Wednesday, May 8, 2013

"mulai perhatikan akhlakmu".Pernahterfikir tak??

assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan..
alhamdulillah ya ALLAH swt  denganNYA memberikan aku kekuatan untuk melakarkan senyuman penulisan yang bait baitnya inginku kongsikan bersama dengan anak anak muda yang ku rasakan punyai semangat yang berkobar kobar umpama teguhnya iman Bilal Bin Rabah ,seperti tegasnya Saidina Umar dan seperti sehebatnya pejuang pejuang Islam terdahulu..



saat ini ,ku layangkan seribu kasih sayang sehingga tiada titik nilai infiniti yang tiada mampu menentukannya kepada kedua ibubapa yang aku cintai ,kepada ibu bapa yang sentiasa memandang daku sebagai seorang kekasih ,yang sentiasa meyiramkan aku dengan rasa rindukan Tuhan .syukur alhamdulillah . syukran mak pak. aku menyayangimu hingga ke syurga. disaat ini aku terbayang wajah mereka sehingga sedikit sebanyak merenjiskan rasa sebak dan rindu yang teramat kepada mereka. doa ku di saat ini agar ALLAH menyayangi mereka sehingga ke syurga. kepada keluarga yang aku cintai ,bertemunya kita didunia ini atas ukhwah persaudaraan yang ikatan cinta high class sesama muslim dan adik beradik ,aku amat menyayangi kalian. semoga ALLAH sentiasa memberikan kita hidayah untuk mencintaiNYA.


malam ini aku biarkan pekat yang berbicara
ia bisu seribu bahasa
memandang dengan sepi yang terasa
namun siapa sangka
itu hanya satu topengan belaka
terselit seribu satu makna
menjadi buruan setiap mata
yang rindukan syurga permata
terjulang segala resah pada yang leka
terbilang pencarian redha yang sentiasa ada.

ok~_^

malam ini..*ana tulis tengah malam jam sekarang menunjukkan 9:29pm waktu Malaysia..
tentang..akhlak=)

 teringat dengan kata kata seorang ulama seorang habib yang amat aku segani akhlaknya ,yang amat aku rindukan senyumannya bila berkata..

Iman itu penting =)

sebelum nak luahkan perasaan ,aku nak share satu blog iaitu
http://islam-addeen.blogspot.com/2011/04/pesanan-rasulullah-untuk-remajapemuda.html?showComment=1368020161368

yang amat aku tertarik akan isi isi dan lembutan ilmu yang menyentuh jiwaku.
harap harap antum membuka blog ini dan biar tertusuk pedih membuang keresahan  syaitan telah tanamkan itu dan tajdidkan sesuatu iltizam perjuangan untuk islam,=)


siyes!!!!!!!!!!!
aku terkesima dengan


Hati2 dengan kehidupan
  • “ Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”
  • (Riwayat Tirmizi)


aku tanya pada diriku???sehingga aku seakan menjadi seorang yang gila memikirkan keaiban dan dosa serta kesilapan yang aku lakukan setiap hari. ya ALLAH bimbinglah daku=( aku begitu lemah dalam pertarungan mujahadah ini. kuatkanlah aku dalam perjuangan ini ya ALLAH..ya ALLAH jika benar perjuangan itu sebati dengan diriku ,kuatkanlah aku ,bimbinglah aku ,kasihanilah aku berikanlah petunjuk dan hidayah MU ya ALLAH.


ok.=)

tadi aku terbaca pasal akhlak.
"SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT AKHLAK".

erm....pernah tak kita terfikir akan akhlak dan sikap  yang kita ade sekarang ini??

kita katakan bahawa kita seorang yang cerewat.
kita katakan bahawa kita seorang cepat baran
kita katakan bahawa kita mudah sensitive
kita katakan bahawa kita seorang yang "rock"
kita katakan bahawa "aku berani katakan benar"
kita katakan bahawa " aku tak leh kena tegur"

namun ,sewaktu kita lontarkan segala macam dan mempamerkan "itu adalah aku"
pernah tak kita cuba untuk hubungkaitkan dengan "itukah sebenarnya yang perlu ade dalam individu muslim" atau " adakah aku puas dengan berakhlak seperti itu??Adekah tenang jiwaku??adekah bahagia jiwa ku??"

so jom koreksi diri^^.

PENGALAMAN DIRI.


Aku adalah manusia 
 sentiasa ikut kata yang selalunya sia sia
sehingga mendengar dekahan nafsu yang mengiya
syaitan jua turut bersuka ria..


*fuhh!!habis urat kepala aku memikirkan ayat ayat yang sesuai untuk dijadikan penghujung puisi tu.=)

sambil membuka buku panduan sains tanah yang aku pelajari ,aku menyoroti kembali sejarah diri akhlak ,bukan niat mengaib kan diri cuma ingin berkongsi dihati agar menjadi panduan diri untuk pesanan di satu hari nanti ,agar tidak kembali ,sikap yang dengki dan iri hati^^.

azam!!!!!stop!!tulis itu biar direct to the pointlah!ko tulis panjang menjela sangat.
*ade nilai kenegativefan disitu.
ingin ku leraikan dengan satu nilai kepositivefan
*aku terima itu kerna aku menyayangi indah bahasa puisi yang ilmu  itu datang dariNYA.

dulu ,aku belum mengenali erti dalamnya AKHLAK
yang aku hanya temui SIFAT DAN SIKAP
yang kadang kadang aku lebih sandarkan semua itu kepada dunia.

dulu aku belum mengenali erti TAJAMNYA AKHLAK
yang aku temui hanya satu topengan 
yang menjadi samaran diri

dulu aku belum mengenali BAHAGIANYA AKHLAK
yang aku temui
hanya jalan buntu yang akhirnya menyesatkan diri


.iya...aku sering tertanya pada diri
"siapakah aku sebenarnya??"
kemudian kadang kadang aku temui jawapan
namun ia belum memberikan satu keputusan yang nyata
lantas aku terumbang ambing
kadang aku terasa istiqamahnya
kadang pula aku rasa down
lantas aku mencari
dimana kelemahan  diri
lama aku tenung buku yang aku baca
aku surf internet
aku tanya orang lain
kenapa kadang kadang sikap aku berbeza!!!
kenapa kadang kadang sifat kebahgaiaan aku berbeza!!!
alhamdulillah!

hari itu aku temui jawpaan ,pengakhiran kepada segala soalan yang bertingkah tingkah yang sentiasa berlari laju yang sentiasa mengerumuni jiwa yang sentiasa bersarang teguh dalam lingkaran orbit perasaan ku!!

"SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT AKHLAK".

aku bertanya pada diri 

"ada tak aku pernah berusaha untuk mengenali muslim dari sudut akhlak??
pertanyaan itu ternoktah disitu bila aku mulai merenung diri..dan iya.alhamdulillah yha ALLAH.
syukran ya ALLAH.

kini ku ingin kongsi jiwa ini yang aku merasakan ade ubat yang merawati kekejangan hati ini.
=)

so!!!

kamu !
enta!enti!antum 
semua!
inilah yang telah mengubah kejiwaan ku ..
enjoy reading^_~


tinta penulisan jiwa saudara Islam yang aku segani..

BUKU APA ERTINYA AKU MENGANUT ISLAM.
PAGE 21-31."SAYA MESTILAH MUSLIM DARI SUDUT AKHLAK".


antara yang aku dapat simpulkan ialah
akhlak sebagai sebagai seorang muslim! yang pendek kata!!Azam need to be=)
1.menjauhkan diri dari perkara perkara syubhat
2.memelihara pandangan
3.memelihara lidah
4.bersifat pemalu
5.bersifat lemah lembut
6.bersifat benar
7.bersifat tawakal
8.menjauhi sangka buruk dan mengumpat
9.bermurah hati.

SELANJUTNYA..sila tekan link nie


alhamdulillah
akhirnya terburai jua perasaan aku ingin berkongsi!
semoga ALLAH redha
dan kamu jua menyukainya
jomlah kita berubah!sikit sikit pun tara apa..
yang penting kita BERUSAHA!!

Titik noktah percintaan percikan sentuhan sweet remainder
azamku al-fateh!
aku rindukan IbuBapaku.






SEKIAN.ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
SALAM UKHWAH DUNIA AKHIRAT SAHABAT!












Saturday, April 6, 2013

Sebenar benar hati....

assalammualaikum w.b.t dan selama kebahgaiaan 

lantunan senyuman ku sebarkan ..hatta mata tidak bertentang mata..
senyuman tak sampai ,,namun kerna "WE are muslim"kasih sayang itu kan terasa..

saban hari,,
aku memikirkan bahawa aku akan pergi..
aku akan pergi meninggalkan dunia ini
memutuskan segala kesibukan dan kepenatan yang aku rasai
melupakan segala kekacauan di hati
namun
setiap kali aku teringat akan ajal
jiwa ini terus mendesak menangis dan berkata...
"subek!!subek!!subek!!
AMAL KO BELUM CUKUP LAGI..
KO BELUM TENTU DAPAT MASUK SYURGA
DAKWAH BELUM MANTAP LAGI
ILMU BELUM CUKUP LAGI
subek!!
cepat lah cari ilmu
cari redha ALLAH
bangun dari segala angan dunia dan kemalasan"

aku tersentak dnegan panggilan kata kata itu

aku mengesat air mata 

"iya ,,mungkin aku belum pastas lagi masuk kesyurga,aku masih ada tanggungjawab yang belum habis aku laksanakan ,aku belum lagi mampu meraih cinta ALLAH..aku belum pasti lagi untuk masuk ke syurga".

aku makin tertunduk malu..
dengan seribu perasaan yang meneyelubungi jiwa ku..

"adakah aku pantas masuk ke syurga??"
atau 
"adakah aku mampu berkata kepada ALLAH..

ya ALLAH ..
didunia ini aku sudah buat
1.bla bla bla
2.bla bla bla

segala macam kata kata yang aku ajukan..

tapi adakah ALLAH akan terima apa yang aku katakan?
adakah ALLAH akan terima apa yang aku kerjakan ?
adakah aku mampu untuk mendapat tempat bila diakhirat sana???

adakah aku seorang daie??
adakah aku seorang mad'u
adakah aku seorng hamba?adakah aku seorang sahabat??

layakkah aku ???

persoalan itu terjawab..

bila mana..
"subailah ,selagi mana ALLAH berikan kekuatan untuk bernafas ,selagi kita masih mampu,,ingat tiap kali kta merasakan down ,itu bukan bermaksud kita tidak boleh ,tapi itu adalah bibit biit kehancuran yang syaitan suntikkan didalam dada mu ,subailah ,,bangunlah subailah ,betapa ramai di luar sana yang masih belum mendapat hidayah ISLAM ,but you aleady got it subailah..appreciate it.subailah remembr ALLAH PEMBERI KEKUATAN

subhanallah..syukran ya ALLAH for the remainder..

subailah ,buka Quran itu bacalah dan fahami dengan sebenar benar makna
membaca Quran itu bukan bermaksud supaya dikenali
mahupun mendapat pengajaran baru
atau pun mendapat ilmu yang baru
tapi baca Quran itu sekana kana menerima satu perintah terus dari ALLAH
dan kemudian cuba amalkan subailah..

ALHAMDULILLAH
pada MU aku berserah
kuatkan cintaku ya ALLAH
kuatkan cinta ku ya ALLAH
bantulah aku mencintai MU

::aku insan di kelantan ::


HIDAYAH ISLAM

assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan..

alhamdulillah...
hanya ungkapan itu mampu ku luahkan saat ini..
berderai sejuta tangisan...
merasakan galasan amanah diri masih belum mampu ku laksanakan..
hidayah itu milik ALLAH..
kekuatan itu milik ALLAH..
KASIH itu MILIK ALLAH..
ISLAM itu Milik ALLAH 
dan itulah pegangan kita..


disaat ini..
aku terdiam terpaku seribu bahasa..
nikmt Islam yang aku pegang ini..

petang ini 
ku kerahkan seluruh jasad dan mindaku
ku sertakan segala perasaan ku serta  cintaku
sebagai muslim
subhanallah ya ALLAH...
terima kasih atas petunjukMU..

sahabat sahabat..
jum lah tengok link ni.
semoga bermanfaat.
:)

Friday, March 8, 2013

aku si budak kecik

Assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan..
melihat awan angkasa lepas..
jiwa ini seakan terasa kerdil
dalam perjalanan kehidpan sebagai seorang hamba..

malam ini
air mata terjatuh
ku anggap diriku gagah
tak mampu untuk menangis
namun semua itu tipu...
akhirnya aku jatuh tertunduk menangis..

alhamdulillah
ALLAH masih beri kekuatan dan kasih sayangNYA kepadaku
dalam cara yang paling halus
ALLAH menakdirkan aku bertemu dengan mereka 
yang punyai jiwa cekal dan tabah
dan iya mereklah 
adik adik yang aku sayangi

terima kasih adik atas perkongsian mu:(
i love it.
syukran ya ALLAH


sering kita mendengar "don't judge a books ,by its cover"
dan ia .....jagan nilai mereka

sepanjang tempoh perkenalan ku dengan mereka
mereka sentiasa ketawa
mereka senyum tergelak
mereka sentiasa membuat lawak
hatta mereka sentiasa membuat expressi wajah yang menenangkan 
bila berhadapan dnegan ku

seakan akan tiada apa yang berlaku
seakan mereka adalah manusia yang sentiasa gembira
seakan akan mereka adalah manusia yang sentiasa bertuah
seakan akan mereka adalah manusia yang sentiasa bersemangat

rupanya sangkaan ku meleset
melihat mereka kini 
membuat kan aku malu
mereka lebih tabah dari aku
mereka lebih kuat dari aku
mereka lebih cekal dari aku

dan ALLAH telah pilih mereka...

tiada siapa yang mampu untuk menghalang kita 
bila ALLAH nak uji
tiada siapa yang mampu mengelak 
bila ALLAH nak uji
tiada siapa yang berani membantah 
bila ALLAH nak uji

satu kata kata mereka
'kak ..ALLAH uji kami sebab ALLAH tahu kami nie kuat ,andainya kami lemah ALLAH tak uji,kak ..ALLAH dah pilih kami ,dan kami patut terimanya kak ,sebab jika orang lain yang di uji ,tak tau ape yang berlaku ,,,tapi ALLAH uji kami ,maksudnya ALLAH tahu kami mampu".

sebelum perbualan kami menyentuh mengenai kehidupan ,saat itu aku yang berkongsi dengan mereka...namun setelah beberapa minit.. keadaan suasana bertukar..mereka yang memberi perkongsian yang jarang jarang aku temui....dan itu memang benar dari jiwa mereka...

proses tarbiayh kita memberi dan di beri
kita diperdengari dan mendengar
kita menasihati dan dinasihati

"kak chan ,skunk ne kami pula yang jadi kakak ,kak chan jadi adik" dialog gurau dari mereka....




sepanjang mendengar perkongsian hidup mereka ,
dalam diam aku rasa bersyukur sangat.. ALLAH pertemukan aku dengan satu suasana yang mana mereka semua mempunyai kondisi yang seakan akan sama..seakan akan ALLAH ingin mengjar aku melalui mereka..
seakna akan aku anak kecil yang belum tahu nilai erti tabah dan cekal bila berhadapan keadaan yang mereka rasai sekrang nie...

serius! aku tak sangka.

their can smile infront of me ,but their hide the tears..

mereka sudah lebih mengetahui nilai tabah dan sabar itu berbanding aku....

sewaktu rancak berbual ,pak guard datang dan memberi arahan untuk kembali ke kolej kediaman
dalam hati ku
"ya ALLAH ,berikanlah dan izninkan ruangan dan keberkatan masa untuk aku mendengar kata kata dari adik2x ku ini ya ALLAH..."

kerna pada ku saat ini ,kata kata mereka sungguh menusuk ke jiwa sehingga membnuatkan aku tersedar bahawa kehidupan ini jauh dan perlu tabah..

alhamdulillah...ALLAH mendengar rintihan jiwaku..
pak guard hanya berlalu dan hanya berkata"..hai belum balik bha??"
pak guard itu sudah mengecam aku sebagi seorang budak sabah ....
sambil tersenyum..alhamdulillah ya ALLAH...

antara kata kata mereka
1. kak chan...ALLAH tau saya kuat dan mampu ,sebba tue ALLAH uji dan ALLAH akan berikan kekuatan sehingga saya mampu
2. kak,,ALLAH da pilih kami dan kami terima
3. kak ,ALLAH uji kami sebab orang lain tue belum cukup mampu untuk di uji
4.kak ,,,kakak saya cakap maybe kita belum redha dengan seseorang itu sebab tue belum dapat terima
5.bila down sangat ,teringat pasal tanggungjawab ,kalu malas belajar ,siapa yang nak beri mak ubat dan siapa yang jaga adik
6. kak,,,saya sangat marah kat orang yang tengking tengking kat ayah dia
7. kak saya rindu dengar mak saya......
8. kak..saya nak manja dengan ayah saya....nak happy dengan dia
dan banyak lagi.....

malam ini banyak mengajar aku
1. aku tak sangka mereka kuat dan masih mampu tersenyum dihadapan ku
2.aku tau mereka amat tabah dan cekal
3. i love them really..syukran ya ALLAH ,,memberikan aku air mata ini:(

thanks dik,i will keep the story:)

this is what i find.....usrah is not only at surau..but di pondok jua....





Monday, March 4, 2013

aku mau balik sabah

assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan..
walau jiwa seakan akan ingin sentiasa menangis...
namun harus ku kuat..segala perasaan ini adalah datangnya dari ALLAH...

ya ALLAH....
saat ini,,berikanlah jua ketenangan kepada mereka ya ALLAH
ya ALLAH sesungguhnya inilah kali pertamanya aku menangis 
akan seluruh rakyat sabah
seakan akan sudah ku rasai mereka seperti keluargaku ya ALLAH
ya ALLAH...
kuatkan lah mereka ya ALLAH...
kuatkanlah mereka ya ALLAH
kuatkanlah mereka ya ALLAH..

aku ingin balik ke sabah..:(

Sunday, March 3, 2013

Bila bertani ada kaitan dengan agama..itu awesome!


Bila bertani ada kaitan dengan agama..itu awesome!

Assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan..
Betapa jiwa ini sekarang menari menari kegembiraan..tersenyum walau ia belum punyai gigi keimanan yang mantap ,hanya baru ingin tumbuh..ia seakan akan bayi baru melihat dunia ,perasaan satu kejayaan.. ia seakan benih yang baru tumbuh dalam lingkuangan tanah hitam ,,tersenyum melihat arah cahaya ..ia seakan akan satu senyuman si budak kecik yang mendapat gula gula bulat yang punyai pelbagai warna ,,ia seakan pelangi yang menampakn seri dikala selepas hujan.. ia seakan akan satu perasaan yang tiada siapa mampu untuk menidakkan kegembiraan..
JIWA ku bahagia..jiwa ku bahagia..jiwa ku bahagia..
Dalam pertaniaan ,aku gembira. Iya siapa sangka bertani itu hanya akan dapat peluh,,hanya mendapat penat..hanya mendapat debu..hanya bermain dan sentiasa terjerit bila terjumpa katak ,bukan setakat itu malah lipan dan semut hitam yang menyengat sakit itu menjadi teman..
Inilah dunia ku sekarang..kini sudah dua tahun,,aku bercinta dengan pertanian ,hidupku diselubungi kerinduan pada kehijauan ,hidupku berhiaskan dengan tarikan photosynthesis,,aku mulai kenali siapa dia soil science ,siapa dia kimia dalam tanah dan siapa dia pengurusan ladang..
Dan siapa TANI ..hehehe :P
Dan semua yang baku rasakan
ALHAMDULILLAH.
Bukan semua insan mempunyai muka surat buku yang bertuliskan latar belakang
Pengalaman bercinta dengan tanah
Hanya ingatan dari ku..
Sentiasalah lihat pada tanah kerna
Akhirnya
Kita akan tidur bersama dengan tanah^^.
‘Dialah yang menciptakan kamu dari tanah ,kemudian Dia menetapkan ajal kematian mu dan batas waktu tertentu yang hanya diketahui oleh NYA..Namun demikian kamu meragukannya”.
Surah Al An’am. Ayat 2
HINGGA saat ini
Aku hanya berkongsi cerita kisah
Pertanian yang mengungkit
Taman taman kebahagiaan
Untuk mencari cinta ALLAH.
Yang tersembunyi dalam dasar dasar rumput kehijauan
Hingga berinteraksi dengan pandangan sakinah dari pantulan
Awan yang biru!!
^^
1.       SISTEM TIDAK PERNAH SILAP.
Duduk bersembang dengan seorang kontarakter mengenai system fertigasi..

“Nak..Dalam dunia pertaniaan ini ,aku belajar bahawa system tidak pernah silap.”.
                                                                    
                                                                      BETUL!

contohya dalam system fertigasi. Hanya manusia yang menguruskan system itu yang menentukan samaada Berjaya atau tidak..dengan keizinanNYA.. begitu juga dengan Islam…islam tidak pernah silap..namun bila ade sahaja yang dilakukan silap oleh seoang muslim ,Islam teru diperkatakan..padahal yang melakukannya ialah muslim tersebut. Sesuatu yang buruk yang berlaku adalah disebabkan oleh muslim tersebut yang tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang diajar didalam islam

2.       Nak Berjaya tau tak??perlu ada cabaran..

‘dik..dalam hidup nie ada cabaran ,takde ada cabaran memang tak Berjaya..”

Kata kata yang berintonasikan kasih sayang terselit didikan ,kepada aku si anak perantau. Iya mungkin kerna bahasa yang berbeza itu membuatkan mereka pelik.

“ORANG SABAH DATANG KELANTAN??”
Itulah suara suara yang selalu kedengaran.. hanya aku mendiamkan bahasa jiwa dan hati sambil tersenyum..
“KENAPA TAK PERCAYA KER PAKCIK??”

Dalam hidup ini ..memang banyak sangat cabaran dan halangan yang merajui setiap lagkah ..sehingga kadang kadang aku tertusuk kepedihan memendam segala perasaan..ku biarkan air mata berbiara dan menceritakan  segala yang tersembunyi..mungkin hanya sekdara lafaz yang tersimpan..lantas ku  kuburkan segalanya…
Kerna..ingin disayangi oleh ALLAH..perlu banyak bersabar..


Dalam aku mencari ilmu pertanian ,inilah cabaran pertamaku ..bertemu dengan mereka yang bukan orang kampong ,berbahasa pelik dari yang lain ,namun ke”pelikan”inilah yang mebuatkan aku senang untuk  berbicara dengan mereka yang aku temui..
Alhamdulillah ya ALLAH…ini adalah satu cabaran yang aku anggap sebagai satu HADIAH^^

3.       Berjalan sambil berusrah..
Usrah bukan setakat hanya duduk dalam satu halaqah ,berbual akan sesuatu sambil memberi perkongsian dari seorang naqibah yang dianggap sebagai naqibah sahaja ,ia seakan sesuatu yang formal . namun usrah yang indah itu ialah apbila kita mampu menyampaikan sesuatu itu kepada seseorang yang mana datang dari hati akan sampai ke dalam hati..

Sewaktu dalamn perjalanan ke tapak projek fertigasi yang ditemani oleh seorang akhwat final year..dialah akhwat Fatimah Az Zahra.. SESEORANG YANG AMAT MANIS DENGAN SENYUMAN serta tidak pernah lokek..

Beliau sentiasa berkata,
“usah mengucapkan terima kasih atas satu kebajikan ,dan usah meminta maaf atas satu kewajipan”

Sewaktu berjalan dengannya..

“akak ,boleh tak saya diam untuk seketika , saya tak nak banyak bercakap da..saya nak mencari ilmu dahulu??”

Kemudian ,dia bertanya
diam untuk berapa lama ??hanya sebentar atau selamanya lamanya??”

Kemudian dia sambung kembali,,kata kata inilah yang membuatkan aku tertampar,

“jadi , bila kita menjadi DIAM..bagaimana dengan ayat “SAMPAIKANLAH SESUATU WALAU SATU AYAT”  dan bila  kita terlalu banyak bercakap …bagaimana dengan ayat “MENGAPA ENGKAU KATAKAN SESUATU YANG BUKAN ENGKAU KERJAKAN??

Rujuk surah As-Saff ayat 2
“wahai orang orang yang beriman !mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan??”

Aku terdiam dan memikirkan akan jiwa dan diri ku..

Kemudian..dia sambung semula,
memang amat payah dan sukar apabila kita bercakap mengenai agama .,bila kita menyentuh sesuatu yang berkaitan dengan ALLAH ,sebab itu bila kita katakana sesuatu itu biarlah apa yang kita buat da apa yang kita rasa..maka carilah ilmu”

Kemudian aku bertanya kembali,
“kak ,saya rasa saya amat takut dengan perkataan Daie itu sendiri”

Dia menjawab..
seorang yang telah melafazkan kalimah toiyyibah ,Asyhadualillahaillahwa asyhaduannamuhamadurrasulullah”.maka dia telah bergelar sebagai seorang daie ,sama ada dia mau taua tak ,rela  atau terpaksa..seorang daie bukan seorang yang perlu sentiasa memagang mikrofon ,seorang yang perlu mempunyai halaah yang besar ,perlu seseorang yang sentiasa mengarah ,cukup seorang daie itu bila dia menulis akan sesuatu ilmu ,maka di baca oleh orang lain itu sudah memadai ,bila memberitahu akan sesuatu ilmu hatta cara berpakaian ,cara makan ,cara berjalan dan sebaginya itu sudah sebagai seorang daie..dan seseorang daie yang mampu membawa akan seorang teman nya untuk berubah jua sudah cukup memadai sebagai seorang daie…tak perlu banyak2x,…”

Kak..tapi saya rasa tak kuat,

‘yakinilah ALLAH ,yang mempermudahkan urusan itu adalah ALLAH ,yang membrikan segala sesuatu permasalahan itu adalah ALLAH  yang meberiikan sesuatu itu adalah ALLAH ,maka carilah ALLAH ,mengadulah padaNYa ,hatta kita melakukan dosa ,bermohonlah pada ALLAH agar diampunkan ,kerna KASIH SAYANG ALLAH ITU MELEBIHKAN KEMUNGKARANNYA’.


Kemudian..
Terasa indah…..
Cukup indah
Pertemuan kami hanyalah untuk bertani
Namun perancangan ALLAH itu lagi indah
ALLAH temukan aku denganm seseorang yang boleh mengingatkan aku akan NYA
Alhamdulillah ya ALLAH.


Hari ini jua , syukran kepada sahabat yang menbantu…datang berbasikal sambil berparangkan warna biru dan jua merupakan student final year…

Hari ini seakan “membuli”senior final year
Namun begitu
Mereka sangat AWESOME!^^..
Hanya ALLAH mampu mebalas segala kebaikan antum berdua..
Setiap peluh dan ttisan kepenatan yang antum rasakan
ALLAH akan kembalikan kemanisan itu di syurga nanti.



“barang siapa mengerjakan kebajikan ,baik laki laki maupun perempuan dalam keadaan beriman ,maka pasti Kami berikan kepadanya kehidupan  yang baik dan akan Kami beri balasan  dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.’
 Surah An Nahl ayat 97.

Subhanallah…BEGITULAH YANG TERMAKTUB DALAM AL QURAN,,JANJI ALLAH kepada antumJ

Thursday, February 28, 2013

Sweet remainder ukhwah.


Sweet remainder ukhwah.

Titik tik noktah ..
Ku sangka disitu pengakhirannya
Ku sangka ia terhenti disitu
Ku sangka segalanya habis disitu..
Iya kerna titik titik noktah itu
Ku sangka penghujung segalanya..

Namun ,dalam aku tertipu dalam dimensi tanggapan
Ku terlupa sebentar bahawa garis lurus ,segitiga ,empat segi mahupun bulatan
Bermula dengan satu titik titik noktah
Aku terlupa akan keadaan ini.

Namun
Alhamdulillah
Bukan selamanya harus terlupa
Terhenti
Tersasar.. dan segala ter ter ter..

Ingin ku dedikaskan
“AKU dijalan Remajaku punya cerita indah”
Dedikasikan kepada sahabat sahabat yang telah
Mulai mengenali dari ku kanak kanak..
Hinggalah aku dewasa..


“AKU DIJALAN REMAJAKU PUNYA CERITA INDAH”.
1.Hidup asrama di SMATS.
 ‘TAWARAN KE SEKOLAH MENENGAH SAINS…”.
Inilah surat yag aku terima setelah aku balik bercuti 2 hari. Perasaan ku seakan tiada apa apa sebenarnya. Kerna aku terasa sngat enjoy dan happy sangat dengan sekolah yang aku tengah duduk. Namun aku hanya diam ,tak kata”ya” dan tak kata “tak”. Aku membiarkan keluarga ku membuat keputusan. Dan keputusan nya “YA”.

Dan jiwa yang masih berbelahbagi ,aku kembali ke sekolah ku ,berlagak seperti biasa..seakan akan tiada petanda aku akan meninggalkan sekolah  itu. Terasa sedih teramat..namun ,apa daya aku harus pergi jua. Saat itulah ,untuk kali pertamanya aku menangis akan perpisahan sahabat.perpisahan teman teman perpisahan rakan sekelas yang tak pernah aku alami selama ini.. hidup cerita ku dengan mereka terputus di tengah jalan ,…sambil mengurus surat perpindahan sekolah ,setiap langkah ku dipenjuru bangunan sekolah itu terbayang kenangan ku di situ ..aku pandang ke kanan..aku terbayang pertama kali  waktu orentasi.. aku pandang ke kiri aku teringat kelas..seakan akan nada bayangan video kehidupan aku di situ.. berlari  ketawa dan happy sangat. Sewaktu kelas terakhir ,aku tak berani tuk masuk kelas ,kerna pada hari itu juga aku akan ke sekolah baru yng aku tak kenali itu. Saat itu mata da merah merah menahan kesedihan,kemudian aku tetap berjumpa dengan mereka…memberikan pelukan terakhir .
Bertimbun timbun surat yang aku terima dari mereka…
Kami hanya berkenalan hanya sebulan lebih..
Namun terasa sudah lebih dari itu…
Titipan kata kata yang terkandung..berbentuk lirik nasyid..dan sejak dari itu
Aku mengenali nasyid dan mempelajari untuk bernyanyi lagu nasyid…


“kenangan bersama mu ..tak kan ku lupa walau badai datang melanda ,,walau terpisah jasad dan nyawa…mengapa kita ditemukan ,,dan akhirnya kita dipisahkan..mungkinkah menguji kesetiaan ,,kejujuran serta kemanisan iman..”.

dalam perjalanan menuju ke sekolah baru ,aku membaca surat satu persatu..aku membuka setiap surat..membiarkan perasaan sedih dan rindu berbaur bercinta dengan emosi cinta yang mereka berikan dan terjemahkan dalam bentuk surat..sungguh itu amat berharga. Inilah kali pertamanya ,aku menerima surat yang bertimbun …..
sambil sambil membaca..teringat kisah hidup ku diasrama…

‘bha ,kalau bule bha kasi satu bilik jak adik mu ( aku) dengan kau(kakakku) ,lagi senang ada orang bule tinguk tinguk dia ..” itu lah perbualan talipon yang masih aku ingat antara mama dan kakakku yang sudah berada seminggu lebih awal di sekolah yang akan aku pergi esok hari.

Ow yah!mulai esok aku akan tinggal asrama.sesuatu yang selama ini aku tunggu tunggu ,tak sabar berada di sekolah asrama..dalam hati ,aku pula tak sabar untuk melihat kehidupan kakak kakak ku yang tinggal diasrama…
Sewaktu di hari pendaftaraan ,seperti yang dijangka ,aku dapat satu bilik dengan kakak ku jua,sewaktu itu dia form 3 .pada masa yang sama aku jua punyai seorang kakak ,,tapi dia lagi senior ,,form 5.
Bahagia sangat sangat2x..sebab saat itu aku tinggalkan mama dan bapa dirumah ,dan tinggal diasrama dapat dijaga oleh dua orang kakak ku.bahagia sangat sangat.sebab time tue ,kaau tak silap ,hanya aku sahaja form 1 yang ada dua orang kakak di sekolah yang sama.^^ bahagia ramai yang menjaga aku.

Seperti yang dijangka ,naluri seorang kakak itu akan sentasa menyayangi adiknya..setiap pagi ,sebelum meninggalkan asrama ,kakak ku akan memastikan katil ku kemas dan dia sendiri yang mengemasnya untuk aku,setiap malam kakak ku akan “iron”baju sekolah ku satu set..setiap subuh ,kakak ku akan membangunkan aku untuk solat subuh dan bangun awal..dan setiap hari jua kakak ku akan bertanya “sudah kau makan??”.
Siapa yang tak bahagia,bila ada kakak yang akan jaga akan bagi perhatian ..alhamdulillah,sebab itu aku suka sangat tinggal diasrama..
Setiap kali prep ,aku akan duduk di dalam dewan prep..time tue best sangat sangat..sebab semua muslimat berkumpul..dari form 1-4. Bahagia..tak campur ngan muslimin,,lagi bahagia…
Antara yang aku ingat lagi ,setiap hari akan ada perhimpunan ,melaungkan asmaul husna.baca doa..setiap kali subuh weekend ,ada perkongsian dari ustaz sampai jam 7.00 pagi..dari jam 5.30 pagi. Setiap maghrib duduk dalam surau , dengar perkongsian dari kakak kakak…
Ow ,iya lupa,kakak aku yang form 5 nie ,dia busy sikit ,sebab time tue nak ambik spm da dan pada masa yang sama kakak ku dia jadi pengawas ,so busy.tapi kakak ku nie dia selalu bagi money..memandangkan dia kakak sulung yang ada 2 adik ,aku ngan kakak yang form 3.gegege.

Banyak aku belajar dari sekolah itu ,penerapan nilai nilai islam setiap hari ada…semua comel comel..yang muslimin ade yang ke sekolah memakai songkok..dan yang muslimat memakai tudung labuh,,muslimin duduk depan ,muslimat duduk belakang….

Aku ska sangat tinggal di asrama time tue ,sebab kakak kakak disini baik baik sangat..tak pernah bagi jelingan serta sentiasa memberikan senyuman..ALLAH,,manisnyaJ
Tapi semua itu bukan kekal rupanya,,bila aku bukan sudah disana ,aku sudah tidak mampu merasai keadaan itu.
Sewaktu ingin mendapatkan surat terakhir pengesahan tandatangan pengetua..ustaz Abdullah..ustaz sempat cakap.
‘kalau ustaz da tandatangan ,da tak leh sekolah da kat sekolah nie dan tak leh kembali ke sini ,tak menyesal ker???”
Aku hanya mampou tersenyum…walau dalam diri ku,,ustaz,aku mahu sekolah sini sangatL

Melangkah dari bilik guru dengan perasaan sedih….aku kembali ke asrama untuk mengambil beg beg ku..

*****************************BERSAMBUNG******************************