Friday, July 1, 2011

azamku alfateh


Kuasa iman dan tawakal.
Terasa diri ini yang keterlaluan banyak kekurangan ,,sungguh hina jika di bandingkan dengan AL-FATEH.

Kata kata MuHAMMAD Al-Fateh.
“aku mempunyai dua sifat.Sifat keras seperti batu iaitu keazamanku mencapai apa yang aku inginkan.Sifat lembut seperti air iaitu ketika aku memohon ampun kepada Tuhanku.Apakah dengan dua sifat ini aku masih tidak boleh mencapai kemenangan?”
Kita soal diri kita???adakah sifat ini ada di dalam diri kita?????aduhai hati yang tengah lalai.bangunlah kita!!!di mana kah sifat kita??adakah masih “enjoy” dengan dunia sekarang ini.apatah lagi dunia facebook sekarang ni.
Sultan Muhammad Al-Fateh sememangnya hidup dalam kehidupan yang mudah dan ringkas.Beliau sentiasa menghabiskan masanya dengan membaca .latihan seni peperangan dan perburuan.Beliau MEMUSUHI KEMEWAHAN dan tidak di lalaikan pandangannya dengan kemewahan hidup di istana.Sehingga orang tidak menyangka beliau anak sultan yang ekslusif.
»        Setiap malam bermunajat kepada ALLAH mengharapkan bantuan daripadaNYA,sekadar munajat dan qiamullail.
»        Mengkaji kekuatan ,kekebalan dan kelemahan pihak musuh.(pelajar boleh mempraktikkan dalam subjek lemah).
»        Kejujuran dalam melaksanakan tugas.

Persoalannya ,umat islam hari ini di belenggu kerana mereka buta daripada mengenali siapakah musuh sebenar umat islam.Perbalahan sesame sendiri yang tidak kesudahan serta percakapan serta percakaran dalam perkara perkara remeh temeh sama ada dalam mahzab fikah dan sebagainya,menjadi episode yang menyebabkan musuh musuh ALLAH hanya bergelak ketawa.
Dengan kekuasaan ALLAH SWT,Sultan MUHAMMAD Al-Fateh menukar darat menjadi lautan,melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini menguasai Alexander The Great!!!!!
Surah Ali-imran ayat 160 menyatakan,”Apabila ALLAH menolong kamu,tidak ada yang dapat mengalahkan kamu.Apabila Allah membiarkan kamu dengan tidak memberikan pertolongan ,maka siapakah yang dapat menolong kamu selain ALLAH ?kepada ALLAH sahaja orang –orang beriman bertawakal”.
DI sebalik kemenangan Muhammad Al-Fateh ,Syeikh Aq Syamsuddin telah berpesan kepada beliau.
“Walaupun pada hari ini engkau mencapai kejayaan besar dalam sejarah,engkau dipuji sepanjang sejarah ,namun biarlah aku satu satunya manusia yang sentiasa mengingatkan engkau yang engkau hanya hamba ALLAH .”

SOALAN KEPADA DIRI KITA BERSAMA.
1)    1.  SIAPA ANTARA KITA YANG TIDAK MENINGGALKAN SOLAT SEJAK AKIL BALIGH?
2)     2. SIAPAKAH YANG TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SOLAT SUNAT RAWATIB?
3)     3. SIAPAH YANG TIDAK PERNAH MENINGGALKAN SOLAT SUNAT TAHHAJUD?

MUHASABBAH DIRI KITA SEHINGGA SAAT INI,KERNA KEMATIAN ITU AMAT DEKAT DENGAN DIRI ,TERUTAMA DIRI INI,


3 comments: