Sunday, August 19, 2012

BERJALAN DENGAN TANGISAN..

A
Assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagian setiap hati pembaca…

Hidup ini pasti di sertai dengan degupan jantung
Pasti di sertai jua dengan hirupan udara
Pasti ada pahit manis mengisi..

Dan itu pasti ada……KLIA….tempatnya menyimpan banyak kenangan aku…
Sinilah aku belajar tidur seorang diri
Sinilah aku belajar menyimpan keberanian
Sinilah aku megerti tawakal dan redha
Sinilah jua aku meninggalkan butir butir tangisan
Yang tak mungkin aku lupakan…..

Memang benar dan memang senang..ala tido jerlah kat airport tue ramai jugak  manusia kat sana..
Ayat ne  simple dan direct to the point..
RAMAI ORANG..

Tapi  sebanyak mana RAMAI ORANG ini mengenali aku…??

Asal sabah nak pergi semenjung pasti akan landing kat airport..
Before ne da  banyak kali da aku p semenanjung..TAPI tue dengan kawan2x,dengan  cikgu2x..
But for this time…everthing was difference….

Kali ne aku jalan seorang diri untuk melanjutkan study aku kat semenajung Malaysia
Aku tak rasa perit bila aku menangis..
Tapi aku just jeles dengan kawan kawan lain…
Ow..pandai jeless yer….
Sebab diorang kena antar oleh ibubapa..aku??
Aku takde siapasiapa..tapi aku yakin ALLAH telah menemani perjalanan aku ne…

Time kat airport
Aku memang sangatlah
“RUSA MASUK KAMPUNG”,kalau before ne adacikgu2x..so cikgu2x jer yang akan lead kat depan..

Skunk ne ,AKU KENA LEAD diri aku sendiri…

Time kat airport….untuk menjaga keselamatan diri sendiri..
Aku pergi kat surau tingkat 4 di KLIA .alhamdulillah,nasib aku baik..berjumpa dengan ramai hamba ALLAH yang baru balik menunaikan umrah..walau aku tak kenal..wajah mereka seperti mama aku..

Time tue aku mengalir lah pula air mata..bukan apa….tapi aku sedih aku terbayang baying mama aku
Mesti aku da peluk mama aku jika saat itu bertemu dengan dia..

Sepanjang malam tue,aku just tidur tidur ayam sebab takut flight  terlepas…

Esok paginya,aku sempat berborak dengan seorang makcik dia ne sakit kaki,dia minta aku tolong urutkan  dia..walau aku tak kenal dia,tapi tak salah untuk membantu orang lain..

Aku pun urut makcik tue,,time tue aku urut kat belakang badan dia,,time tue la jugak aku menangis..
Sebab kalau kat rumah ,aku selalu  urut mama aku punya kaki..sekali lagi mata ku berair….
Selepas tue ,aku minum teh  panas…time tue aku sentiasa berharap ada orang yang aku kenal..tapi malangnya tiada…..
Dari saat itu ,aku belajar untuk berdikari dan bersendirian…jangan ,mengharapkan sesiapa
Dan jangan pernah bergantung…hanya pada ALLAH swt..

SELEPAS ITU,aku pun check in untukflight seterusnya ke Kelantan darul naim…

Banyak kisah pelik sewaktu aku keseorangan di airport..sekitar 5 pasangan pakcik dan makcik yang akan membawa aku bercakap dan berborak…
Mungkin di saat itu ALLAH mengetahui betapa rindunya aku kepada kedua ibu bapa ku..

Maka sewaktu aku berborak dengan mereka ,hati ku berbunga bunga..

“ya ALLAH terima kasih ya ALLAH ,di saat ini aku keseorangan ,namun KAU tetap temukan aku dengan hamba hamba MU untuk menemani aku..”

Sebenarnya ,aku pelik…setiap kali pasangan suami isteri ne da nak jalan ,akan ada saja yang berganti menyusul pasangan suami isteri untuk bertanya khabar dan berborak…
Itulah namanya percaturan ALLAH SWT..

“ kerana itu ,ingatlah kamu kepada Ku,nescaya Aku ingat  (pula )kepadamu..”
QS. AL BAQARAH 152….

Ingat sewaktu kita kesulitan ,siapa yang akan mengeluarkankitadari kesulitan itu??hanya
ALLAH SWT….


PESAN AKU KEPADA adik2x yang akan study kat semenanjung ne..
Adik2x jangan sedih k bila study kata area semenanjung..k=jgn sedih2x..ALLAH MAHA BIJAKSANADALAM PERANCANGAN NYA…

2 comments:

  1. alala.. jgn la sedih2 syg.. jgn tkut... hahhaha... ramai ja ni kta rasa cmni.. heheh

    ReplyDelete