Friday, August 17, 2012

PEMIKIRAN SAINS YANG KITA TIDAK SELARI BERSAMA.

PEMIKIRAN SAINS YANG KITA TIDAK SELARI BERSAMA.


‘ SESUNGGUHNYA AL QURAN INI MEMBERI PETUNJUK KE JALAN YANG AMAT BETUL (AGAMA ISLAM )” .
SURAH AL ISRA AYAT 9.

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta salam kebahagian kepada semua pembaca yang budiman yang saya cinta kerna ALLAH…

“ PADA HARI ITU SAHBAT SAHABAT KARIB ,SESETENGAHNYA AKAN MENJADI MUSUH KEPADA SESETENGAHNYA YANG LAIN ,KECUALI ORANG ORANG YANG PERSAHABATANNYA BERDASARKAN TAKWA  (IMAN DAN AMAL SOLEH )”.
SURAH AZ-ZUKHRUF AYAT 67.



Semenjak dari bangku sekolah lagi ,kita sudah di ajar untuk belajar bersungguh sungguh . Benar ,kerna tahap ukuran keilmuan yang di miliki menjadi penanda aras  kepada  ketamadunan dan kepimpinan sesuatu bangsa..setujukan???

Tidak ada salah nya ,malah kita sendiri di anjurkan untuk berusaha dengan sebaik mungkin.

Yang menjadi masalah ialah ,keTAGIHAN  diri sendiri atau dorongan kuat dari  manusia untuk belajar sehingga keilmuan yang di dapati hanya  di terima akal semata mata tanpa  di kaitkan dengan  pemikiran dalaman iaitu HATI serta di kaitkan dengan KETUHANAN serta akidah..

The equation is simple..
Receive > process > still blurr.. =  YOU GET NOTHING


Penulis di sini bukanlah ingin menimbulkan kontroversi dalam bidang akdemik mahupun sains moden dunia ,tapi hanya hajat di hati untuk menarik perhatian masyarakat muslim terutama nya mereka yang  menganut agama islam. MAKA NYA ,SEBELUM DIRECT TO THE POINT ,PENULIS MINTA MAAF YA SEKIRANYA ADA AHLI AKADEMIK YANG TERASA..I’M SO SORRY..ITS JUST MY OPINION.

Sungguh begitu indah ,ayat  al Quran membawakan kita untuk mengenal ALLAH SWT ,yang mempunyai nama nama indah  sesuai dengan sifat sifat ALLAH




‘SETELAH MEREKA MENYAMPAIKANN PERINTAH ALLAH ITU ,FIRAUN BERKATA :SIAPAKAH TUHAN KAMU BERDUA?.’NABI MUSA MENJAWAB : “ TUHAN KAMI IALAH YANG TELAH MEMEBERIKAN KEPADA TIAP TIAP SESUATU : KEJADIAN SEMULAJADINYA YANG SESUAI DENGANNYA ,KEMUDIAN IA MEMBERIKAN PETUNJUK KEPADANYA AKAN CARA MENGGUNAKANNYA.”






SURAH THAHA AYAT 49-50


Kemudian kita kaitkan dengan pelajaran science / physics di peringkat sekolah menengah dan subjek biochemistry di peringkat university yang membawa  pelajar untuk mengenali maksud takrifan sesuatu yang berkait rapat  dengan sains .

Contohnya,
Dalam FIRST LAW OF THERMODYNAMIC  states that ..
ENERGY IS CANNOT BE CREATED AND ENEGRY IS CANNOT DESTRYOD..
Kalau definisi nie silap ,sila La rujuk pak google atau kepada buku2x mahuPun golongan ilmuan.

Dalam bahasa melayu bermaksud,
“tenaga tidak  boleh di buat ,dan tenaga tidak boleh di hapuskan “

Sesungguhnya ,inilah definisi yang terpaksa di fahami oleh pelajar sains  di seluruh MALAYSIA dan DUNIA amnya,apabila menjelang test maka buku yang berkaitan akan di ambil , bagi pelajar yang berwibawa akan membuka buku yang lebih tebal ,,seperti Campbell. Sesungguhnya sifat ini patut di puji ,

MASALAH yang timbul hanya apabila pelajar hanya belajar sesuatu ilmu tanpa terus berfikir ,hanya menerima SEBULAT BULATNYA!...

Bila kita ulang kembali frasa definisi “ENERGY”
“ENERGY IS CANNOT CREATED AND ENERGY IS CANNOT DESTRYOED,”
Telah menolak sifat ALLAH swt YANG BERSIFAT al-khaliq.
Bukan kah ALLAH swt TELAH MENCIPTAKAN SEMSTA INI ??BUKANKAN ALLAH YANG MENCIPTAKAN SELURUH ALAM SEMESTA INI??malah sudah pasti ALLAH juga mencipta jisim ,jirim serta tenaga .



“ DAN BAGI ALLAH JUALAH KUASA PEMERINTAHAN LANGIT DAN BUMI DAN ALLAH MAHA BERKUASA KE ATAS TIAP TIAP SESUATU . SESUNGGUHNYA DALAM PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI DAN SILIH BERGANTI MALAM DAN SIANG ADANYA TANDA KEBESARAN ALLAH BAGI ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL ,”






(SURAH AL-IMRAN AYAT 189-190).




Begitu jahilnya manusia menerima sesuatu tanpa berkait rapat .
Dari segi akademik mungkin definisi “energy” ini tidak mempunyai masalah .
Tapi jika di selidik dari segi akidah ???
ADAKAH SESUATU YANG ALLAH CIPTAKAN DILUAR JANGKAUAN –NYA???

Part 1.
Di tulis oleh saya yang masih berfikir waras.
Sedarlah wahai sahabt2x sekalian,
Sekiranya kita Sedari dari hari ke hari ada saja manusia yang cube mengetengahkan gejala pemikiran sains dan teknologi yang MEMISAHKAN sifat KETUHANAN dari kehidupan. Fenomena ini bukan sahaja telah menyingkap hati golongan akademik malahan jua segelintir manusia yang berada dalam bidang agama.

Sedarlah wahai sahabat2x ku ,pandanglah dan pelajari lah sesuatu bukan atas dasar kerana peperiksaan sehingga kita memperbodohkan diri kita pada masa yang sama.
Ingatlah bahawa itu memang sains ,tapi itulah ciptaan ALLAH SWT.
WALLAHU A’LAM.

Akhir kata…




‘ DIA MENCIPTAKAN LANGIT TANPA TIANG SEBAGAIMANA YANG KAMU MELIHATNYA DAN DIA MENGADAKAN GUNUNG GANANG YANG MENETAPNYA SUPAYA BUMI ITU TIDAK MENGGONCANG KAMU ,DAN DIA BIAKKAN PADANYA BERBAGAI JENIS BINATANG DAN KAMI MENURUNKAN HUJAN DARI LANGIT LALU KAMI TUMBUHKAN DI BUMI BERBAGAI BAGAI JENIS TANAMAN YANG MEMBERIKAN BANYAK MANFAAT . INI SEMUA ADALAH CIPTAAN ALLAH MAKA CUBALAH KAMU TUNJUKKAN KEPADAKU APAKAH YANG TEAH DI CIPTAKAN OLEH MAKHLUK MAKHLUK YANG LAIN DARIPADANYA. BAHKAN ORANG ORANG ZALIM ITU BERADA DALAM KESESATAN YANG NYATA.”






SURAH LUQMAN AYAT 10-11.


SUBHANALLAH….


Monday, August 13, 2012

Tangisan cinta belalang di pinggiran jendela….



Tangisan cinta belalang di pinggiran jendela….






Assalammualaikum dan salam ketenangan seindah senyuman kita bersama..


Kita layangkan pengharapan sejuta kasih hanya pada ALLAH SWT.


Kita ranapkan kebencian sesame saudara


Dan kita semaikan ukhwah yang kukuh tiada batasan kernaNYA…






Hari ini ku melihat


Garis garis halus yang hadir di jari ku


Masih utuh rupanya parut kenangan


Dalam detik masa yang berlalu


Air mata ku jatuh menegur.


~~oh!!aku tersipu malu…


Aku menangis rupanya….










Ini adalah kadang kadang khayalan yang menerpa ruangan hati,


Bak kata lirik nasyid..


“secebis kenangan kita,sentiasa bermain di bayangan mata,detik waktu yang berlalu…menjadi memori kau dan aku.”






Ok stop stop,,nak nyanyi la pula budak ne.~_^.






Sebelum terus menerus…ada kata kata utk kamu..






“Mencari Ilmu diibaratkan seperti mendaki bukit yang tinggi..kita mendaki dari bawah hingga ke tengah jnganlah kita bermegah2 kerana kita mungkin akan terjatuh dan apabila kita duk atas skali pun kita jangan bermegah2 tapi apabila kita dk ats skali kita akan melihat Keindahan sebelah sana,keluasan sebelah sana...jadi begitulah juga dengan ilmu apabila kita duk ats skali jangan kita bermegah2 tapi kita akan lihat Keindahan suasana dan keluasan jadi kita akan kagum dengan ciptaan Allah,ilmu Allah....tuan pencipta yang maha agung....ALLAH!!!”..






Ne ada sowg status ustaz,tapi lupa ape nama ustaz ini,namun tulisan nya insyaALLAH bermanfaat untuk anda semua….






Entah lagu apa yang berlagu di saat ini ,sehingga membuaikan perasaan jiwangku rasa kesedihan bukan pada manusia ,tapi pada ibubapa ku..






Bila sebut ibubapa ,ingin aku menangis..


ADAKAH KERNA AKU SEORANG YANG TOUCHING???


Ow bukanlah!~_^kerna sesungguhnya TANGISAN ku in MAHAL…che…






ADAKAH KERNA AKU SEORANG YANG BAIK???


Ow bukanlah L kerna sesungguhnya ,aku adalah manusia yang selalu leka






ADAKAH KERNA AKU BERSIKAP BEGITU??


Ow bukanlah,:P kerna aku seorang yang sukar untuk di tafsirkan.






MUNGKIN ..kerna AKU ANAK KAMPUNG TIADA APA APA,,CUMA IBUBAPA SAHAJA..


Mungkin juga kau merasakan aku belum ada daya lagi untuk membantu ibubapa ku…insyaALLAH perancangan ALLAH satu hari nanti.














pagi pagi pak mat beli kail ikan


mari sini baca iklan


azamku alfateh~_^..ow alamak tak menjadi plak pantun aku…J






baru aku teringat…selamanya aku akan ingat..


Alhamdulillah,aku bersyukur sangat dengan ibubapa ku..


Dengan siapa IBUBAPA KU,,,IBUBAPA KU,,IBUBAPAKU….






Apa yang aku rasa ini aku mahu share ,mungkin kita ada jodoh perasaan yang sama …






Kata kata ibubapa sewaktu kita berjauhan hanya telefon menjadi perantara menjadi ketenangan


Kata kata ibubapa ne ada powernya sendiri…


Apalagi bila ibubapa mula berkata kata mengenai agama..


Bukan untuk anak anak buahnya,tapi untuk anak anak kandungnya…


Bukan untuk menunjukkan ibubapa alim/baik/bagus dalam bab bab agama..


Tapi ibubapa sedar melalui kata kata itulah satu didikan kepada mereka yang sayangi..


Mak pak..thanks dengan tazkirah mu..sayangnya aku pada anda..










Erm perkataan “TAZKIRAH” saat mula mula my mum sebut perkataan ini ,mulutnya seakan akan kelu tapi berusaha untuk sebut..


“waaaa…sebaknya aku time tue ,macam aku mau menangis,but mak!thanks for the advise…”






Itulah ,bilang mama saya..@ makcik korang semua ne..


“semua orang akan berubah ,jangan pandang negatife pada manusia yang jajal(nakal_.,jangan di hina manusia yang tak solat ,kerna satu hari dia kan solat ,jangan di herdik mereka yang tak tutup aurat ,satu hari nanti,pakai gak tudung tue,,manusia akan berubah dan kita jangan pernah “PERASAN BAIKKKKKK”..






Na,pedas ka ??memang korang tak terasa kan,sebab korang tak sayang mama saya..hehe


So aku ada request ne..


BOLEHKAN KAMU SAYANG MAMA NGAN BAPA AKU MACAM KAMU SAYANG YOUR PARENTS??


BOLEHKAN KAMU DOAKAN KESIHATAN UNTUK MY PARENTS ,MACAM DOA KAMU UNTUK YOUR PARENTS..






BOLEHKAN ??BOLEH??BOLEH??boleh la ya…..my mum and my dad also you all punya mama dan bapa..>< kita kan bersaudara…hehhe..










Ok.kita mahu balas pengorbanan ibubapa…amatlah tiada tandingan..


Walau kau gadaikan dengan air mata mu masih tiada nilai


Walau kau hamparkan intan permata masih tiada tara


Walau kau siulkan dengan kemewahan segala


Tiada yang mampu menandinginya,kerna itu semua hanya materialistic!~_^






Kau mahu tau kah ??


Apa yang mampu kau lakukan??hanya doa bha ..hanya doa…hanya doa..


Ibubapa mu bukan membesarkan mu dengan materialistic,tapi dengan dasar KASIH SAYANG..


Maka apa kah perbezaan antara kasih sayang dan harta kebendaan??


HARTA KEBENDAAN hanya mampu menyentuh tubuh ,hanya menyentuh luaran fizikal..


Tapi kalau kau mahu tahu..


KASIH SAYANg menyentuh hingga ke jwa sehingga mampu mengetuk hati yang keras menjadi lembut ,sehngga menyatukan dua jiwa menjadi satu sehingga itu…betapa hebatnya KASIH SAYANG.










Iya memang tidak di nafikan ,HARTA BENDA itu penting..TAPI INGAT ASASNYA IALAH KASIH SAYANG..






Berdasarkan pengalaman aku ,seorang ibu tidak akan membiarkan anaknya memakai baju yang comot ,si ibu pasti ingin melihat ibunya juga memakai pakaian yang baru…


Si ayah tidak mungkin membiarkan anaknya kekosongan duit apabila berjalan jauh,pasti si ayah akan berusaha untuk menjual segala,,,hatta LEMBU??aik lembu??keluar tajuk da ne..biarlah ini maksud tersirat~_^only me and my family can understand about its.






Bila aku nilai ..PAKAIAN adalah materialistic , duit juga kategori materialistic..


Tapi pemangku kepadanya ialah KASIH SAYANG..


Mak ,pak..i tidak memerlukan lebihan materialistic,hanya KASIH SAYANG lebihkan lah ya mak pak..~_^.






Ok lah..its just my sharing with you all...


>if you want to cry to day ,please tell your mum and dad,,because their advise is more useful…”


..


~_^ style pelayaran hidup azamku alfateh..kita tidak mungkin sama.:P






“dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “wahai tuhanku !sayangilah keduannya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil “


SURAH AL –ISRA AYAT 24.












Sunday, July 8, 2012

Mukamu berlumpur endak pa jugak…kalau hati mu???


Assalammualaikum w.b.t dan salam kecintaan yang insyaALLAH sentiasa teguh dalam tali kasih sayang kernaNYA..selawat dan salam pada Nabi Muhammad SAW..rasul kecintaan umat semuanya…
angin pergi tanpa khabar..burung berkicau terus sepi di waktu senja...mentari bersenbunyi di kala malam..masa. ya.masa kayu pengukurnya....



Sebelum terus masa berlalu tanpa menoleh kembali ..mari kita bermuhasabah sebentar jak…
Tapi mostly ne lebih untuk diri si penulis..tapi tiada salah jugak bha kan mahu share dengan kamu semua…(ne bha nama nya loghat sabah..bule kau cuba cakap)?
Then back to the main point…
Rasanya bukan setakat muhasabah diri..tapi sendiri bule nilai apa suda aku buat dengan hidup..na,,ngam bai ne…ne pa yang mahu di sampaikan….

CUBA FIKIR!
Akan segala silap ,akan segala silap
Akan segala silap yang telah kita lakukan…….
Senaraikan semenjak anda dari bayi sehingga kini ..
Dapat lagi kau ingat..mustahil tidak….MELAINKAN DIRI SUDAH BERJINAK SANGAT SELESA SANGAT DENGAN SEGLAA MACAM DOSA KESALAHAN DAN SEWAKTU…


Anda berusia?? Dalam jangka waktu  ini apakah dosa yang diri sendiri tengah lakukan?
Dalam detik 5 minit yang lalu…..
Rasa rasanya apa??
Apakah silap?
Dan apakah kesalahan  sebagai manusia..sebagai hamba ALLAH yan sentiasa kita lakukan…
Apa dosa??
Apakah silap yang sukar untuk kita lepaskan??
Apakah kemaksiatan yang telah menimbunkan jutaan dosa yang telah menaikkan saham dosa kita yang sukar kita lepaskan??
Apakah kesalahan yang sukar untuk lupakan sehingga setiap kali kita bertekad untuk tidak mengulanginya NAMUN TERUS BERMAHARAJALEL DALAM DIRI??SEHINGGA DI DORONG DENGAN hawa nafsu yang tidak tahu malu sehingga didorong dengan pemikiran yang kadang kadang kosong dan tidak di sertakan rasa malu kepada ALLAH??

Apakah silap yang sering kita lakukan ??kesalahan yang acap kali di lakukan begitu megah sekali ..sehingga lupa ALLAH sentiasa  mengawasi???


AKU MAHU TANYA BHA Ne untuk diri ku..
Azam:  kau endak malukah dengan ALLAH time kau buat silap??napa suka sangat koe ne buat silap??napa kau ingat kau jamin sudah masuk syurga..napa sangat kau suka jadi si syaitan /iblis segala macam sewaktu dengannya sebagai kawan mu??napa??????????????!!!!!!!!!(TENGAH MOOD MARAHKAN DIRI SENDIRI)..

APA??????????????????????????
Apa?
APAAAAAAAAAAAAA??

Dan APA?





SENARAIKAN NYA SEKARANG!
NAMA :
UMUR :
DOSA  ANDA..
BAHAGIKAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAM..
1.       DOSA KEPADA ALLAH
2.       DOSA KEPADA MANUSIA
3.       DOA KEPADA ALAM
4.       DOSA PADA DIRI SENDIRI..
5.       ANDA CUBA BAYANGKAN

SENARAIKAN JUGA
DOSA YANG BEGITU DEGIL UNTUK DI HAPUSKAN!!



SEKARANG ..CUBA KITA DUDUK DIAM….
Sekarang kita cuba  analisis keadaan kita..
Kita analisiskan hati kita..
Wajahnya ??wajah hati kita??
Berkerumun dengan palitan lumpur dosa  yang  busuk sekali…


ALLAH.,…
Semua ini tidak akan terjadi
Sekiranya sYAitan punya bisikan nie KITA TAK IKUT!!!!!!!!!!!!!!!
IYA LAH..SENANG KAN CAKAP  SENANG JER NAK TULIS..BILA NAK PRAKTIKKAN SUSAH..


JAP2X..JANAGN PIKIR GITU !
SELALU KITA DENGAR….

                                                                                                                                                                                         “ maka apabila engkau  ( Muhammad ) hendak membaca  Al Quran ,,,,,,,,,,,,,mohonlah perlindungan kpd Allah dari setan yang terkutuk..”
SURAH AN-Nahl ayat 98

SEMAKIN D TENTANG..SEMAKIN IA KUAT MENGUASAI JIWA…
TAPI SEDARILAH NAFSU INI AKAN MUDAH D TUNDUKKAN DENGAN..
DENGAN ILMU…

Nah..jangan risau..di saat diri merasakan sedang di hasut dengan panggilan syaitan ne, cepat cepat kita BERHUBUNG dengan ALLAH..caranya ZIKIR TERUS NAK…
Sebab itu kita di anjurkan untuk sentiasa berzikir….

Kemudian Allah SWT tunjukkan pada kita dalam ayat seterusnya….

“ Sungguh setan itu tdk berpengaruh terhdp orng yng beriman dan bertawakal kpd Tuhan “…

Nah,kau dan aku kena yakin ALLAH sentiasa bersama sama dengan kita..tapi at the same time make sure KITA SENTIASA INGAT DENGAN ALLAH…




Di sewaktu kita mahu belajar..tiba2x la pula ada  GODAAN
DI Waktu nak solat pun ada godaan
Di waktu segala galanya kita hendak mencari ketenangan pasti ada godaan
Dan inilah yang kita namakan sebagai kuasa HAWA NAFSU….mungkin ada nama yang lebih sesuai ..tapi takat ini merasakan itulah dia nama yang berlegar diruangan  hati…

Iya memng benar untuk kita mendapatkan  SYURGA itu tidak mungkin senang kerna SYAITAN dengan janjinya akan berusaha untuk menarik kita di jalan nya yang begitu menyimpang sekali…


THEN ,,,cuba kita Tanya…..
Kita suka ka pada yang berbau busuk
suka kah pada yang bernanah hijau berlendir berhanyir segala,,,
adui na..belum lagi yang bergiuk(maksudnya ada ULAT )
Dan sewaktu dengan nya..
KAU MAHUKAN?
Semua tak nak kan..
Tapi itulah yang di kejar
Itulah yang di buat
Itulah yang di KERJAKAN
ITYLAH YANG KAU MAHU KAN ..ITULAH DIA..
Kau tahu macam mana kau bule dapat begitu ….begitulah keadaan jiwa hati kita tatkala dosa menyelimuti dalaman jiawa kita..CUBA Tanya DIRI ..
“KAU TIDAK KESIAN KAH PADA DIRI MU?”
Istigfar sikit sayang….



Azamku alfateh menyeru terutamanya penulis tika ini untuk muhasabah diri..
“wui nak..PA SUDAH KAU BUAT DENGAN HIDUP MU NIE SELAMA NE???suka sangat dengan dosa??KAU TINGUK DIRI MU mahu cakap  CANTIK endak jugak..TAPI CUKUP SEMPURNA..MAU CAKAP HANDSOME..X JUGA ..TAPI OKLAH..TAPI LAGI TERUK..SUDAHLAH TIADA APA APA..SEKALI TINGUK DOSA BHA..ADUYAI..BANYAKNYA ENDAK TERKIRA..BHA NAK KAU SEDAR DIRI LAH SIKIT…”
ALLAH….
Bantulah aku melawan segala keinginan ku untuk melakukan dosa dan menghampiri maksiat…ALLAH,,bantulah aku…

Amiin…

Sebagai penutup kata..
“hati yang lalai menjadi hijab untuk mendapat kan nur ALLAH “…


>copypaste pelayaran hidup azamku alfateh<

Friday, June 15, 2012

Subject universitie,subject kehidupan…

Subject universitie,subject kehidupan…

Assalammualaikum wb.t. dan salam kasih sayang antara kita yang masih ingin berpaut serta berpaksikan kepada satu arah tuju yang sama ,tanpa mengubah sedikit pun latitude mahupun longitude arah kompas cinta melainkan kepada ALLAH swt …insyaALLAH.

Hati seakan akan menangis
Jiwa seakan akan tiada kata
Mungkin saat ini
Kerinduan terhadap kampung halaman  nan kehijauan
Menebal
Secebis cinta ku layangkan kepada mereka..
IBUBAPA
KELUARGA ..


Namun  kerinduan terhadap rumah
Kecintaan yang bersembunyi dari dasar hati
Melihat dari jauh
Mengintai dengan perasaan yang kuat
Harus di pangkas hingga haus
Lantaran
Musim berbulan madu exam final
Untuk pelajar universities…..


Hari pertama ,subject English menjadi saksi kecintaan ku
Seterusnya bertandang BIOCHEMISTRY AND MICROBIOLOGY mengajar erti kehidupan
Yang tersembunyi di sebalik kehidupan manusia
Terselit kehidupan microorganisms
Yang bertatih mengenal erti hidup


Kemudian menyapa pula SUBECT HUBUNGAN ETNIK.
Sehingga disini mengenal arti kehidupan manusia yang berbeza ras

Kemudian menyelusuri jambatan masa dengan menemukan subject GENETIC
Hingga kini baru ku sadar siapa aku..
Complete dengan process translation…
Alhamdulillah
Mutation dalam gene tidak berlaku




Kemudian aku mengenal arti kewangan
FUNDAMENTAL OF ENTREPENUER
Kita akan hargai wang syiling berharga 5 sen
Kerna dari 5 sen ini
Jika kau kumpul pasti mendapat seringgit
Dari seringgit ini kau kumpul dapat sejuta
Betapa berharganya nilai yag kecil


Akhir segala perhitungan akan di hentikan bila
Aku akan berjuang di paper paling last
CALCULUS
Mungkin di saddle point kehidupan untuk semester ini aku tempuhi
Di hiasi dengan minimum dan maximum coretan kisah ku..
insyaALLAH mana yang buruk akan diintgregationkna
mana yang silp akan ku differentiatekan…
doakan ya..


sekian….
Honestly ….
Alhamdulillah ya ALLAH….
ENGKAU MERANCANG SEGALANYA
TIADA DAYA IU MELAKUKAN SESUaTU KERJA TNPA IZIN MU

Im al ready and going sit for another paper …..
Doakan azam dalam doa mu.. ya sahabat2x..sayang kalian
Bukan kerna engkau cantik
Bukan kerna kau macho..
Tapi kerna kau insane yang aku cintai kerna ALLH SWT..


>copy paste pelayaran kehidupan azamku alfateh<.

kita hamba berdosa..bertaubat lah...





Sunday, June 10, 2012

Dari lense kamera hati….

Assalammualaikum dan salam kebahagian kepada kasih persaudaraan yang bersulamkan cinta kerna ALLAH. Disaat ini kita bertunjangkan satu jiwa akidah yang semarak nan begitu gagah di hati insan iaitu ISLAM..alhamdulillah..

Dari lense kamera hati memaparkan kasih cinta cinta penyesalan perbuatan yang serig kali menimbulkan kekesalan dan rasa malu akan kesilapan dan kesalahan yang telah sering kali di lakukan satu saat yang lalu hingga berterusan..sayu hati melihat kepada seksanya batin melaksanakan dosa yang zahiriah dan batiniah….:(

Siapa kita di dunia ini??
Berlagak seperti seorang yang tinggi kuasanya..
Pikiran itu silap sama sekali..

Siapakah kita didunia Ini?
Berlagak seperti seorang yang bias melumpuhkan dan membinasakan jiwa yang lain
Pikran itu silap sama sekal..

Siapakah kita didunia ini??
Berlagak seerti serang yang mempunyai segala galanya..
Pikiran itu silap sama sekali..


Dan akhir sekali..
Siapa kita didunia ini??
Kita hamba seorang hamba manusia yang lemah…
Yang tiada daya untuk melaksanakan apa apa melainkan izinNYA…
Yang tiada daya untuk memikirkan apa aoa melainkan izinNYA
Yang tiada daya untuk mendengar apa apa melainkan iziNYA..

Tapi..seringkali masa itu membuatkan mu leka..
Menyangka kau hebat di dunia
Penuh dengan satu senyuman kejahatan yang mewarnai kalbu.
Adui sadisnya==!
Seakan akan diriku…



Berhak nya dan berlagaknya memarahi insan lemah…

Sebelum tangan terus  di gerakkan oleh ALLAH
Sejuta penyesalan
Sejuta kemaafan ingin diluahkan kepada ALLAH
Atas kejahilan
Seribu kemaafan kepada mereka yang bernama manusia
Menjadi mangsa dan menjadi manusia yan bertuah
Menyaksikan
Buruknya muka hamba ini bila memarahi dengan tanpa sebab…
Maafkan ya sahabat- sahabt,
Kawan kawan
Kakak kakak
Adik adik
Abang abang…

Hanya kerna ego yang melampau
Hanya kerna nafsu yang menyemarakkan
Melemparkan kan kemarahan yang  tiada faedah
Seakan akan aku yang berkuasa
Padahal aku la paling hina…

Maafkan ya..

Lumrah kehidupan menyaksikan pelbagai episode episode suka duka yang bersilih ganti
Yang  terus menyergah perjalanan sebagai manusia sepaerti pelbagai yang pasti muncul setelah hujan
Seperti mebun di pagi hari menceriakan si sang rumput hijau
Di temani dengan sang belalang yang manja menyesluri dan bermain di samping nya
Seperti nadi yang terus berdenyut membawa kepada satu arah hembusan detik hidup
Dan seperti mata yang berkelip bila di sapa oleh habuk..

Bila di tinjau sewaktu kita marah..
Apakah yang terlintas sebenarnya??
Adakah kerna kita ini memang betul betul marah??
Adakah kerna kita berlagak marah?
Adakah kerna kita saja saja marah?
Adakah kerna kita memang punya mood pemarah?
Adakah kerna ada sidia si situ untuk membuktikan kita ini MACHO/SWEET time marah?
Adakah kerna memang suka orang tengok kita ini pemarah?
Adakah kerna ?
Adakah kerna?
Adakah kerna??
Kita tidak mampu untuk melawan hawa nafs marah kita?????
Semanya ada di tangan pembaca
Jika marah
Biarlah marah kerna sesuatu yang perlu d tegah
Pekara yang mampu membawa kemudaratan kepada diri ,masyarakat dan negara..
Jika setakat marah yang tanpa bersebab
Sila berhati hati
Kerna itu hanya sia sia
Kerna SILA NANTIKAN
KEMARAHAN SERTA KEBENCIAN YANG MELUAP DARI PADA ORANG RAMAI  KEPADA ANDA !
WHAT WE GIVE ,WE GET BACK!!




Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan JANGANLAH KAMU MELAMPAUI BATAS (PADA APA YANG TELAH DITETAPKAN HALALNYA ITU); KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG MELAMPAUI BATAS.
Surah AlMaa’idah. Ayat 087.







Sekian..dari lense mata hati…

>copy paste dari pelayaran hidup azamku al –fateh<.



Thursday, June 7, 2012

“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”


SAUDAH BINTI ZAM’AH R.HA.
“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”

            Saudah binti Zam’ah, beliaulah insan yang menemani Rasulullah SAW di kamar selepas pemergian kekasih Baginda, Khadijah al-Khuwailid. Meskipun kedudukan dan ketinggian Khadijah di hati Nabi tak mampu ditandingi oleh sesiapapun, namun Saudah ternyata bertuah kerana menjadi salah seorang wanita pilihan Allah SWT untuk meneguk langsung cinta Nabi.

Beliau digambarkan seorang wanita yang tua, uzur dan gemuk ketika menjadi isteri Nabi. Namun, seunggul, sejelita dan seindah manapun wanita pada zaman ini tetap tak akan mampu menandingi walau secebis kemuliaan Saudah sebagai isteri Nabi. Bukankah jelas pernikahan Rasulullah ini kerana kepentingan agama, bukannya nafsu?!

Mari Berkenalan

Saudah binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams bin Abdud berasal daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Puteri kepada wanita bernama Syumush binti Qais bin Zaid bin Amr daripada Bani Najjar.
Pernah bersuamikan Sakran bin Amr, saudara Suhail bin Amr al-Amiri.

Golongan Paling Awal Menyahut Panggilan Fitrah

Ajaran Islam yang cocok dengan kesucian fitrah, kemuliaan akhlak dan kebersihan hati tidak teragak-agak untuk diterima oleh mereka yang memiliki kualiti hati yang istimewa. Golongan yang awal memeluk Islam dimuliakan Allah dengan gelaran as-saabiquunal awwalun. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“orang-orang yang awal (masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda dengan mereka dan merekapun reda kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100).
Salah seorang daripada mereka ialah suami Saudah, Sakran bin Amr. Iman yang meresapi segenap jiwanya terasa indah. Beliau lantas memimpin isteri tercinta, Saudah binti Zam’ah untuk sama-sama hidup di bawah kemuliaan tauhid.

Menyaksikan Suami Disiksa

            Pengaruh Islam semakin tersebar di Makkah. Ajaran Muhamad semakin berkesan di hati.  Mengamuklah orang-orang kafir Quraisy. Golongan miskin dan lemah diseret dan disiksa tanpa belas kasihan.
Mengalir air mata Saudah tatkala melihat suaminya Sakran disentap, dipukul dan dibiarkan kelaparan dan kehausan. Namun begitu, imannya tidak goyah. Dia tetap teguh ingin bersama agama Muhammad SAW.
Seperit mana kesedihan Saudah, perit lagi kesedihan Rasulullah SAW tatkala melihat umat yang dicintai menerima penyiksaan sezalim itu. Ketika itu baginda dilindungi oleh pengaruh bapa saudaranya, Abu Talib dan isterinya yang bangsawan, Khadijah. Islam yang masih dalam fasa kelemahan ketika itu tidak memampukan baginda untuk bangkit membela mereka yang teraniaya.
Rasulullah SAW akhirnya menyuruh sahabat-sahabat yang teraniaya agar berpindah ke Habsyah dan minta perlindungan daripada Raja Najasyi sehinggalah Allah membebaskan mereka semua daripada penderitaan ini. Saudah dan suaminya menyahut Sarranan ini. Mereka berlindung di Habsyah dan meniti hari yang tenang di bawah naungan iman.
Setenang manapun berada di tempat orang, tetap tak seindah berada di tanah air sendiri, tanah kelahiran seorang Nabi. Begitulah yang dirasakan oleh orang-orang Islam di Habsyah. Mereka kembali ke Makkah pada saat dakwah Islam masih hebat ditentang.
Penderitaan Saudah tak tertanggung lagi apabila suaminya dipanggil pulang menemui Ilahi. Sakran meninggal dunia di Makkah. Saudah memujuk diri bahawa kasih sayang Allah lebih besar berbanding kasih sayang suami terhadapnya. Wujudkah pengganti yang lebih baik untuk menempati tempat Sakran di hati? Saudah bingung sendiri.

Dilamar Lelaki Terbaik di Dunia

Saudah masih berendam air mata kerana ditinggalkan suami. Rasulullah SAW ketika itu juga dalam kesedihan kerana ditinggalkan isteri, Khadijah al-Khuwailid. Saudah mengetahui tingginya kedudukan Khadijah buat Nabi di dunia dan di akhirat.
Setelah pemergian Khadijah, tiada sahabat yang berani mencalonkan sesiapa untuk Rasulullah kerana mereka percaya tiada wanita sebaik Khadijah yang layak menemani Nabi. Hadirlah seorang sahabat wanita bernama Khaulah binti Hakim untuk menyenangkan hati Nabi dengan berbicara soal pernikahan.
Berkata Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Uthman bin Mazh’un,
 “Wahai Rasulullah, tak nak kahwin lagi ke?”
Rasulullah bertanya semula,
“Dengan siapa?”
“Terpulanglah. Ada gadis dan ada janda,” jawab Khaulah.
“Jika gadis, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah.
“Puteri orang yang paling engkau cintai, Aisyah binti Abu Bakr,” jawab Khaulah. Rasulullah teringat akan mimpi-mimpinya yang dibawa oleh Jibril tentang gadis di balik selendang sutera iaitu Aisyah. Namun, Aisyah masih lagi seorang anak kecil ketika itu. Apapun, Aisyahlah gadis pertama yang hadir dalam impian Rasulullah selepas kewafatan Khadijah kerana diilhamkan sendiri oleh Allah SWT. Tidak hairanlah cinta baginda kepada Aisyah amat menebal. Yang pertama selalunya istimewa! Apatah lagi jika yang pertama itu beragama.
“Jika janda, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah lagi.
“Saudah binti Zam’ah. Dia telah beriman kepadamu dan mengikut ajaran agamamu,” jawab Khaulah.  Rasulullah dapat menyelami betapa deritanya Saudah dikelilingi tekanan yang menyesakkan iman dan diuji pula dengan kematian suami. Rasulullah sangat simpati kepadanya. Ada keserasian dalam bentuk ujian, masing-masing ditinggalkan pendamping tercinta.
“Kalau begitu, pergilah dan sampaikan pinanganku kepada mereka berdua,” kata Rasulullah SAW. (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaaid, no. 15285, “Hadis ini diriwayatkan oleh At-Thabrani. Para perawinya adalah perawi kitab As-Sahih, kecuali Muhammad bin Amr bin Alqamah. Ia dinyatakan hasanul hadis.”)
Dalam riwayat Ahmad, dinyatakan bahawa Khaulah segera menemui Saudah dan ayahnya, Zam’ah. Ketika itu, Zam’ah sudah lanjut usia dan tidak dapat lagi menunaikan haji. Khaulah berkias,
“Kebaikan dan kebahagian seperti apakah ini yang telah Allah anugerahkan kepada kalian?”
Saudah berkerut kehairanan,
“Apa maksudmu?” Tanya Saudah.
Khaulah lantas menyampaikan berita gembira,
“Rasulullah SAW mengirimku untuk menemuimu dan menyampaikan lamarannya kepadamu.”
Hati Saudah berbunga-bunga lantas tumpahlah air mata keharuan. Tidak pernah terbayang baginya untuk mendapat kemuliaan sedemikian rupa. Ketika usianya sudah agak lanjut dan mempunyai susuk badan yang gemuk dan tidak menarik, masih ada yang sudi menyuntingnya. Apatah lagi lelaki itu ialah lelaki paling agung di muka bumi. Sudah tentu lelaki bernama Muhammad bin Abdullah jauh lebih mulia berbanding Sakran.
Saudah lantas menerima walaupun sedar Rasulullah melamarnya semata-mata atas dasar kasihan. Setelah menerima restu ayah, datanglah Rasulullah kepada Saudah, melangsungkan akad nikah dengan mahar berjumlah 400 dirham. (Rujuk Majma’uz Zawaid, no. 15786).

Cara Saudah Mengikat Hati Suami Terhadapnya

Saudah menjadi wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah kewafatan Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya isteri yang menemani hidup Nabi selama tiga tahun sebelum hadirnya Aisyah. Di saat kita pada hari ini berangan-angan ingin bermimpikan Rasulullah, Saudah dapat tidur di sisi Nabi dan berbincang-bincang dengannya. Bukankah Saudah sangat bertuah?
Meskipun Saudah sedar siapalah dirinya berbanding Khadijah namun beliau sentiasa berusaha keras menjadi isteri yang terbaik buat Nabi. Beliau menceritakan saat-saat getir menghadapi tekanan-tekanan kaum musyrikin sehingga memancing  simpati Nabi terhadapnya.
Beliau juga menceritakan hari-hari yang dilalui oleh puteri baginda Ruqayyah bersama suaminya, Utsman bin Affan selama tinggal di Habsyah. Ketika itu Ruqayyah dan Ustman masih menetap di Habsyah dan Rasulullah amat rindu kepada mereka. Saudah sedar Rasulullah amat senang mendengar berita tentang puterinya yang tersayang membuatkan Saudah rajin bercerita tentangnya.

Hijrah Kedua

Kekejaman musyrikin di Madinah memaksa orang-orang Islam berhijrah ke Madinah dengan izin Allah SWT. Setelah sebahagian besar sahabat berhijrah ke Madinah, Rasulullah menyusul hijrah mereka. Kemudian baginda mengutuskan Zaid bersama pelayannya, Abu Rafi’ untuk menjemput wanita-wanita kesayangan Nabi ikut berhijrah. Bersama dua ekor unta dan wang 500 dirham, mereka menjemput Fatimah, Ummu Kulthum, Saudah binti Zam’ah, Ummu Aiman dan Usamah bin Zaid. (At-Tabaqaat, Ibnu Saad, vol.1, hlm. 237-238).
Saudah menetap di Madinah bersama Nabi SAW. Beliau reda apabila tak lama kemudian Rasulullah membina rumah tangga dengan Aisyah r.ha.  Beliau tahu ianya kehendak Allah untuk kebaikan umat Islam sejagat. Aisyah menyukai Saudah sehingga terdapat banyak kisah menarik antara mereka berdua.

Mengutamakan Aisyah Demi Merebut Simpati Nabi

Saudah sedar, psikologi Aisyah yang masih muda sudah tentu lebih memerlukan cinta dan kasih suami. Saudah juga tahu Aisyah adalah isteri yang paling dicintai Nabi setelah Khadijah. Demi menyenangkan hati Nabi, beliau dengan setulus hati sanggup menghadiahkan hari gilirannya kepada Aisyah. Lagipun beliau sudah semakin tua dan uzur.
Rasulullah SAW pernah berniat menceraikan Saudah kerana berlaku adil amatlah payah. Perlukan kerja keras. Namun Saudah takut tidak terpilih menjadi isteri Nabi di akhirat maka beliaupun merayu,
“Biarkan dinda terus  menjadi isterimu. Demi Allah! Dinda tidak akan menuntut sebagaimana isteri-isterimu yang lain. Namun dinda ingin dibangkitkan Allah menjadi isterimu kelak di hari kiamat.”
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
“Wahai Rasulullah, dinda hendak memberikan hari giliran dinda kepada Aisyah.”
Rasulullah lantas menerimanya.
Aisyah menyanjungi Saudah. Beliau berkata,
“Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa.”
Malah, Aisyah begitu cemburu dengan kesegeraan Saudah dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Malah Saudah sentiasa berusaha menunjukkan ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Selain itu, Saudah sangat dermawan dan murah hati.

Kenangan Terindah

Pertanyaan Saudah kepada Rasulullah SAW pada suatu hari pernah mendapat jawapan daripada tujuh petala langit. Ia berkenaan tentang isteri Rasulullah ingin keluar rumah selama ada keperluan. Hal ini meninggalkan kenangan terindah buatnya. Masakan tidak, Allah menurunkan wahyu untuk merungkaikan masalah yang sama hingga hari kiamat.
Aisyah r.a menuturkan, “Saudah binti Zam’ah pernah keluar rumah pada malam hari. Umar melihatnya dan segera mengenalnya, maka ia berkata, “Demi Allah! Kau pasti Saudah. Kami sudah mengenalmu.” Saudah merasa tidak sedap hati sehingga dia segera menemui Rasulullah SAW  yang saat itu sedang makan malam di rumahku dan tangannya sedang memegang tulang yang nyaris habis dagingnya. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan wahyu yang membenarkan tindakan Saudah. Rasulullah SAW berkata, “Allah telah mengizinkan kalian keluar rumah selama ada keperluan.” (Muttafaqun Alaih).
Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Di akhir masa pemerintahan Umar RA, bonda kita Saudah menutup mata untuk selamanya


alhamdulillah..best baca kan?hehe sumberna d ambil dari blog ustazah fatima syarha:)

Sunday, June 3, 2012

cintaNYA datang bersama Tudung ITU

SILAKAN PAKAI TUDUNG LABUH!



Sambil memandang katil yang memujuk untuk aku berteman dengan nya, aku duduk sebentar  di atas kerusi meja tempat ku belajar. Sambil memandang almari kesayangan yang aku cintai dan kenali semenjak aku masuk ke kampus baru ini. Pikiran ku terpaku dengan suasana bilikku. Ya kehidupan sebagai pelajar asrama , akan lali dan berlagu kehidupan dengan bertemankan sang almari , senyuman katil yang kadang kadang mencuit hati di saat aku ingin beljar dan juga meja yang menjadi saksi aku menyelongkar buku.
Tiba tiba pikiran ku melayang , setinggi burung di angkasa , sedalam lautan dalaman yang diciptkanNYA..semanis kuntuman bunga yang dilemparkan …kepada  sesuatu yang tidak pernah aku bayangkan , sesuatu yang menjadi titik tolak untuk aku tba tiba berubah untuk ingin rangkus mencari cintaNYA.
TUDUNG LABUH!!.




Aku mengenali si tudung labuh  ini sewaktu aku berada di matrikulasi. Ya ,aku akui sebagai remaja yang tengah cuak meningkat usia punyai laman sifat keremajaan  ingin enjoy ,,ingin enjoy..ingin enjoy?? Yang kadang kadang membawa kepada sesuatu yang speechless==!.ok .enjoylah sangat kan..padahal korang rasa enjoy sangat kah dengan dunia ini??erm nothing special dengan enjoy dunia , kalau akhiat kita plak yang menangis..ne aku cakap ngan diri aku..korang terasa??ne tuk korang juga, sebab aku sayang dengan korang semua ne, aku nak kita semua jumpa di syurga, nak tak??insyaALLAH.

Sebelum aku berkenalan dengan si tudung labuh , hidup aku sempoi ,,hidup aku macam best..hidup aku macam budak budak yang hidup di dunia ,,tahu ingin ke sekolah , membaca buku untuk exam , bergelak ketawa dengan bukan  muhrinmya..dan suka dengan dunia. .dan banyak lagi,,yang sewaktu dengannya..

Kerna jiwa ku remaja di saat aku dalam kealpaan , aku pernah menyimpan dendam! Benci! Dan sewaktunya dengan tudung labuh ne. erm..sebab???aku pun tidak tahu. Alhamdulillah , aku mempunyai dua orang kakak yang tetap sabar dengan karenah aku. Suatu hari , aku bertanya kepada kedua dua kakak ku dengan perasaan sombong..
“kenapa pakai tudung labuh ??aku rimas lah tengok kakak pakai tudng labuh. Sudahlah panas, tak de stail langsung.. tiada fesyen..hahaha”..
Ya ALLAH. JAHILNYA AKU.MACAM AKU MAHU NANGIS.KERASNYA HATIKU..
istigfar sebentar aku teringat kata kata ini.
Dengan tenang kakak- kakakku menjawab..
“satu hari nanti , kamu akan dapat juga jawapannya “..
Mendengar jawapan kakak ku yang kurang memuaskan hati , aku pun tertanya Tanya ..satu hari nanti??

YA SATU HARI NANTI! Kata kata ini yang telah aku simpan  selama 6 tahun. Akhirnya dengan izin ALLAH , ia menjelma jua….

Kalau urusan hari kiamat pun ALLAH TAHU.TIADA MUSTAHIL URUSAN DUNIA TIDAK DI KETAHUINYA. MAHA SUCI ALLAH.!!



Aku memandang  kea rah tudung labuh..
Kenapa akhirnya aku memilihmu..
Walaupun pernah satu saat aku merasakan engkau ini sungguh mnejengkelkan..
Walaupu pernah satu saat dulu aku pernah menyimpan hasrat tidak ingin berteman denganmu..


Dulu , aku selalu fikir ,,,
orang pakai tudung labuh ne ,
orang pura pura baik
Orang yang pura pura alim
Orang yang suka hukum kesalaham orang
Dan sewaktu dengannya..
Orang yang malu sangat UNTUK  kehadapan,.
0Rang yang tiada kebolehan
Sentiasa lemah
Sentiasa lemah
Dan sentiasa lemah..,…


SEMPITNYA PEMIKIRAN KU DI SAAT ITU==!

Ternyata peNdapat ku berbeza…
Semua andaianku salah!!
Semua sangkaan ku salah!!
Segala pikiran ku salah!!
Maaf ya!!!          


Aku mencari erti di sebalik tudng labuh ini..

Bila kita mencari ALLAH , ALLAH LAGI PANTAS MENCARI KITA..

Di saat aku inginkan sesuatu yang baru.sesuatu yang dapat menggembirakan jiwa…sesuatu yang penting hidupku….jelmaan hasrat tudung labuh datang menyerpa. Dengan izinnya!
Aku seakan akan ingin menaNgis…
 ALLAH masih sayAng dengan aku.walau satU  saat akulah hambaNYA yang sentiasa lupakanNYA..
Allah masih cinta ku walau satu saat akulah hambaNYA yang sentiasa lupakanNYA..

Allah hadiahkan aku cinta NYA..
Allah berikan kan keizinan MASA DAN TEMPAT untuk aku mulakan  hIDup baru …
Allah berikan aku jalan untuk aku mengenaliNYA..
Allah tidak tinggalkan aku.
Allah beri aku cara untuk aku mendekatiNYA..
Paling indah,,,
Allah berikan aku rasa cinta dengan tudung labuh..

Benarlah! Segala perasaan yang bermain dengan jiwa kita . ALLAH mengetahui…



Aku bukan mahu promote dENgan KALIAN  yang tenGAh mambAca ini untuk pakai tudung labuh,tapi aku nak seru dengan  KALIAN koraNg rugi sebEnArnya  rugi kalau KALIAN  tak pakai tudung labuh! Serius aku cakap. Aku dah pernah rasainya.erm lagi lagi rugi unuk KALIAN  yang pernah pakai tudung labuh .tapi tiba tiba plak tukar dengan tudung saji.
Setiap inci tubuh wanita itu punyai rahsia sendiri , maka harus di tutupi..

Ada apa  dengan tudung labuh???
Soalan ini aku pernah Tanya kepada diri aku.
1.benarlah tudung labuh ini bukan setakat mahu tutup aurat…tapi tutup juga sifat keburukan kita.
Tudung labuh ini menjadi penghalang untuk kita melakukan sesuatu yang tidak baik. Tudung labuh ini dalam diam menasihatkan kita untuk menjaga tingkah laku,,menjaga adab kita dan sifat kita.

2. benarlah tudung labuh ini..membuka jalan untuk tempis segala nasir anasir buruk baik dari gangguan yang mahram mahupun hawa nasu sendiri. Tudung labuh dapat melabuhkan rasa malu kepada mata mata laki laki yang suka memandang liar dengan wanita wanita dengan mengannggap wanita  dengan pelbagai andaian, terima aksih tudung labuh , MENYELMATKAN AKU DARI MATA MATA SYAITAN TUE!!!

3. benarlah. Tudung labuh dapat menginsafkan diri dengan kesalahan . andaian sekiranya kita suka melakukan dosa dan maksiat , kita akan berusaha untuk memperbaiki diri dan  cuba untuk menutupnya dengan rasa ingin taubat kita dengan ALLAH..

4, tudung labuh ini bukan setakat tudung labuh, tudung labuh tidak pernah menyatakan bahawa hanya pelajar dari sekolah agama saja yang layak untuk memakainya..

Tidak!!tudung labuh tidak memilih siapa pemakainya..Tudung labuh mendidik kita untuk sedar kita ne hamba yang lemah.



Dan banyak lagi. Nak tahu rahsianya.. alamilah seniDIRIi ,,SAHABAT  kan lagi rasa best!!!

Bila aku pkai tudung labuh ne ,,baru aku tahu paham sedikit demi sedikit..pasal diri aku..pasal hidup di dunia kalau nak lagi best..pasal betapa hausnya dan dahaganya aku terhadap pahala dan kenyang nya aku dengan dosa….pasal niatkan hidup kerana ALLAH…pasal keadaan sekeliling..kenapa begitu..kenapa begini,,kenapa tak boleh buat..dan sebagainya..tapi yang paling aku suka…

Bila aku mula belajar untuk mengenal erti cintaNYA..
Bila aku mula bersama sama dengan orang orang yang aku cintai berada dia atas jalanNYA..
Dan paling aku terasa terharu……
Bila aku berada di rumah,,,,,,,
Duduk sama sama baca Quran…
Bermulanya dengan IQRA….
Ya ALLAH manisnya hidup…..terima kasih..




Last word dari aku…untuk KALIAN  yang anggap negative DENGAN dengan orang pakai tudung labug,..
Janganlah seksa diri ,,seksa jiwa,,seksa hati..kita sama –sama hendak mencari CINTANYA….KALAU KALIAN SIMPAN SANGAT PERASAAN YANG TAK BAIK DALAM DIRI,CAMNA KITA HENDAK JUMPA DENGAN ALLAH.
Kita patut rasa ingin mencari cintanYA.

OK.SILAP DAN SALAH DALAM FIRST TRIAL CERITA HIDUP  terkasar bahasa…KU MAAF YA.



>copy paste pelayaran hidup azamku al fateh<.