH ..walau di dunia ini aku punya aib dan kesalahan yang hanya ENGKAU tau..
jangan tutup peluang untuk ku menjadi anak yang soleh"
amiin...ya ALLAH

aku mencari cinta MU..
cintailah hamba MU ini..

walauapa jua cara yang ku gunakan
mana mungkin aku mampu memberikan arahan kepada jantung ku untuk berhenti melaksanakan tugasnya.
mama mungkin mampu untuk ku hentikan segala proses dalam jasad ku
MELAINKAN HANYA ENKKAU YANG BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA.."


bha..tanya diri mu nak..

sudah kau terfikir dan terasa ALLAH sentiasa memerhati kita sewaktu solat?"

sudahkah kau yakin ALLAH sentiasa berkuasa atas semuanya

sudahkah??

sudah kau rasa bahawa rezeki mu itu sebenarnya datang dari ALLAH.

atau kau rasa rezeki mu bos mu yang berikan..

jangan lupa ya nak

rezeki itu bukan hanya wang ringgit semata2x

kerna

rezeki itu bisa menjadi
senyuman dan tawa mu .itu rezeki dari ALLAH
kejayaan mu dalam exam rezeki dari ALLAH
kebahagian mu itu datang dari ALLAH
dan banyak lagi....

hanya ini ilham yang bisa di zahirkan
terima kasih ALLAH

mana mungkin urat2x tangan ini mampu untuk menaip
mana mungkin mata ini mampu untuk melihat
mana mungkin akal ini bisa berfikir

melainkan atas KEIZINANMU.

MAHA SUCI ALLAH.ALHAMDULILLAH


SEMOGA BERMANFAAT.
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Thursday, December 15, 2011

HINAKAH PERTANIAN DI MATAMU???

"dan suatu tanda kebesaran ALLAH bagi mereka adalah bumi yang mati(tandus).Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan darinya biji bijian maka dari (biji bijian)itu mereka makan.Dan Kami jadikan padanya di bumi itu kebun kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air".

surah yassin ayat 33&34.



*diadaptasikan dari cerita benar.


KAMU PANDANG RENDAH DENGAN PERKATAAN PERTANIAN????
Assalammualaikum w.b.t. dan salam ukhwah semuanya…


“ya SAYA SUKA BERTANI”.

Cerita benar.

“satu hari berjalan2x..kemudian ada seorang yang bertanya..
“eh,kamu dapat kat mana ya?”.

Saya menjwab.

“saya dapat PERTANIAN”

“ah!!setakat pertanian…kenapa tidak apply engineer??napa x apply itu ini..dan…banyak lagi perkataan yang terkeluar..”

Saya menjawab.”ini kerana SAYA YAKIN DENGAN PERANCANGAN ALLAH,,saya juga sudah JATUH HATI DARI KECIL DENGAN PERTANIAN.”

YA,saya mengaku..
Kos saya bukan ..
KEJURUTERAAN.
Bukan juga nama yang gah..
KEDOKTORAN..
Begitu juga nama yang terkenal
UNDANG-UNDANG…

SETAKAT PERTANIAN,YANG MANUSIA MEMANDANG SINIS.


“perhatikanlah bagaimana KAMI melebihkan sebahagian mereka ats sebahagian (yang lain).Dan kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya”.
Surah al-isra ayat 21.

SAYA CUKUP TERSENTUH DENGAN AYAT INI.SUBHANALLAH.rupa-rupanya penilaian kita sebenar kita saksikan d akhirat..

Saya pertanian ,kamu ??
1.Ya mungkin saya di bawah.YA SAYA TERIMA KERANA saya hamba ALLAH .hamba ALLAH yang miskin dengan kejayaan dan kemewahan ..
Dan kamu hebat??bukan memegang status pertanian??begitu?wah..cukup beruntunglah la kamu,.tapi ingat apa yang kita ada tidak semestinya akan kekal selamanya sahabtku.

2.Ya saya pertanian.mungkin saya tidak layak untuk berkerja di sector sector terkenal,agensi agensi terkenal..YA,SEBAB SAYA BERKERJA ingin hanya untuk ALLAH ,.di atas tanah yang kamu fikir jijik.tapi ingat ya sahabat,kamu juga akan kembali ke tanah.

3.Ya saya pertanian.mungkin kamu memandang saya tidak layak untuk duduk standing dengan mereka yang di arak dengan kapet merah.saya tidak layak untuk menikmati kemewahan dunia.cukup berpakaian lusuh,berpeluh d dahi dan tangan bersalut dengan tanah dan tumput semata mata..YA,SAYA TERIMA,KERANA saya takut dengan dunia yang cukup mengancam ini,.saya takut saya lena dengan dunia ini.saya takut.tapi saya tahu kamu berani bukan…tapi cukuplah saya takut..kerna bukan dunia yang saya mahu cari sahabat.....



Ya..saya pertanian.dan saya suka pertanian.

Saya hairan..soalan dan pernyataan manusia ..

"kenapa orang mempersoalkan kenapa dengan pertanian??
Ada apa dengan pertanian sampai kamu suka dengan pertanian??
Pertanian ini untuk budak –budak low jak..dan sebagainya.."

Saya sedikit pun tidak terguris…saya CUKUP,KUAT, mampu untuk tersenyum..

Mungkin untuk kamu yang memandang pertanian ini satu yang begitu rendah..jijik..tiada taraf..

Maka di situ kamu menyamakan..
Rezeki buah-buahan yang kamu makan juga rendah..
Rezeki beras yang kamu makan setiap hari juga jijik.
Rezeki air minuman dari tumbuhan yang kamu teguk tiada taraf..

Maka di situ kamu tidak mengenal erti kehambaan..
Kamu tidak mengenal ERTI alam ini
Kamu tidak merasaikan bahawa alam ini punya GERAK KERJA ECOSYSTEM YANG INDAH
Kamu tidak mengambarkan bahawa kamu makan ,kamu minum asalnya dari tanah
…

Saya ingin bertanya.
Kamu suka makan nasi??
Ya ? atau tidak??
Kalau suka nasi datang dari mana??
Nasi datangnya dari beras.
Beras itu asalnya dari mana??
Beras datangnya dari padi..
Padi datangnya dari ??
Padi datang dari pokok padi yang di tanam oleh PETANI yang di menggunakan tanah untuk hidup .dan di atur tumbuhbesarannya oleh ALLAH..
SEKALI LAGI…..saya suka pertanian.

Cukuplah..manusia ada hala tujuan masing masing.
Cukupah..manusia ada perancangan yang sudah d tetapkan..
Cukuplah.memandang rendah dengan yang lain hanya membutakan hati dan menganggap diri mu lebih hebat.lebih berkuasa.lebih macho??

jangan lupa ya sahabat..hidup d dunia ini satu PERSINGGAHAN ..MACAM KITA TUNGGU BAS DI BUSTOP.kita tunggu di situ akan bas yang akan mengambil kita kan..kta bukannya akan tidur di situ..
Sama dengan dunia..selepas dunia ini kita akan beralih ke alam kubur..
Ingat dalam kubur,apa yang kita buat d dunia kita akan merasai balasannya sedikit di kubur.
Kemudian kita akan kita alam akhiratyang kekal abadi..

Di situ kita akan tinggal selama lamanya.

Sekarang ini KITA BERADA DI MANA??
KITA SEDANG BERADA DI DUNIA.ADA DUA TEMPAT LAGI KITA AKAN SINGGAH SAHABAT….

Berbalik ke pertanian..

Kalau mentality manusia mengatakan bahawa pertanian itu tidak ada apa –apa…
Maka manusia itu terlupa akan nikmat tanah.

Saya kasi tahu sama sahabat-sahabat..KELEBIHAN PERTANIAN ,.

1.cukuplah ALLAH yang menjadikan/mengaturkan/mengawasi tindak tanduk kita.saya pertanian,saya percaya ALLAH sayang saya.Saya pertanian,SAYA LEBIH DEKAT DENGAN TUMBUHAN.SAYA PERTANIAN.SAYA SUKA KEPADA KEHIJAUAN.
SAYA PERTANIAN,SAYA BOLEH BERNIAGA.SAYA PERTANIAN.SAYA DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA MANUSIA.SAYA PERTANIAN.

Cukuplah ayat ini menjadi penutup kepada perasaan saya.

