Wednesday, March 26, 2014

Luahan kasih 2

short word with long memory..

aku ada seorang member..walau kenangan aku dengan dia sekejap jak..btw very preciuos memory..yang pernah aku rasai..kami sama umur..tapi aku da anggap dia sebijik adik aku..

word selalu akan keluar dari mulut dia,..samaada tegas..bermain2x atau lawak..hatta time aku tengah ketawa..
"astagfirullah....."
sampai sekarang nie aku tidak dapat lupa lengok bunyi dialek dia sebut "astagfirullah.."

bila disingkap semula...
maksud astagfirullah..memohon keampunan kepadaNYA..
bila disebut kalimah astagfirullah..sedar atau tidak..kita cuba mengembalikan diri kepadaNYA..
maaflah aku bukan ahli agama yang sahih..cuma apa yang aku rasa..
tenaga istigfar ini membuatkan kita terasa "something" hadiah dari ALLAH..

see...kita minta ampun pada ALLAH..ALLAH always besides us..
tidak payah istigfar kadang kadang ALLAH tetap bagi segalanya dekat kkta..
cuma kita yang tidak sedar..kita yang masih tidak ingin dekatkan diri kepadaNYA..jalan hawa nafsu syaitan juga kita pilih..see?nampak tak..hati kita da takde f(x) da..da tak tahu untuk beza siapa sebenarnya PEMILIK <3  ini..

berbalik dengan member aku nie
bila aku da kehilangan dia..honestly..aku sentap betul..
pengajaran buat diri ku yang masih "bego" "bodoh" dalam menegrti merasa hidup BERTUHAN..masih "lalai" dalam menjalankan perintahNYA..
kau tengok jaklah..berapa kali da ko g buat tahajud? da berapa banyak da ko isi hati2x ko dengan mengingati ayat ayatNYA..

word pendek..aku seorang yang malas untuk mencari Tuhan..
cari Tuhan..bila exam..bila histeria ,bila sedih dan bila kehilangan..

BILA MEMBER aku nie da takde..
betul ebtul aku ketakutan
masa dia da sampai
urusan dia kat dunia nie da selesai
cuma aku belum tentu bila lagi...
nie tak tahu dosa da setinggi mana da...
tapi masih gak aku tak sedar..
masih gak aku rasa macam aku hidup selama lamanya
tak habis habis dengan prasangka manusia
tak habis habis nak komen itu ini macam diri yang betul
tak habis habis memperbodohkan diri..
tak habis habis...

bila member aku da g..
kematian itu pasti bha subailah!
ko nampak kan depan mata ko...
dia baring da tak gerak gerak..
ko nampak kan dia kena bawa jalan dengan van jenazah...
kenapa kau begitu cepat melupakan segalanya
baru berapa bulan subailah..baru berapa bulan..kenapa kau tak ambik pengajaran....

betullah bila ingat mati ,mematikan segl keinginan dunia..
al-fatihah buat arwah keluargaku..,arwah azem n semua....
.

Luahan Kasih 1.

""rasa menyesal..minta dikembalikan ke dunia..."..

DULUlah...dulu dulu punya kisah sampai brlarutan sehingga sekarang...
pernah tertanya diri
"kenapa juga bha mahu buat kebaikan dan amal ibadah ..cukup jak lah yang wajib"

bila fikir teringat kembali aku pernah tanya soalan begitu sama diri..
betapa aku lah manusia paling rugi MENYESAL AKU!!!

apa kau ingat..
perkara wajib yang kau buat tue x cacat?
apa kau ingat..
perkara wajib yang kau buat tue sudah mampu menanggung dosa dosa kau?
apa kau ingat..
tu sudah cukup untuk kau dapat kau beli tiket syurga...???

bila iman tak kuat ,emosi merangkul  diri...maka akan terkeluar soalan soalan yang mampu mengoyahkkan aqidah..

kembalilah kepada ALLAH...

aku cukup menyesal tanya soalan  begitu terhadap diri aku...

penyesalan manusia sentiasa dihadapan..aku tidak mahu menjadi manusia  yang menyesal apabila sudah ebrada dineraka ,tetapi minta kembali ke dunia semula untuk menebus kekesalan dijiwa!

Orang-orang kafir berkata kelak ketika telah masuk ke neraka,

رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَالِمُونَ

“Wahai Rabb kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim.” (AL-Mukminun: 107)

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ (٩٩)لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ (١٠٠)

“Hingga apabila telah  datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata, “Ya Rabbku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku beramal shalih terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan saja. Dan dihadapan mereka ada barzakh sampai hari mereka dibangkitkan.” (Al Mukminun: 99-100)

cuma share..ingatkan diri aku ..

Tuesday, March 18, 2014

ini antara cintaku

alhamdulillah...

HARI INI INGINBERKONGSI CINTA..





menulis segala jiwa
yang telah sekian lama terpendam
dimuara hujung kasih
akan emnemui titik nokhtahnya


ini aku ingin menitis segala resah dijiwa

setelah sekian lama aku perhatikan

sungguh hati ini mulai gundah gulana

seakan tiada petanda untuk mekar semula

satu persatu aku cuba

berdoa sujud kepadaNYA

mungkin masih belum kesampiaan

atau aku yang tidak tahu erti sabar

ya ALLAH...bungakan hati ini dengan pengharapan kepadaMU

HIASAI dengan sebenar benar kasih

dengan sebenar benar jiwa

sebenar benar cinta


agar aku tetap disini

menunngu segala jiwa kata

untuk terus bangkit semula

dalam arena percintaan 

dakwah bukan senang..

walau sehingga ke hujung masa

aku tetap disini

tetap sabar setingginya

sehingga aku melihat kemenangan dalam ISLAM...





semoga aku tetap ingin TERUS EBRCINTA..

Azamku AL-Fateh
UMK KAMPUS JELI.
18.3.2014









Thursday, January 16, 2014

::Perjalanan Nabi Ke Thaif::

.:: TABAH TERHADAP KESUSAHAN UNTUK AGAMA::.


assaalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan...

masyaALLAH....betapa tabahnya Nabi ..betapa sabarnya Nabi...menahan segala sindiran dan balingan batu sehingga berdarah kaki nabi...=( 
ALLAH...nikmat islam yang ALLAH berikan ini terkandung darah derita Nabi waktu Nabi cuba berdakwah dengan penduduk Thaif..

betapa kejamnya mereka...
=( 
betapa kasarnya mereka
=(
betapa zalimnya mreka
=(

tapi mereka berpelakuan kerna waktu itu mereka masih belum nikmat islam...

kita lagi kejam...kita lagi kasar..kita lagi zalim..

kita tak ingat derita nabi..kita sewenang wenangnya menghancurkan islam hari ini
kita tak buat apa sunnah nabi
kita tak ikut apa yang nabi ajar
kita elakkan semua peringatan nabi
kita pura pura tak nak tahu..
=( 
ALLAH...

moga kisah perjalanan Nabi Ke Thaif ini menjadi mengamit memori kita...
untuk mengenang segala perjuangan ini....

kita sayangkan ibubapa kita??
kita marah tak jika ada yang cederakan mereka?
bayangkan nabi kita kita..nabi kesayangan kita...
baginda disakiti..baginda dilukai...
tak terasa kita??
baginda merasai penderitaan itu untuk kesenangan saat ini..
ALLAH...



Baginda pergi Thaif dengan harapan dapat menyebarkan sinar Islam disana..
sesampainya Nabi di thaif..baginda s.a.w bertemu dengan pembesar Thaif..
Baginda berusaha...
namun sayangnya...pembesar pembesat Thaif bukan sahaja menolak dakwah nabi ,malahjua menjawab kasar dan tidak berakhlak ..sedangkan mereka terkenal dengan santunan melayan tetamu ,tetapi mereka bertindak seblaiknya..kata mereka 

"HOI!ENGKAUKAH ORANGNYA YANG ALLAH HANTAR SEBAGAI NABI??"
diselangi dengan ,

"TIADAKAH ORANG LAIN DARIPADA KAMU YANG ALLAH TEMUI UNTUK DIUTUS SEBAGAI NABI?
akhirnya,

"AKU TIDAK INGIN BERCAKAP DENGAN KAMU . KERANA KALAU KAMULAH SEMEMANGNYA NABI SEBAGAIMANA DIDAKWA MAKA MENGINGKARI  PERCAKAPANMU MENDATANGKAN MUSIBAH DAN SEKIRANYA KAMU SEORANG PENDUSTA ,AKU TIDAK INGIN BERCAKAP DENGAN ORANG SEUMPAMA ITU".

