Thursday, July 7, 2011

Pesanan Ustaz Aqil

tiba tiba terpikir juga.....



Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.

Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.

Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.

Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,

ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.

Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.

Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.

Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

Semua nak tunjuk kuat.

Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

Tapi hidup pula yang melarat.

Tali kasut dah tak berikat.

Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.

Suka pakai baju ketat.

Suka sangat menunjukkan pusat.

Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.

Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat.

Bila berjumpa, tangan berjabat.

Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.

Usah takut Allah dan malaikat.

Yang penting apa kita nak buat?

Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah

pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata

tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

Marilah kita pakat mengingat,

Bahawa dunia hari ini makin singkat,

Esok atau lusa mungkin kiamat,

Sampai masa kita semua akan berangkat! .

Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat... ?

Zaman muda mu, apa yang telah mu buat... ?

Harta benda anta, dari mana anta dapat... ?

Ilmu anta, adakah anta manafaat... ?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan

maksiat dan memperbanyakkan ibadat.....








*sebagai perkongsian bersama .~~
sumber:ana copy paste dr laptop.

Tuesday, July 5, 2011

KEUnikan JARI


 "Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna".Surah al-Qiyamah;3-4

 Alhamdulillah,sebentar tadi sudah pasti sahabt sekalian telah menggunakan nikmat Jari yang telah d kurniakan oleh ALLAH SWT..kerna mana mungkin sahabat2 sekalian dpt membaca dan sampai ke blog ana.alhamdulillah^^.
Ana mau berkongsi dengan antum semua mengenai jari kita.sekiranya sahabat2 sekalian mempunyai pandangan atau respon boleh la berkongsi dengan ana d ruangan komen.~`
Maha Bijaksana ALLAH ,yang telah menciptakan kita dengan sebaik-baiknya..firman ALLAH .”SESUNGGUHNYA TELAH KAMI CIPTAKAN MANUSIA DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN”
Begitu telitinya penciptaan ALLAH ,sehingga penciptaan jari ini.ana ingin sahabat2 sekalian bayangkan kalau nikmat jari ini ALLAH katakn,”kun fa yakun”..sudah tentu ,kita mengalami pelbagai m,asalah,even  kalau jari kita tersepit,atau terluka,pasti pedih yang terasa kan,na..inikan pula apabila,bila nikmat ini d tarik.dpt sahabat bayangkan??
Sepuluh jari yang dikurniakan ini telah membolehkan ana berkongsi segala yang ana ingin sampaikan samaada dari lubuk hati atau perkongsian.di sini terbukti betapa pentingnya dan bergunanya jari ini kpd ana.terima kasih ya ALLAH...

1.Bila  ana tatap d tapak tangan ana,sesungguhnya terang dan nyata nombor yang bilangnya merujuk kpd asmaul Husna.satu lagi petanda kekuasaan Allah.setiap kita semua,tak kisah muda ,tua ,bayi atau sesiapa saja even tak sama kulit rupa ,bamgsa dan agama ..semua ada ne num kat tapak tangan.kalau tak percaya,cuba try tengok ngan sahabat2 antum semua.~~.

2.sungguh uniknya penciptaan ini,malah mana kalau d bandingkan dengan arkirek yg ada kat bumi ne,mungkin mengambil masa yg lama utk mencipta strategi penciptaan jari ne dr segi kepanjangan nya.hoho,,napa ya??jari kita ne sekarang ne tidak sama tingginya??si ibu jari ne,pendek dan gemuk(mostly).,yg jari kelingking pula kurus dan dan banyak lagi detail pasal jari ne.tapi jgn d kritik kerna ,ada sebabnya kenapa ketinggian x sama.kerna ketidaksamaan ketinggian ini lh yang membantu dan memudahkan kita utk berkerja.untuk si ibu membolehkan utk memegang pisau bila berkerja,utk si adik yg tengah belajar mudah utk memegang pensel dan dan bnyk lagi~~..SEBAB,klu la ketinggian semua jari ne sama ,mungkin,jari yang satu ada yg terlebih keluar bila memegang sesuatu,malah kelihatannya juga tidak kemas kan??d situ juga tidak ada keseimbangJ..jadi susah la nak hold something dengan betul.huhu.

3.seperti yg antum semua tahu,kalau nak buat ic or identity card,kita kena cap jari kita akan d ambilkan.huhu,lebih2 lagi kalau ada kes pembunuhan atau sebagai nya ,ada nya terjumpa saja cap jari ,pasti akan d jadikan sebagai bahan bukti.kenapa???ini adalah kerana dari dulu sehingga sekarang ini,tidak ada seorang pun manusia yang mempunyai cap jari yang sama.(setakat yg ana tau).,..keunikan yang ada pada kita iaitu perbezaan cap jari ini telah membuktikan betapa uniknya jari kitaJ)

4seterusnya ,kalau sahabat2 nak tahu sebesar mana hati antum semua..antum boleh lah genggam mana2 saja tangan  antum,.lihatlah,itulah besar jantung antum~~^^....(maaf ya ,kalau salah info nya)

5.seterusnya ,otak kita di ciptakan ini juga boleh d lihat kebesarannya melalui genggaman kedua dua tangan ,dan cantumkan.kalau sahabat x caya,cuba try^^..

MAHA BIJAKSANA ALLAH yang begitu teliti dalam penciptaan Nya .semoga kita sentiasa bermuhasabah diri......
p/s:sekiranya terdapat kesilapan dlm ruangan ini,tegur2 la ya.:)

Sunday, July 3, 2011

kArat JAHILLIYAH


Dari mata ke hati..
Cerota si penderma hati^^
Sabda Rasullulah SAW(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.)

"Sesungguhnya ALLAH tidak memandang rupa dan harta bendamu,tetapi ALLAH melihat kpd hati dan amal mu".

Alhamdulillah,hari tue ka ana berpeluang utk menyaksikan rakaman tv~~dari mata ke hati.salah satu perkara yg ana maU share kan pasal ne cerita si penderma hati...
Antara kata2 dan pesanan si pederma hati..
“manusia itu ada hati.kan??hati kita ne terbahagi kpd 2,iaitu dalam bentuk fizikal (yg kita beLajar dr dulu,hati ne warna merah,)..masih ingat??.dan satu lagi dalam bentuk spiritual.
Kita tahu bhw nyatanya hati ini merah,fizikal nya mungkin sihat,tapi mcm  mana pula dari segi spiritualnya?? adakah jua sihat?atau sebaliknya maka ,oleh itu ,kita mesti memastikan bahawa hati kita dalam bentuk spiritual ne lagi dalam keadaan yg bagus~~
Erm...betul.kalau d kaji diri ,kita ..mcm mna ya??bagaimana hati kita???teringat pula ,akan salah satu tazkirah yg pernah d sampaikan oleh seorang sahabat dahulu...mengenai hati dan dosa..
Hati itu akan berparut.kisahnya,seorang anak dan seorang ayah..suatu hari,si ayah berkata kpd anaknya bahawa dia akan menukul paku ke tiang setiap kali anaknya melakukan kesilapan..maka si anak pun kata ok.masa pun berlalu,sehingga satu hari si anak melihat ke arah tiang tue.si anak terkejut melihat tiang itu yg hampir d penuhi oleh paku.kemudian,kan si anak ne teringat akan pesan ayahnya dulu,kalau anaknya ingin bertaubat dari kesalahan ,si ayah akan mencabut paku itu dr tiang...maka d pendekkan cerita si anak pun mulai taubat.,setiapkali anak taubat,tiap kali itu juga si ayah akan mencabut paku itu..sehingga abis paku itu d cabut keseluruhannya..~~

Si anak ne kan gembira sudah,kerna sudah tidak melihat satu paku pun d tiang itu,,tetapi si anak x puas hati,kerna masih ada kesan2 lubang angkara paku yg d tebuk d situ..maka berkata lah siayah....
“wahai anak ku yang d cintai,tiang itu ibarat hati,manakala paku itu pula seperti dosa2 yg d lakukan...kita bertaubat dr dosa,namun masih ada tinggal parutnya...maka  kita insafkan lah hati kita supaya x lakukan dosa..
<d pendekkan cerita>si anak pun menangis kesal.....

*TAMAT*

Maaf ya sahabat2 kalau cerita yg d sampaikan seperti versi baru,mungkin ada silapnya,kalau ada mohon d perbaiki...^^

Ana menasihati diri terutama...kalau kita nak berubah ,kita berubah lah dengan kekuatan yg sebenar2nya,,kalau kita berkata kita ingin meninggalkan kemaksiatan yg pernah bersarang d hati kita,kita tiinggal kan lah dengan sebenar2nya..sentiasa lah kita takut dengan azab ALLAH.
Seorang teman ana ,pernah berkata,”kita ne manusia sentiasa akan mudah berpaling kpd kemaksiatan dan kesilapan lalu,ini adalah kerana dalam diri kita masih ada KARAT JAHILLIAH!!”...
SAat ,dengar word”KARAT JAHILLIAH”..terkesima sebentar,,kerna kemungkinan ana jua mempunyai potensi untuk melakukan kesilapan yg lalu.....

HATI itu ibarat raja di dalam kerajaan diri.kalau baik,kerajaan ,maka baiklah seluruhnya.

Tanyalah diri kita,adakah segala kebaikan yang dilakukan selama ini d kuasai oleh hati yang mengikut kata telunjuk bisikan syaitan ,ATAU  pun hati yang benar benat ikhlas utk mendptkan keredhaan ALLAH.Betapa sukarnya mendidik hati yang sengtiasa rebutan antara malaikat dan syaitan ini..~~


^^...kekuatan hati itu amat luarbiasa,kerna dari mata hati yg mampu melihat memberikan inspirasi kpd ku..
Assalammualaikum w.b.t.

sahabatku khumaera~~sentiasa kita beringat...

MENINGKAT DIRI MELALUI MUJAHADAH
 
PADA adatnya tidak mungkin kita sampai pada lapangan makrifat terhadap Allah SWT apabila kita tidak mahu bermujahadah, tidak mahu melihat kelemahan-kelemahan yang terkandung dalam diri kita, lebih-lebih lagi kelemahan itu berupa penyakit hati.
Oleh itu Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang berjuang di jalan Kami, sesungguhnya Kami akan memberi petunjuk mereka itu pada jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang membuat kebaikan.”
“Mujahadah” yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah memerangi hawa nafsu yang mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai dengan sempurna keredaan Allah SWT.  Tegasnya, orang-orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak baik bererti ia mendatangkan kekurangan pada peribadinya sendiri. Umumnya tabiat manusia tidak menghiraukan keaiban-keaiban tetapi mengutamakan pada hal-hal yang dianggap baik.

Meskipun sifatnya masih fatamorgana bahkan masih belum apa-apa, sama seperti orang sakit tidak mahu melihat penyakitnya untuk diubati tetapi perhatiannya lebih dahulu mengarah kepada hal-hal yang harus dikerjakan apabila ia sihat. Manusia yang sempurna dalam berfikir serta sempurna dalam perasaan akan melihat keaibannya lebih dahulu demi untuk mencapai keutamaan yang dicita-citakan.  Ulama tasawuf pernah berkata:  “Hendaklah kamu mencari istiqamah dan jangan anda mencari karamah, kerana sesungguhnya nafsumu menggugatmu mencari kemuliaan, sedangkan Tuhan-mu menuntut kamu dengan istiqamah. Dan sesungguhnya berada di sisi hak Tuhanmu adalah lebih patut dari beradanya kamu dengan keuntungan diri anda.”
Allah menghendaki agar kita istiqamah pada jalan-Nya dan apabila kita selalu mematuhi kehendak-Nya maka dengan sendirinya Allah akan memberikan kurniaan pula buat kita iaitu keutamaan-keutamaan yang datang apabila amal yang ikhlas telah kita kerjakan. Oleh itu, kita harus mengutamakan hak Allah daripada mendahulukan keuntungan diri dan nafsu kita.
Tahukah anda, jalan apakah bagi kita untuk mengenal segala keaiban-keaiban diri kita dan dapat pula mengatasi semua itu? 
Imam Al-Ghazali r.a telah menunjukkan jalannya sebagai berikut:

• Hendaklah seseorang itu berada di bawah pimpinan seorang guru, dia dapat melihat kekurangan-kekurangan dan keaiban-keaiban serta penyakit-penyakit murid yang dipimpinnya. Dengan demikian si guru dapat mengeluarkan hukum-hukum atau jalan-jalan apakah yang harus dijalani oleh murid agar penyakit-penyakitnya sembuh.
• Bergaul dengan teman yang mencintai kita dan berhati benar terhadap kita. Bergaul dengan teman itu ertinya, kita dapat diawasi olehnya mengenai hal keadaan kita dan pekerjaan kita. Andainya kita menyimpang dari landasan yang sebenarnya, maka si teman tidak segan-segan menegur dan menasihati.
• Penyakit-penyakit atau keaiban-keaiban orang lain menjadi pengajaran bagi kita, agar kita tidak mengerjakan penyakit-penyakit yang serupa.
• Hendaklah banyak mengambil faedah dari pergaulan sesama kita.  Mana yang baik untuk diikuti, maka kerjakanlah. Dan mana yang buruk hindarkanlah, sebab tabiat kemanusiaan anatara satu dengan lain kadang-kadang saling berdekatan.

Demikian Imam Al-Ghazali dalam memberikan tuntutan dan nasihat kepada orang-orang sakit di mana segala penyakitnya itu dapat menjauhkannya dari Allah SWT. Bahkan dapat menjatuhkannya ke dalam kemarahan Allah SWT apabila si sakit tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan selaku hamba terhadap Tuhannya.

Justeru, dalam kita menggali telaga kekurangan dan kelemahan yang terhimpun di dasar diri kita, maka lihatlah akan hikmat yang tersembunyi padanya. Jangan kita mengatakan bahawa Allah Ta'ala itu zalim kerana mengurniakan kelemahan pada hamba-Nya, tetapi renunglah bahawa dengan adanya kelemahan itu menjadikan “taqarrub” kita kepada Khaliq lebih bermakna. Maka sewajarnya kekurangan dan kelebihan yang terkumpul pada diri anak adam itu  harus d syukuri untuk menzahirkan rasa kehambaan dan kecintaan kepada Pencipta.
Nukilan dalan keresahan......                                                                                                                         

p/s: sebagai peringatan diriku..

Friday, July 1, 2011

Imam MUda..

alhmdulillah..imam muda pada tahun ne telah d menangi oleh imam muda Hasan..namun ,bukan gelaran menang itu yang penting,tetapi kemenangan utk melawan segala a nasir2 dan hawa nafsu itu yang penting..
menyoroti rancangan imam muda yang telah berlintas langsung semalam,,kedua dua imam muda telah d uji dari segi hafalan bacaan ayat al -quran iaitu surah al mukminun dari ayat 1 hingga ayat 22.(jom ramai2 yg belum hafal ,kita hafal sama).yg sudah hafal alhamdulillah,~~
baik,mari kita sama2 tadabbur sedikit surah ini..(maaf ya klu ana salah silap,ini hanya pandangan ana)...

dalam srat cinta ALLAH ,terdapat beberapa perkara penting yg telah d tekanankan
1.ciri ciri orang yang beriman.
2.asal usul dan kemana manusia.
3.mengenai alam..

subhanaALLAH,sungguh lengkap ayat ayat ALLAH ini.sesungguhnya xda yang cacat celanya AKAN SEGALA KEJADIANNYA...sesuai dengan firman ALLAH dalam surah-almulk ayat 3 dan 4.
ciri2 orang yang beriman yg telah di gariskan oleh ALLAH ialah.
1.MEREKA YANG KHUSYUK DALAM SOLAT.
2.MEREKA YANG MEMELIHARA DIRI DARIPADA (PERBUATAN DAN PERKATAAN )X BERGUNA
3.ORANG YANG MENUNAIKAN ZAKAT
4DAN ORANG YANG MEMELIHARA KEMALUANNYA...

ana berharap agar kita sentiasa bermuhasabah diri dan meneliti diri kita sendiri..:)

seterusnya ,mengenai penciptaan manusia.Maha SUCI ALLAH,.begitu menakjubkan bila memikirkan penciptaan kita.amat sistematik dan tersusun ,begitu berstrategik,,melalui beberapa peringkat yang teliti.adakah bayi yang baru dilahirkan sejurus dilahirkan sekitar 5 saat akan terus menjadi dewasa???mungkin mustahil.kecuali izinNYA,namun ,secara teorinya manusia akan melalui beberapa fasa untuk dewasa..namun kita mesti ingat,kita bukan hidup selamanya d dunia ini,kerna ALLAH telah mengingatkan kita bahawa kita akan kembali jua kpdNya dalam ayat seterusnya..

mengenai hikmahnya di jadikan air,di jadikan haiwan dan tumbuhan..sepertinya kita tahu ,badan manusia komposisi air yang terkandung sebanyak 70%..na,bayangkan kalau bdan kita tak cukup air,sudah tentu system dalam badan kita akan mengalami gangguan. haiwan jua terdapat banyak keperluannya kpd manusia.dari haiwan ,kita boleh manfaatkan contohnya,dari isi dagingnya yang boleh di makan ,dari air susunya boleh d minum..(pada pendapat ana ,haiwan yang di nyatakan adalah haiwan yang halal utk di makan).dan dengan bantuan air jua membantu kpd pertumbuhan dan pembesaran haiwan dan tumbuhan.tumbuhan akan mati jika takde air,haiwan jua akan mati kalau xda air.Maha suci ALLAH ,yang menyediakan keperluan air kpd Kita..~~

p/s:sebarang pertambahan atau perkongsian ilmu ,amat d alu alukan.andainya terdapat kesalahn dan kesilapan dalam ana mentadabbur ayat ini,ana mohon agar d perbaiki..

Rujukan.
1.TAFSIR AL-QURAN
-SURAH AL-MU'MINUN(1 HINGGA 22).
-SURAH AL MULK(3&4)

assalammualaikum w.b.t

azamku alfateh


Kuasa iman dan tawakal.
Terasa diri ini yang keterlaluan banyak kekurangan ,,sungguh hina jika di bandingkan dengan AL-FATEH.

Kata kata MuHAMMAD Al-Fateh.
“aku mempunyai dua sifat.Sifat keras seperti batu iaitu keazamanku mencapai apa yang aku inginkan.Sifat lembut seperti air iaitu ketika aku memohon ampun kepada Tuhanku.Apakah dengan dua sifat ini aku masih tidak boleh mencapai kemenangan?”
Kita soal diri kita???adakah sifat ini ada di dalam diri kita?????aduhai hati yang tengah lalai.bangunlah kita!!!di mana kah sifat kita??adakah masih “enjoy” dengan dunia sekarang ini.apatah lagi dunia facebook sekarang ni.
Sultan Muhammad Al-Fateh sememangnya hidup dalam kehidupan yang mudah dan ringkas.Beliau sentiasa menghabiskan masanya dengan membaca .latihan seni peperangan dan perburuan.Beliau MEMUSUHI KEMEWAHAN dan tidak di lalaikan pandangannya dengan kemewahan hidup di istana.Sehingga orang tidak menyangka beliau anak sultan yang ekslusif.
»        Setiap malam bermunajat kepada ALLAH mengharapkan bantuan daripadaNYA,sekadar munajat dan qiamullail.
»        Mengkaji kekuatan ,kekebalan dan kelemahan pihak musuh.(pelajar boleh mempraktikkan dalam subjek lemah).
»        Kejujuran dalam melaksanakan tugas.

Persoalannya ,umat islam hari ini di belenggu kerana mereka buta daripada mengenali siapakah musuh sebenar umat islam.Perbalahan sesame sendiri yang tidak kesudahan serta percakapan serta percakaran dalam perkara perkara remeh temeh sama ada dalam mahzab fikah dan sebagainya,menjadi episode yang menyebabkan musuh musuh ALLAH hanya bergelak ketawa.
Dengan kekuasaan ALLAH SWT,Sultan MUHAMMAD Al-Fateh menukar darat menjadi lautan,melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini menguasai Alexander The Great!!!!!
Surah Ali-imran ayat 160 menyatakan,”Apabila ALLAH menolong kamu,tidak ada yang dapat mengalahkan kamu.Apabila Allah membiarkan kamu dengan tidak memberikan pertolongan ,maka siapakah yang dapat menolong kamu selain ALLAH ?kepada ALLAH sahaja orang –orang beriman bertawakal”.
DI sebalik kemenangan Muhammad Al-Fateh ,Syeikh Aq Syamsuddin telah berpesan kepada beliau.
“Walaupun pada hari ini engkau mencapai kejayaan besar dalam sejarah,engkau dipuji sepanjang sejarah ,namun biarlah aku satu satunya manusia yang sentiasa mengingatkan engkau yang engkau hanya hamba ALLAH .”

SOALAN KEPADA DIRI KITA BERSAMA.
1)    1.  SIAPA ANTARA KITA YANG TIDAK MENINGGALKAN SOLAT SEJAK AKIL BALIGH?
2)     2. SIAPAKAH YANG TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SOLAT SUNAT RAWATIB?
3)     3. SIAPAH YANG TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SOLAT SUNAT TAHHAJUD?

MUHASABBAH DIRI KITA SEHINGGA SAAT INI,KERNA KEMATIAN ITU AMAT DEKAT DENGAN DIRI ,TERUTAMA DIRI INI,