“barang siapa mengkehendaki kehidupan sekarang (duniwi),maka Kami segerAkan baginya di(dunia)ini apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami Kehendaki.KEMUDIAN KAMI SEDIAKAN BAGINYA (DI AKHIRAT)NERAKA JAHANAM.dia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir.
“dan barang siapa yangmengkehendaki kehidupan akhirat dan berusaha kea rah itu bersungguh sungguh ,sedangkan dia beriman ,maka mereka itulah orang yang usahanya di balas baik.”

Surah Al-isra ayat 18 DAN 19..

SEMOGA ALLAH merahmati kita hari ini.amiin…

sesunggunya,saya bersyukur kepada ALLAH SWT memberi kesempatan saya untuk berada di dalam kos ini.

TAKBIR33X!!!

manusia dan tanah tidak boleh di pisahkan.:)

Friday, December 9, 2011

cengkerang kura kura

assalammualaikum w.b.t semuanya..
dan salam kehidupan yang pasti punya berliku liku
onak cabaran nya..

bukan begitu??



equation untuk hidup ini.

HIDUP=CABARAN...
jadi maksudnya

kalau tiada cabaran bukan hidup??
itu biar diri sendiri yang tanya...

sebab..

hidup ini ada dua haluan
untuk dunia ka

atau untuk akhirat ka....

terpulang kepada diri sendiri.


semuanya bermula dari hati.
bermula dari kepala yang kita ada.

ada sesiapa yang saat ini membaca tidak mempunyai kepala??
kalau ada.
ini ajaib .subhanallah..

tapi pastinya semua ada kepala .


kita tanya pada diri kita ......

.

hati kita bagaimana??
saya mahu beritahu hati saya kepada anda tidak dapat.
saya mahu bedah hati kamu pun tidak dapat
apatah lagi untuk saya melihat hati kamu..

kerna
kamu yang mampu untuk mengukur hati kamu
bersih kah?
kotorkah?
sederhana kotor kah??
ada bintik-bintik hitam kah??

persoalan ini saya tinggalkan kepada anda untuk memikirkan nya.


boleh jadi setiap yang berlaku ,pasti ada sesuatu yang tidak betul pada asasnya.


mungkin .....



hati kita ini seperti cengkerang kura kura ka ??

bila mana ..


kita JARANG JARANG merasai tangan kita adalah nikmat dari ALLAH.

kita JARANG JARANG merasakan mata kita ini nikmat dari ALLAH.

kita JARANG -JARANG merasakan kaki ini nikmat dari ALLAH.

kita JARANG JARANG merasakan !!


tapi ALLAH TIDAK PERNAH JARANG JARANG UNTUK MEMBERIKAN IKMATNYA INI KEPADA KITA..


pernah terfikir kah kita???

tidak perlu melihat kepada perkara yang jauh.

kita lihat kepada diri kita utamanya dahulu..



kita ada roh dan jasad.
dalam jasad ada seketul daging
kalau baik daging itu,
maka baiklah keseluruhannya
maka kalau buruk daging tue.
maka ..........pikir sendiri.


kita ada tangan,tapi kalau tangan itu sudah tiada..

BARU SAAT ITU KITA INGIN MERASAKAN NIKMAT ALLAH??

kita ada kaki,tapi kalau kaki itu sudah tiada

BARU SAAT ITU KITA MAHU SEDAR AKAN KAKI ITU NIKMAT ALLAH??


erm semuanya saya berbalik kepada diri saya.






rasulullah saw.NABI MUHAMMAD rasul junjungan kita telah mengajar kepada kita beberapa panduan hidup.


ucapkanlah subhanallah.33x.alhamdulillah.33x dan allahuakbar34x..

orang bertanya..

kenapa ya,aku sentiasa berzikir kepadaNYA ,tapi
aku juga selalu berbuat kesalahan,hati masih tidak tenang????????

jawapannya ada pada diri anda..

ADAKAH HATI ANDA BERSAMA SAMA DENGAN ANDA SEWAKTU MELAFAZKANKANNYA??

letak TANGAN DI DADA ANDA..
AND CAKAP "I LOVE ALLAH"
dengan harapan ALLAH juga akan menyayangi kita.

easy right??