Setelah itu ,Nabi cuba dengan orang disekelilingi...
mereka seperti pembesar mereka..menolak apa yang Nabi bawa..malah berkata kasar..

"KELUARLAH DARI BANDAR INI SERTA MERTA. PERGILAH KE MANA MANA YANG KAMU SUKA!!".

kata kata kesat dan kasar itu disusuli dengan lontaran batu dari budak budak kampung itu..bukans etakat itu ejekan demi ejekan ,Nabi dipersendakan..nabi dilonatri sehingga berdarah kaki nabi...hinggakan kedua dua kasut Baginda dilumuri dengan darah yang mengalir...
=( 
ALLAH....

apa doa nabi untuk mereka?

“Allahumma ilaika asykuu dho’fa quwwatii wa hawaanii ‘alannaas yaa arhamar raahimiin. Anta rabbul mustadh’afiin wa anta rabbii ila man takilunii ila ba’iidin yatajahhamunii au ila ‘aduwwin malaktahuu amrii in lam yakun(m) bika ghadhabun ‘alaiyya falaa ubalii walu akin ‘aafiyatuka hiya ausa’u lii. A’uudzu binuuri wajhikal ladzii asyraqat lahudz dzulumaatu wa sholaha ‘alaihi amrud dunya wal ‘akhirah min an yanzila bii ghodhobuka au yahulla ‘alayya sakhothuka lakal ‘utba hatta tardhoo laa haula wa laa quwwata illa bika”. 

"Ya Allah, aku mengadukan kepada-MU akan lemahnya kekuatanku dan sedikitnya daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Yang Maha Rahim dari sekalian rahimin. Engkaulah Tuhannya orang2 yang merasa lemah, dan Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Engkau serahkan diriku.
Kepada musuh yang menghinaku ataukah kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asal saja aku tetap dalam keridhaan-Mu.

Dalam pada itu afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya Wajah-Mu Yang Mulia yang menyinari seluruh langit dan menerangi semua yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku adzab-Mu.

Kepada Engkaulah aku mengadukan urusanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan melalui Engkau." 


Datang Jibrail dAn berkata
"saya akan menunaikan segala yang diperintahkan oleh tuan. samada ada diperintahkan supaya saya melagakan bukit bukau dikedua dua arah supaya mereke semua akan hancur atau apa apa sahaja hukuman yang tuan tetapkan".

Rasulullah seorang yang pengasih lagi belas kasihan.Baginda menjawab,
"Aku tetap menaruh harapan kepada ALLAH bahawa walaupun mereka ini tidak memeluk islam ,pasti akan lahir orang yang akan menyembah ALLAH dan beribadat kepadaNYA dikalangan anak anak mereka".



Thaif ini dekat dengan Mekah..walaupun aku tak pernah datang kesana..aku berharap aku dapat datanjg kesana...=(

sahabat sahabat..
lihatlah..disaat kita di cuba dengan ujian herdikan dan hinaan daripada manusia..
kita begitu cepat repson terhadap mereka..kita sepertinya tidak mengenali erti tabah dan sabar..
lihatlah kisah sirah ini..
malulah kepada Rasulullah,...
kisah ini saat sekarang kita tahu..
untuk jadi pengajaran kita untuk sentiasa sabar terhadap apa apa yang berlaku..

::INGATLAH ALLAH..INGATLAH RASULULLAH::
=(

::MUHASABAH DIRI::
hari ini dah berselawat berapa kali?
kata sayang nabi..ucapkan selawat kepada baginda ..
jum!


sumber :Kitab Fadhilat Amal Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi'alaih.







saki baki hidup ini ingin mengenali sirah ...

assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan..

dalam waktu yang terdekat ini..
sungguh ujian dan peringatan "silent warning"dari ALLAH sentiasa datang kepadaku...
dari pertalian yang jauh sehinggalah yang dekat.
dari yang kenali kemudian sehinggalah yang telah lama ku kenali..

15 nov 2013..
petang jumaat ku terima pangggilan sahabatkku..sahabat perjuangan ku telah disahkan pergi dulu..
dari petang hingga ke malam ,sehinggalah proses prosedur di hospital 
aku tetap sabar dan sehingga melihat wajah terakhirnya dengan diakhiri dengan wangian semerbak harum
yang aku hidu mengembirakan hati yang sedih saat itu..
dia adalah adikku sayang ..adik perjuangan pimpinan JT ..yang aku kenali sewaktu aku di kelantan
arwah azem sameer

5 January 2014
sekitar jam 2..aku terkejut lagi dengan pemergian dengan seorang sahabat ,,yang pada aku adalah salah seorang mutiara disabah yang mampu mengggarkan sabah dibawah negeri bayu dengan sinar islam sebagai rantai rantai perjuangan Rasulullah...
dia adalah sahabat yang salah seorang aku kagumi ..yang aku kenali di labuan
arwah shafieq

15 january 2014
sekitar jam  6 lebih...lagi aku terkejut dengan pemergianannya..setelah lama aku tidak berjumpa dengannya..
walau jarang bertemu ,tapi punya ayah yang sama..sungguh tanggungjawabku sebagai adik belum cukup terlaksana..
=( ya ALLAH...saat ini berjujuran air mata...
dia adalah abangku..salah seorang yang aku kasihi 


mungkin selepas ini aku?
mungkin 15 feb ini..
mungkin 5 march ini..
mungkin...
aku akan pergi..waktuku semakin singkat...

sahabat2x ...
jom sedekahkan al-fatihah buat mereka..
=(

::malaikat maut::

terasa sebelum aku pergi..
zaman remaja yang aku laui sekarang hanya aku isikan dengan kelalaian..kelekaan..
hatta aku tidak penrah bersungguh membawa antum dengan mengingati ALLAH dengan bersungguh - sungguh..
mungkin adalah pelaung untukku menembusi kesalahan aku kepada antum..


waktu yang ada ini ..aku ingin kongsikan sirah ..kisah kisah para sahabat dulu..
moga bermanfaat.,
=(

hanya ALLAH SAJA YANG TAHU....

sungguh aku ingin bertemu dengan ALLAH..bertemu dengan Rasulullah..bertemu dengan Siti khadijah..Bilal bin Rabah..para sahabat2x.
=(


ya ALLAH...
masa yang singkat ini...
berikanlah aku kesempatan..
sebelum malaikat maut datang menghampiriku...



::sebelum hari terakhir::
sebelum hari terakhirku..
dakwah sampai mati..

Azamku Al-Fateh..

Saturday, January 11, 2014

Aku macam masih tak sedar..

assalammualaikum w.b.t dan salam kebahagiaan semua...

coretan bahasa ini..ku tujukan buat diri..

aku macam masih tak sedar
sedang angan angan aku selama ini hanya ikut syaitan
aku macam masih tak sedar
sedang kehidupan ku bukan hanya di dunia sahaja
aku macam masih tak sedar
sedang aku akan dijemput oleh Malaikat Maut
aku macam masih tak sedar
sedang semua ni'mat adalah datang dari ALLAH
aku mcam masih tak sedar
amanah sebagai seorang hamba Tuhan harus aku laksanaka..
aku macam masih tak sedar
sedang tidak ada yang kekal..
aku macam masih tak sedar
sedang aku masih bukan seorang hafizah Quran!
aku macam masih tidak sedar
sedang manusia lain berlumba lumba membuat kebaikan
aku macam masih tak sedar
sedang kejahilan masih mebelenggui diriku
aku macam masih tak sedar
sedang tahajjud tiap malam itu indah
aku macam masih tidak sedar...
=( sedang ajal sudah menunggu ku...

ya ALLAH ya ALLAH ya ALLAH...

berita yang aku dengar akan perginya seorang sahabatku...arwah Shafieq banyak menyedarkan aku...
sedangkan para ulama dan para sahabat 
katakan bahawa dunia hanya satu persinggahan dan harus menempuh satu perjalanan masih jauh sedangkan bekal amal yang kita bawa hanya sedikit.

jum kita muhasabah diri...

1.perbanyakkan muhasabah
2.perbanyakkan baca Quran dan sirah
3.perbanyakkan tolong manusia lain
4.perbanyakkan menyayangi
5.perbanyakkan segala yang baik




::dakwah sampai mati::
Azamku Al-Fateh
*tak sabar menunggu detik 12 rabiulawal*
Allahuma solli a'la saidina Muhamamd....

Monday, December 9, 2013

air mata keinsafan....

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi