Sunday, December 8, 2013

hidup...

 Diari 40 hari ku…last from my heart…
40 HARI.
Asslaammualaikum w.b.t dan slama kebahagiaan
Erm..hari ini catatan terbaru aku ,mungkin sekitar jam 5 lebih selepas asar..tpikir mengenai 40 hari sebelum hari datangnya malaikat izrail…
Bukan semua tahu bila ajal datang ,insyaALLAH bila da datAng ,saat itu kita da ready nak jumpa ALLAH..
Btw dalam masa 40 hari ini mampu kah menyediakan diri untuk berjumpa dengannNYA.
So ,,jum kita renungkan..jika kita tahu kita masih ada 40 hari ,confirm kita berusaha untuk menyediakan diri..forgot about dunia life ,perbaiki diri perbanyakkanbanyak ibadah..

“Menghulurkan setelus cinta….”
Hari ini ,selelpas asar ,baca surah juzuk ke 30 ,habis ayat ayat lazim ,sewaktu membacanya ,separuh badan terasa bergetar getar..huhuhuhu..
Andainya 40 hari ini ,aku tahu ajal aku dating….
Usah bersangka sangka ,tak kisah jika ajal kita datAng lambat lagi atau tidak ,jum kita start sudah perbaiki…
Maafkan orang ,senyum ,dan berusaha hamba NYA ..
=) adik ,thanks
“tika hati kata mati”..
Alhamdulillah ,tadi malam ,aku masih sempat solat jemaah solat isyak ^^





39 HARI.
Alhamdulillah ,ALLAH masih bagi lagi hidup 39 hari ini..
Sekarang nie tengah duduk di asrama ,hujan..ALLAH..hujan rahmat =)
Tadi ada adik Raihan datang bilik ,nak minta tolong jual nasi putih + ayam masak paprika..
Huhuhhu rasa kasihan kat adik tue ,so apsalahnya bantu..kami gelak gelak datang ke satu satu bilik menjual..huhu melihat raut wajah adik nie berusaha untuk emnjual membuat kan aku untuk rasa bersungguh sungguh pula .
Dear my adik raihan ,
Dulu kakak pernah baca…
“rezeki itu tersembunyi di tumit kaki” yang bermaksud ,jika kita tidak berusaha untuk keluar dan menggerakkan kaki ,maka rezeki mana mungkin datang dengan  mudah..ok.^^ cayok2x..

Catatan untuk hari ini ,nak bangun tahajud ..nak baca dan habiskan surah Al-Mulk..nak study ,esok hari ada ujian agribusiness..huhhuhu doakan aku ya..
Nak prepared borang muta’baah amal …
Wajib buat seharian
1.solat taubat
2.solat tahhajud
3.solat dhuha
4.baca Quran
5.sampaikan tazkirah walau sikit
6.hafal quran dan hadis
7.doakan ibubapa dan muslim di dunia
ALLAH…mampu kah aku meyediakan diri bila berjumpa denganMU..
Rasa nak mennagis waktu menulis saat ini ,Allah banyak dosaku….
=(
Hari ini jua aku cancelkan invitation aku jadi presenter untuk asean country untuk seed conference kat kl 10hb nie..huhuhu ,rasa sedih jua ,tapi insyaALLAH ALLAH gantikan sesuatu yang lebih baik ^^ aku yakin itu.
. p/s:esok akan jumpa adik adik usrah..huhu tak sabar…nak jumpa dengan mereka sebelum pergi..
Tadi teringat dengan arwah adik azem…=( rasa sedih..walaupun dia da pergi awl ,aku akan meyusul..dia sentiasa hidup dihati aku..

Aku rindu nak dengar kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabt..akurindukan mereka…
Tadi kelas arab…banyak perkataan yang aku tak tahu…
Erm ,minta maaf ya pada yang terasa hati dengan aku..rasa bersalah plak bila terkasar bahasa..
=( hari nie awal plak datang menstrual cycle ..selalu 7hb…takpe mungkin ada hikmahnya kot.
Esok  aku ada exam!!!doakan ya ^_~

Perkongsian hari ini,
Bilang imam as –syafie,
“ambik dakwat ,goreskan dengan mata pena dan tulis di kertas”
Begitulah ilmu..
Bila malas belajar…tanya diri
“kenapa ku malas belajar?”



Hari ke 37 hingga 35 *5hb-7hb
Alhamdulillah,dalam waktu ini ALLAH pertemukan aku dengan sahabat sahabat dari ketiga tiga kampus..mungkin ini adalah program terakhir kami..
Amat meninggalkan kisah yang amat mendalam dalam diri…syukran kepada ajk pelaksana..
Dalam program nie ,aku menjadi urusetia untuk kebajikan dan persegaran ,urus mengenai makanan penceramah ,peserta..buat air..potong kek.
Satu yang aku ingat
“usah biarkan airmata ini jatuh tanpa mengingatiNYA”.
ALLAH…..semoga ada keberkatan masa…nak belajar Quran..=(


No comments:

Post a Comment