Tuesday, July 26, 2011

arang masih ada walau sudah tiada kayu...

assalammualaikum w.b.t dan salam ramadahan...
nampaknya tinggal beberapa lagi detik masa ,sebelum bulan itu datang kan...

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud:
"Barangsiapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya daripada api neraka"


masa ne terus berlalu...angin sepoi sepoi bahasa sentiasa melunakkan alunan madah nya...sehingga iNI TUHAN masih memberi kepercayaan untuk alam ini masih berdenyut..tidak kira dalam apa jua irama,,namun masih bersemi dalam alam cakerawala yang nan indah lagi menakjubkan.....

Ya Allah,
Bila Pagi ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang..
Bila hati kami kotor, sucikanlah..
Bila hati terluka perih, sembuhkanlah..
Ya Allah,
...Lihatlah air mata kami ini..
Kami mohon ubahlah kesedihan siapapun yang membaca doa ini menjadi kebahagiaan dan ubahlah setiap air mata yang mengalir dipipi menjadi karunia-Mu dalam hidup kami.

Aamiin ya Robbal 'Alamin ..


dalam hidup yang berhari hari ini,,,sentiasa di temankan dengan watu masa yang sama sahaja..namun terpulang kpd diri utk mengendalikan nya..

kita kini seperti semut.......>>>>>>>
"ada seekor semut, dia memanjat pokok kelapa hingga ke puncaknya,
kemudian, dari jauh, ada angin kencang datang membadai,
lalu, dia kuat memegang dahan, agar tidak jatuh,
namun, angin taufan juga datang,
meniup kuat, hingga menggoyangkan pokok kelapa,
lalu, lebih kuat dipegang dahan itu,
dan tidak jatuh lagi,
puting beliung juga berpusing,
menghempas pokok, mencemaskan hati,
tapi dahan semakin kuat dipegang,
lalu selamat dari terjatuh dari dahan pokok yang tinggi itu...
tetapi, tidak lama, angin sepoi2 bahasa bertiup lembut,
mengenai kepala, membelai rambut,
lalu, mata semut menjadi kuyu,
terasa indah, sedapnya angin,
lalu tertidur, dan jatuh dari pokok"

renung2kn kita bersama...


peringatan terutama nya untuk diri ini....

Sunday, July 17, 2011

melihat kepada diri atau bayang2?

Setiap saat …masa semakin berlalu..andai kita ingin berganjak ke belakang sedikit pun tidak dapat.
Walau dengan air mata penyesalan ,dengan bekalan air mata darah..jongkong emas yang bertimbun…
Setiap minit yang berdetik,menyimpan 60 saat..dalam 60 saat ..punya masa yang berbeza..dalam perbezaan itu,ada terselit ka simpangan keinsafan..papan tanda menuju keinsafan??lebuh raya doa sentiasa d harapkan NYA..NAMUN ,EGO MEMBATASI SEGALANYA.Malah mungkin,,diri ini sentiasa lalai.


Sahabat Salman Al farisi ra.berkata:
“3 perkara sungguh menghairankan saya,sehingga saya tertawa 3 perkara tersebut ialah:
Orang yang ingin hidup lama di dunia sedangkan ia selalu di buru kematian .
Orang yang selalu lupa kpd ALLAH sedangkan ALLAH tiada lupa kepadanya
Dan orang yang selalu tertawa namun ia tidak mengerti apaakah ALLAH murka kepadanya,apakah ALLAH rela kepadanya?”

Hati gelisah?hanya bila kesusahan bertandang??
Hati gelisah dan risau bile mana kemahuan yang ingin d penuhi tidak dapat d kecapi..
Hati gelisah bila dek permasalahna dunia yang bertandang??
Namun bila hati ini gelisah memikirkan siksaan ALLAH yang sentiasa ada tanpa kita sedari??
Bila??sewaktu siksaan itu sudah di mata kita??bila siksaan itu mulai di rasai oleh segenap sendi urat2 badan??semoga “siksaan ALLAH “tidak pernah luput dalam pemikran setiap kali kita memulakan sesuatu pekerjaan..sewaktu nafas terus menghayun hembusan nya…sewaktu aliran darah terus menyemarakkan perjalanannya.
apa yang kita buat sentiasa d ketahui.kita sentiasa d perhatikan…setiap saat diri ingin melakukan kemaksiatan ,ingatlah bahawa kita sentiasa d perhatikan.

“dan sungguh ,kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang di bisikkan oleh hatinya,dan KAMI lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”.


Diri kita sentiasa d ingatkan oleh NYA,,bahawa siksaan nya sentiasa akan ada,
Terdiam bila memikirkan ayat ayat cinta ALLAH .maksudnya

‘maka apakah penduduk negeri itu merasa aman dari siksaan Kami yang datang malam hari ketika mereka sedang tidur?”
“atau apakah penduduk negeri itu merasa aman dari siksaan Kami yang datang pada pagi hari ketika merekaa sedang bermain”.
(AL-A’raff:97 & 98).


Tatkala kita tidur,dan d waktu kita sedang bermain ..siksaan ALLAH datang bertandang……..
Aman ka kita????adakah diri sudah terlalu gembira lantaran kemaksiatan yang mebuahkan dosa sudah menjadi kebiasaan??sehingga tidak gentar sedikit pun dengan peringatan2 NYA.
Sentiasalah kita beringat .takut d saat siksaan itu menjelma,diri kita tengah di dodoikan dengan dosa dan kesilapan.
Segala yang tertulis sebagai peringatan yang terutama diri ini dan sebagai perkongsian untuk sahabat2 sekalian.
Segala kesilapan yang terlintas harap d perbaiki.

“Ya Tuhan kami ,hanya kpd ENGKAU kami bertawakal dan hanya kepada ENGKAU kami bertobat dan hanya kpd ENGKAU lah kami kembali”.

Assalammualaikum w.b.t

Monday, July 11, 2011

KOMPAS NIAT


PANAHAN NIAT~~




 Satu hari ,sebelum solat maghrib.
“dik,abang nak dengar adik baca niat tuk solat maghrib ne”.adik pun jawab:”napa bang??”
Supaya..laNcarlah solat adik.^^sambil tesenyum melihat adiknya yang berusia 9 tahun itu .“ok lah”jawab si adik ne.tapi adik tak hafal lagi...buleh ka kalau tengok buku solat??boleh..
Ok.di pendekkan cerita,,si adik ne pun membaca niat solat maghrib sambil memegang buku panduan solat nya itu.

“sahaja aku solat maghrib 3 raakat,tunai kerana ALLAH Taala.”

Kemudian,si abang memegang buku panduan solat  itu,sambil membelek2 hingga ke muka surat terakhir.
Dengan tiba2.....si abang ne tersenyum setelah membaca satu perenggan...

“sahaja aku pergi ke sekolah besok pagi,tiada rakaat .tunai kerana ALLAH Taala.”

Kemudian,si adik ne hairan melihat gelagat abangnya..napa bang??
“tiada,erm siapa ajar adik buat niat ne??”
‘aik bang,kan setiap perkara kita mesti buat kerna ALLAH.jadi ,adik pergi ke sekolah pun kena niat begitu juga”
                                                                          
                                                                         *TAMAT*

Dalam hidup kita seharian,,banyak perkara kita buat kan,jalan..duduk..baring...makan..minum...mandi dan sebagainya..mempunyai maksud dan niat nya.kalau tidak,mengapa anda berjalan???mengapa duduk??mengapa??dan mengapa??semua soalan  sahabat2 punya jawapaan sendiri.

Allah berfirman (An-Nisa': 103): Ingatlah Allah ketika berdiri, ketika duduk juga ketika baring.

Memang benarnya setiap perkara yang kita hendak lakukan bermula dengan niat.memang tak sah.kalau tak ada niat.sama seperti solat,kalau tak ada niat,,tak sah solat.

Tapi...bila melihat kpd perkara yang kita buat ,adakah kerna ALLAH TAALA??adakah ibadah yang d laksanakan  berlandaskan dengan niat kerana ALLAH.??kerana d khuatiri,ibadah yang dlakukan bertukar menjadi kesalahan dan dosa andai panahan niat tersasar dan melencong..sebab tue,bila datang menghadiri perkongsian ilmu,kita d minta untuk membetulkan niat,,,biarlah niat kerna ALLAH TAALA.kerna kita takut sewaktu perjalanan kita untuk menghadiri perkongsian ilmu,bisikan syaitan bermaharajalela kat telinga kita..sesungguhnya syaitan itu amat terang dan nyata.tapi kita tak sedar pun.kerna syaitan tue licik.

Perkara simple....PASAL puasa sunat
“mun,ak xda duit belanja tuk esok”balas kawannya.”a’ah!jom puasa sunat bisuk,boleh kita SAVE BAJET”.....(puasa kerana nak bajet duit)...

“mun,ak tengok,badan aku ne,,makin hari makin gemuk,apa patut ak buat??”balas kawannya”hehe,klu gitu baik ko puasa,boleh kurus kau,turun berat badan mu”..(puasa nak turun berat badan)

Mungkin juga kpd pelajar.. Orang yang menuntut ilmu tidak kerana perintah Allah semata-mata, tetapi bercampur dengan niat supaya dipandang orang, mendapat martabat, kedudukan dan sebagainya.

Dan sebagainya...sebagai peringatan diri ini yang terutamanya,apa2 pun biarlah niat kerna ALLAH SWT..kerna,niat yang baik itulah yang lebih baik berbanding amal usaha seterusnya,”sama2 lah kita memperbaharui niat kernaNYA.

p/s:semoga perkongsian ini dapat kita muhasabah diri yang terlalu leka dan lalai.

Sunday, July 10, 2011

cATUR hIDUP SAHABAT


Assalammualaikum w.b.t sahabat2 yg ana kasihi sekalian.bersyukur kita kpd ILLAHI dengan berkat kasih sayangnya,dengan keizinanNYA..ana masih mampu untuk membuat perkongsian dengan  sahabat sekalian mengenai”sahabat”.
Teringat akan RASULLULAH,rasul junjungan kita NABI MUHAMMAD SAW.Baginda pernah bersabda,
“sekiranya kamu hendak mengetahui sikap seseorang ,maka bvertanyalah kpd jiranya(sahabatnya).”


Sejak kecil lagi..kita sudah ada kawan.sebelum tadika lagi kita sudah berkawan..kita berkawan dengan kucing kita.erm..ibubapa juga boleh jadi kawan,,sayur2 dan sungai2 boleh jadi kawan..buku yg kita baca pun boleh jadi kawan kita kan.
Mungkin ada menyatakan ,"ok.fine!!ak boleh hidup bha kalau tiada kawan."..dan ada juga boleh cakap,”friends sangat penting dlm hidup aku”
Dan banyak lagi pendapat yang antum rasakan.mungkin juga ,antum semua mempunyai pendpt masing2.Tapi untuk ana,serious ana katakan..kawan ne amat penting.kawan ne boleh mainkan peranan pentiNg dalam diri.
Satu saat ,kawan boleh jadi kawan,,dan satu saat juga kawan boleh jadi lawan...mungkin antum semua  mempunyai pengalaman sendiri bagaimana kawan ne amat la boleh mencoraki langkah hidup antum ,malah juga boleh mempengaruhi tindak langkah diri.


 Pernah satu saat,ana terleka dengan dunia..mungkin terlalu enjoy,,ikut kata kawan,hidup muda ne mesti enjoy.mesti berhibur dan banyak lagi,,malah mungkin pernah juga melakukan kesilapan yang ALLAH  saja tau akan kesilapan yang kita lakukan,Inilah adalah kerana di sebabkan mungkin di saat itu,ana tersilap memilih kawan.sehingga kadang2 ana fikirkan kawan itulah yang terbaik dalam hidup...alhamdulillah,selepas dari kesilapan yang lalu,diri telah berubah sedikit setelah ada kawan yang menyelinap masuk ke kamushidup ana sedia membantu,membawa keluar dari di belenggu kejahilan sehingga menyedarkan diri ini siapa.diri ini hanya hamba yang lemah,yang sebenarnya banyak hutang dengan PENCIPTA nya ,d mana hutang2 itu ana harus langsaikan .sebab tue tidak boleh lagi leka.

So,kpd sahbat2 ana itu,terima kasih kerana telah menyelamatkan saya.Alhamdullilah.ana d pertemukan dengan sahabat2 ana itu.
Walau apa2 pun,setiap kawan yang berteman dengan ana sudah d rancang oleh ILLAHI.kerana keizinNYA,ana berkawan dengan mereka yang telah membantu ana untuk  mampu mengenali dan mengetahui jalan yang buruk yang leka dan memudaratkan .serta jalan  yang di mana ana harus kembali ke pangkal jalan.

Di zaman Rasullulah,betapa hebatnya ukhwah sahabat2 ketika itu.ana ingin menyoroti kisah ketika perjalanan NAbi Muhammad SAW  bersama dengan saidina Abu Bakar menuju ke Yathrib.Ketika,d kejar oleh musuh islam ketika itu,baginda dan saidina Abu Bakar telah bersembunyi d Gua Thur.
Ketika di dalam gua tersebut,Rasullulah hampir d patuk oleh ular.Namun ,lantas kerna cintanya saidina Abu bakar kpd baginda,Saidina AbU Bakar lantas menutup lubang itu,sehingga Nabi terbangun dr tidur lantaran titisan air mata yg jatuh sewaktu Saidina Abu Bakar menahan rasa sakit .

Lihatlah pengorbanan seorang sahabat ke atas sahabatnya yang di cintainya itu.walau terpaksa menahan rasa sakit yg pedih tetapi itu lebih baik drpada melihat sendiri penderitaan sahabat.
Sahabat ne amat rapat dengan kita.bila kita sedih ,mungkin sahabat2 lah yang kita akan cari .sekiranya kita mempunyai masalah ,sahabatlah tempat kita ungtuk meminta pandangan dan pendapat.sahabat sentiasa mengingatkan kita ,menenangkan kita malah mampu mengeluarkan teguran yang pahit untk d luahkan kannya,namun atas cinta nya maka d luahkan juga demi menyelamatkan sahbat nya yang mungkin akan kecundang jika x d ingatkan...

Akhir kalam,ana mendoakan sahabt2 ana  agar sentiasa tabah berada di jalan nya,,,
“kalau mahu berkawan,biar semua,,,tapi carilah kawan yang betul".:)
Jom kita bersahabat atas landasan NYA..semoga kehidupan yang akan kita tempuhi sentiasa d banjiri dengan keberkatan.:)


 p/s:klu ada silap pasal cerita Nabi Muhammad saw dengan saidina Abu Bakar.mohon d tegur ya.^^

Friday, July 8, 2011


Mana haiwan yang comel ,itu  yang d beri makan cukup2 sehingga gemuk...
Mana yang berkurap.d pukul ,d humban dengan batu malah ada jua dengan kayu besaR2
Saat itu pasti haiwan yang malang itu akan kesakitan,,namun apa boleh buat haiwan tak boleh cakap dengan manusia.kalau mengadu ,bukan belas kasihan yang dpt,tapi belas belasah yang teruk mungkin yang bertandang...
Lain hal pula,dengan manusia yang sememangnya benci kpd haiwan.tak kisah apa sekali haiwan,pasti akan menerima padah dr manusia jenis begitu..
Ada pula dengan manusia yang saja saja..*mendera*untuk suka2.kasihan burung2 yang d lastik,kesian belalang yang d tangkap semasa waktu rehat d padang sekolah.dan sebagainya,Yang silapnya,kadang2 manusia fikir kalau haiwan contohnya burung,yg d letak kat dlm sangkar,manusia pikir haiwan tue akan untung kerna tak yah nak mencari makanan ,padahal ini menyeksa jiwa batin haiwan tue.haiwan tue pun nak terbang bebas,mcm manusia,.

Anologi nya senang sahaja.kalau manusia d ingat kaki selama beberapa jam,kaki dan lenguh.yang fitrah nya berjalan,,apatah lagi haiwan yang terbang,,(ADoi )maaf ya~~kesian pula dengan kekezaman aku ngan haiwn dulu..
Rasullulah sallallahu’alaihi wasallam bersabda.
“orang- orang yang penyayang itu . ALLAH  Yang  Maha Penyayang akan menyayangi mereka.Maka sayangilah makhluk yang ada d bumi,pasti mahkluk yang ada d langit (para malaikat )menyayangi mu.”

Pasa suatu hari,saidina Umar sedang berjalan jalan d lorong lorong Kota Mekah.D tengah perjalannya,beliau ternampak sekumpulan kanak2 sedang mempermain-mainkan seeekor burung .Ketika itu,betapa hiba dan sedihnya hati melihat penderitaan anak burung yang menjadi bahan permainan kanak –kanak tersebut tanpa mengenal erti belas kasihan.Dengan sukarela,beliau membeli anak burung itu,lalu d lepaskan nya agar bebas terbang ke mana-mana.....

Cerita d atas ne,mcm kisah2 tyme zaman kanak2 kita..bawa abang sekali ,buat lastik getah ,dr pokok..petang2 jalan sambil meninaju2 d pokok2.kot2 terjumpa dengan mangsa burung yang boleh d lastik~~(mungkin ada yg teda).,pa yang d rasai tika itu hanya keseronokan tanpa memikirkan kesengsaraan yang d hadapi oleh haiwan yang d permainkan ,reality dunia mungkin jua ,begitu,,,kadang bila saja merasakan diri berkuasa ,tanpa berfikir panjang akan berbuat sesuka hati saja tanpa  menyedari telah menindas orang lain.
^^             
Berbalik ke tajuk ne.bukan la bermaksud ,kalau sudah depan mata kita ada ular yang memang ready nak mengigit,atau anjing2 garang yang pandangan tajam,kita pun masih tetap nak kasihi jugak  nak dekati juga,,bukan itu maksud ana..seandainya kalau kejadian tersebut,jalan dgn tenang (dlm hati memang bergegar kan,jgn lupa doa).
Setiap haiwan yang ada d sekililing kita ada peranan masing,andainya kan dalam rumah dan luar rumah,terdapatnya tikus,kucing dan ayam~~...tetapi orang rumah ne memang x suka ngan tikus,Jadi d bunuhnya beramai ramai tikus ne.ap yang jadi seterusnya,kucing yang pada mulanya haiwan yang jinak,bila d sebut..”miow~miow~miow~”datang  berlenggang kat kita secara automatic akan bertukar garang dan liar,lalu menjadikan ayam sebagai mangsa santapan..
so,sahabat2 nampak analogy nya??benda yang simple kan,,banyak ne kita tidak tahu pasal haiwan..napa ada banyak sangat serangg dan haiwan kat umah kita n sebagainya...

So,sahabat2 sekalian,ingat~~...........sayangi lah haiwan ~~
Peringatan  terutamanya untuk diri ini..
InsyaALLAH.

Thursday, July 7, 2011

07hb 07...



.Wahai Tuhanku !SAYANGILAH keduanya sebagai mana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil."amiin..
(SURAH AL-ISRA:24)

Satu hari ,seperti biasa seseorang itu akan duduk sambil memandang alam sekitar yang penuh dengan warna kehijauAn berlantarkan daun kelapa sawit serta sedang d temani oleh segerombolan lembu yang asyik meragut rumput....
Tiba tiba...di dalam hatinya,sambil memandang ibunya..
“terima kasih mak”ayat itu terdetik di dalam hati nya..
Terima kasih mak atas segala pengorbanan mu...
Terima kasih mak,atas segala  penderitaan mu...

Ak masih ingat,saat ku d bangku sekolah dahulu...
Kau bersusah payah ..mengurus segala kepentingan ku...
Bila ak berduka,engkau memberiku kata kata semangat..
Bila ak kata,mak ,susah ne matapelajaran..engkau kata”semoga anak ku mudah menerima ilmu MU ,Ya ALLAH...

D saat ku memerlumu,engkau memeluk ku dengan erat sambil mengusap rambutku...
Mak..sungguh  banyak kenangan kita bersama...
Satu saat,kita sama2 belajar mengaji..
Duduk sama2 di ruang tamu,sambil memgang buku IQRO
Satu saat ,kita duduk sama sambil bermuhasabah diri...
Duduk sama2 samaada selepas solat,atau tengah buat kerja d dapur
Dan satu saat kita bersama-sama berkerja....
Berjalan sama2..sambil membawa parang...

.
Hati ku d rundum kesedihan..tika kau d sakiti oleh orang lain....
Kadang2 ku melihat engkau menangis ...
Dalam doa mu,sentiasa  mendoakan keluarga.
Aku takut,ak x mampu untuk membalas segala pengorbanan..
Halalkan ya mak,segala apa apa pun .....

Tiba-tiba lamuan seseorang itu terhenti.”aduh!!~~akitnya,semut hitam ne gigit..tergamak ko ya..”.dalam hati seseorang itu sambil mengaru2 kakinya d gigi sebentar tadi...
Lamuanan bersambung kembali..
Dalam hatinya.perkara kecil kena gigit semut pun mahu d bising ka???tapi,kalau mak ne mesti diam je.
Mak,betapa cekalnya engkau...
Deritamu engkau tanggung sendiri..
Sakitmu engkau diamkan saja...

Mak,ak takut ,kalau ajal ku akan menjemputku ,,,minta maaf ya mak.Ya ALLAH ,sayangilah mama ku seperti mana dia mengasihiku sewaktu kecil ku,,,,,,
Mak...bertuahnya engkau dlahirkan pada tarikh ini....
SELAMAT HARI LAHIR MAK...

LA! Oh la!!pekikan nama ku.....
Ak terhenti lamunan ku..
“jom kita balik”.kata mak.
...
Seseorang itu hanya mengikut kata mama sambil menatap wajah yang d sayangi nya....
Dalam hati seseorang itu...mak ,semua dalam lamunan ku tadi yang engkau tidak ketahui bukan fantasi belaka,,tapi reality....
.....
Sewaktu berjalan menuju kerumah...ak Nampak mama KELETIHAN LETIH..lalu berkata.
“mak,mama masih ingat lagi cerita aku dulu2???huhu pasal minta upah.,kalau mama da lupa,ila ceritakan ya...
Begini ceritanya.(cerita nya mcm begini)


Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.
.....
MAMA tersenyum kpd ku setelah cerita ku ak habis kan..
“luculah ,ila”,ak memandang mama dengan senyuman tanpa membalas apa2.
Kami akhirnya sampai kerumah..:)