Sunday, July 10, 2011

cATUR hIDUP SAHABAT


Assalammualaikum w.b.t sahabat2 yg ana kasihi sekalian.bersyukur kita kpd ILLAHI dengan berkat kasih sayangnya,dengan keizinanNYA..ana masih mampu untuk membuat perkongsian dengan  sahabat sekalian mengenai”sahabat”.
Teringat akan RASULLULAH,rasul junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW.Baginda pernah bersabda,
“sekiranya kamu hendak mengetahui sikap seseorang ,maka bvertanyalah kpd jiranya(sahabatnya).”


Sejak kecil lagi..kita sudah ada kawan.sebelum tadika lagi kita sudah berkawan..kita berkawan dengan kucing kita.erm..ibubapa juga boleh jadi kawan,,sayur2 dan sungai2 boleh jadi kawan..buku yg kita baca pun boleh jadi kawan kita kan.
Mungkin ada menyatakan ,"ok.fine!!ak boleh hidup bha kalau tiada kawan."..dan ada juga boleh cakap,”friends sangat penting dlm hidup aku”
Dan banyak lagi pendapat yang antum rasakan.mungkin juga ,antum semua mempunyai pendpt masing2.Tapi untuk ana,serious ana katakan..kawan ne amat penting.kawan ne boleh mainkan peranan pentiNg dalam diri.
Satu saat ,kawan boleh jadi kawan,,dan satu saat juga kawan boleh jadi lawan...mungkin antum semua  mempunyai pengalaman sendiri bagaimana kawan ne amat la boleh mencoraki langkah hidup antum ,malah juga boleh mempengaruhi tindak langkah diri.


 Pernah satu saat,ana terleka dengan dunia..mungkin terlalu enjoy,,ikut kata kawan,hidup muda ne mesti enjoy.mesti berhibur dan banyak lagi,,malah mungkin pernah juga melakukan kesilapan yang ALLAH  saja tau akan kesilapan yang kita lakukan,Inilah adalah kerana di sebabkan mungkin di saat itu,ana tersilap memilih kawan.sehingga kadang2 ana fikirkan kawan itulah yang terbaik dalam hidup...alhamdulillah,selepas dari kesilapan yang lalu,diri telah berubah sedikit setelah ada kawan yang menyelinap masuk ke kamushidup ana sedia membantu,membawa keluar dari di belenggu kejahilan sehingga menyedarkan diri ini siapa.diri ini hanya hamba yang lemah,yang sebenarnya banyak hutang dengan PENCIPTA nya ,d mana hutang2 itu ana harus langsaikan .sebab tue tidak boleh lagi leka.

So,kpd sahbat2 ana itu,terima kasih kerana telah menyelamatkan saya.Alhamdullilah.ana d pertemukan dengan sahabat2 ana itu.
Walau apa2 pun,setiap kawan yang berteman dengan ana sudah d rancang oleh ILLAHI.kerana keizinNYA,ana berkawan dengan mereka yang telah membantu ana untuk  mampu mengenali dan mengetahui jalan yang buruk yang leka dan memudaratkan .serta jalan  yang di mana ana harus kembali ke pangkal jalan.

Di zaman Rasullulah,betapa hebatnya ukhwah sahabat2 ketika itu.ana ingin menyoroti kisah ketika perjalanan NAbi Muhammad SAW  bersama dengan saidina Abu Bakar menuju ke Yathrib.Ketika,d kejar oleh musuh islam ketika itu,baginda dan saidina Abu Bakar telah bersembunyi d Gua Thur.
Ketika di dalam gua tersebut,Rasullulah hampir d patuk oleh ular.Namun ,lantas kerna cintanya saidina Abu bakar kpd baginda,Saidina AbU Bakar lantas menutup lubang itu,sehingga Nabi terbangun dr tidur lantaran titisan air mata yg jatuh sewaktu Saidina Abu Bakar menahan rasa sakit .

Lihatlah pengorbanan seorang sahabat ke atas sahabatnya yang di cintainya itu.walau terpaksa menahan rasa sakit yg pedih tetapi itu lebih baik drpada melihat sendiri penderitaan sahabat.
Sahabat ne amat rapat dengan kita.bila kita sedih ,mungkin sahabat2 lah yang kita akan cari .sekiranya kita mempunyai masalah ,sahabatlah tempat kita ungtuk meminta pandangan dan pendapat.sahabat sentiasa mengingatkan kita ,menenangkan kita malah mampu mengeluarkan teguran yang pahit untk d luahkan kannya,namun atas cinta nya maka d luahkan juga demi menyelamatkan sahbat nya yang mungkin akan kecundang jika x d ingatkan...

Akhir kalam,ana mendoakan sahabt2 ana  agar sentiasa tabah berada di jalan nya,,,
“kalau mahu berkawan,biar semua,,,tapi carilah kawan yang betul".:)
Jom kita bersahabat atas landasan NYA..semoga kehidupan yang akan kita tempuhi sentiasa d banjiri dengan keberkatan.:)


 p/s:klu ada silap pasal cerita Nabi Muhammad saw dengan saidina Abu Bakar.mohon d tegur ya.^^

2 comments: